Beberapa menteri kabinet turut menyertai saya dalam pertemuan sejam bagi meningkatkan kesalinghubungan Putrajaya-Beijing dalam bidang pelaburan, pendidikan, kerjasama antara universiti serta penyelidikan dan pembangunan.
Kesempatan ini juga saya gunakan dalam menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China di atas layanan luar biasa yang diberikan semasa lawatan rasmi saya dari 29 Mac hingga 1 April yang lalu.
Perbincangan hari ini juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) seperti projek berkembar melibatkan kedua-dua negara,
iaitu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) selain terus mempromosi pertukaran dan kerjasama antara Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Parlimen Malaysia.
Kami juga sepakat menyuburkan perkongsian terhadap nilai bersama Malaysia MADANI dan wawasan “Community With a Shared Future for Mankind” untuk faedah bersama rakyat dan cadangan Tabung Kewangan Asia adalah selari dengan aspirasi “Community With a Shared Future for Mankind”.
Moga hubungan Malaysia-China terus utuh dengan jayanya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Majlis Ilmu MADANI kali ini akan menampilkan dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu Mantan Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari dan Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa, Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.
Semoga majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua ulama ulung ini.
Saya dan Azizah meraikan Shaykh Mufti Ismail Menk, Shaykh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Shaykh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia pada malam ini.
Hadir ke Bumi Kenyalang bagi menyertai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan.
Majlis penuh keharmonian itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.
Saya kagum dengan pelbagai persembahan disaluti elemen perpaduan yang turut dihayati rakyat jelata kendatipun cuaca panas di Kuching.
Kami bicara pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing dan memberi kesan yang dahsyat di seluruh dunia.
Saya berkongsi aspirasi Malaysia untuk mencapai pelepasan GHG bersih sifar seawal tahun 2050.
Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) telah berlangsung buat kali pertama yang mana ia memberi fokus terhadap hal-hal terkait usaha meningkatkan pelaburan negara.
Kerajaan kekal komited untuk menambahbaik dan memperkasakan ekosistem serta lanskap pelaburan negara sebagai usaha mengekalkan pelaburan langsung asing dan juga domestik.
Sehubungan itu, Mesyuarat MPN telah bersetuju menambah baik ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) dengan melaksanakan satu inisiatif yang antara lain menyelaras fungsi dan peranan koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan.
Sesi ke-52 Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menerima pakai resolusi bertajuk “Promoting Human Rights and Sustainable Development Goals through Transparent, Accountable and Efficient Public Services Delivery”. (1/5)
Resolusi ini merupakan inisiatif yang dianjurkan oleh Malaysia bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan teras dari pelbagai rantau iaitu Azerbaijan, Georgia, Thailand, Türkiye, Kenya dan Ecuador sejak 2021. (2/5)
Ini mempamerkan kesungguhan dan komitmen berterusan ahli-ahli kumpulan teras untuk menyumbang kepada agenda global hak asasi manusia melalui tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam. (3/5)