Ahmad Faezal Profile picture
May 24 26 tweets 10 min read Twitter logo Read on Twitter
Kenapa Matawang Amerika Sedang Kuat Gila Sekarang?

Jujur cakap, bengang juga dengan Amerika ni. Segala hukum ekonomi tak terpakai kat mereka. Selamba USD tengah sembelih matawang lain sekarang — padahal seminggu jer lagi mereka nak default.

Thread ni akan jelaskan apa dok jadi. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak permudahkan isu-isu rumit agar semua faham.

Kalau suka bab gini, jemput follow saya. Ada banyak kisah menanti!

Mula kena cerita dulu pasal ‘default’. Mungkin ada yang tak faham. Image
Korang baca dengan tenang. Senang jer.

Joe Biden ni korang dah kenal siapa. Kuasa dia tak melebihi kuasa U.S. Congress, yang serupa Parlimen Malaysia senang kata.

Parlimen ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. US Congress ni terbahagi pada House of Representatives dan the Senate. Image
Setiap dua tahun, US Congress dirombak. Tahun 2020, Democratic sapu bersih. Menang White House. Majoriti kat House dan Senate. Tahun 2022, Democratic kalah tipis kat House dan dapat majoriti mudah kat Senate. Sini mula masalah.

Sebab apa-apa hal, kena dapat sokongan Republicans. Image
Saya pula nak minta sokongan korang semua ramaikan reruai The Patriots sepanjang #PBAKL2023... bermula 26 Mei ni!

Mereka bawa 20,000+ buah buku nak jual kat sana dengan tawaran sangat menarik.

Mana yang tak dapat turun tu, Shopee mereka masih ada: shope.ee/4AUqcOWdAu ImageImage
Ni sekarang Biden perlu sokongan US Congress nak naikkan had hutang. 219 wakil House kena setuju. Tapi naik ke Senate, jadi masalah.

Sebab 60 Senators kena setuju (Democratic pegang 50 jer). Maksudnya, apa-apa hal wajib bekerjasama dengan Republicans. Wajib. Image
Republicans demand macam-macam lah. Tapi sesama mereka pula berpecah-belah. Nak pilih Speaker of the House tu, 15 kali mereka buat undi. Last kali baru Kevin McCarthy menang. Kat Senate ni takde drama. Sebab Democratic dapat majoriti. Image
Mereka taknak berkompromi. Agak ramai yang pro-Trump. Taknak kerjasama. McCarthy minta kurangkan perbelanjaan. Biden setuju.

Tapi McCarthy juga minta kaji balik sistem cukai. Ni Biden tak setuju. Sebab dia nak kenakan cukai kat orang kaya (Republicans nekad takkan setuju ni). Image
Beberapa wakil Republicans boleh pintas McCarthy dan sokong Biden. Bila naik ke Senate yang masalah. 50 Senator Democratic sedia setuju.

Tapi 43 Senator Republicans dah umum “takkan sokong” selagi tak yakin pasal perbelanjaan. Kira Biden ada 7 Senator Republicans jer. Image
Boleh kata ni plan Trump. Kat town hall hari tu, Trump kata, “kalau (Democratic) tak potong bajet, biar jer default.” Trump percaya Democratic akan setuju potong bajet punya.

Mereka kena capai persetujuan sebelum 1 Jun. Kalau gagal, ni yang menakutkan. Image
Amerika secara rasmi tak dapat bayar segala kewajipan (default). Gaji penjawat awam. Duit Social Security. Banyak lagi.

Treasury (Jabatan Kewangan) kena tarik duit daripada tabung kecemasan. Mereka boleh tampung sampai Julai atau September jer.

Nak bayang impak ni? Image
Boleh ada krisis lagi teruk dari Pandemic tau. Lagi teruk dari 2008 silap-silap. Pemerhati ekonomi guna perkataan “cataclysmic” (ala-ala kiamat).

Amerika melutut. China akan rebah. Ekonomi dunia runtuh.

Jadi nasib dunia dalam tangan 435 wakil House dan 100 Senators kat Senate.
Serta Presiden Amerika Syarikat. Sini korang nampak betapa kuatnya Amerika ni? 536 orang jerut dunia.

They have to do the right thing. Dan sementara geng tua bangka ni semua gaduh, pelabur sedunia mengeluh, “eh, seriau tengok”. Dalam bahasa ekonomi, keluhan ni ‘uncertainties’.
Kita sedang cakap pasal ‘cataclysmic’ kan?

Ini yang saya sakit hati dengan Amerika. Kalau ni negara lain menghampiri default, awal-awal dah bungkus. Matawang hancur.

Tapi Amerika? USD tengah kuat. Mereka ni main game ekonomi guna hukum berbeza. Kenapa USD boleh kuat ya? Image
Korang kena tahu USD ni ‘matawang rizab utama dunia’. 40% hutang dunia diisytihar dalam USD. Bank-bank Amerika tak pegang juga berurusan dalam USD.

Bank-bank ni ada liabiliti (tanggungjawab kena tunai) yang bernilai $27 trilion. $18 trilion dari jumlah tu diisytihar dalam USD.
Malah Jerman, France dan UK pegang lagi banyak liabiliti dalam USD berbanding Euro/GBP. Banyak lagilah. Senang bayangkan, dunia adalah USD.

Kalau 536 ahli politik ni semua tak sempat nak buat deal, interest rate akan naik dulu. Pemiutang akan demand interest lagi tinggi—
—untuk tanggung risiko pegang harta US. Bond sebenarnya, tapi anggap jer lah harta. Mudah semua nak faham. Tak stress baca.

Negara-negara yang pinjam dari US kena bayar lagi tinggi lah sebab interest naik. Ini akan jadi tamparan hebat.

Sebab kita tak tahu tinggi mana akan naik. Image
Pasaran saham kemudian akan ranap. Investor akan panik jual saham. Sebulan ni pun Dow Jones dah turun. NYSE stagnant.

Tu tandanya, investors dah mula jauhi saham. Mereka tengah simpan duit mereka beli T-Bill. Rilek. Saya akan terangkan.

T-Bill ni bond USD. Investors beli.
Sebab tu USD makin kuat, sampai emas pun melutut. Dalam berpuluh tahun, tak pernah investors beli T-Bill sebegini banyak.

US jual T-Bill ni guna kiraan antara AS$1,000 ke AS$5 juta. Kena peram kadang 4 minggu. Kadang setahun.

Short-term. Bebas cukai. Tiada dividend. Image
Habis kat mana untung?

Macam ni. Korang nak beli T-Bill? Minimum kan $1,000. Okay. Korang bayar $950 jer. Peram katakanlah 4 minggu. Sampai masa, jual.

Masa jual, dapat $1,000 cash. Untung bersih $50. Sebab tadi bayar $950 untuk “T-Bill $1000”.

Baik tak payah? $50 jer. Kejap! Image
Korang ada cash $5 juta? Haa. Ni yang gila. Beli “T-Bill $5 Juta”. Bayarnya berapa? $4.75 juta.

Peramlah setahun sekalipun. Sampai tempoh matang, korang jual balik. Buta-buta dapat untung $250,000.

Ada cash $15 juta? Do your math. Buta-buta buat duit. Easy money! Image
Ramai tengah beli T-Bill sekarang. Sebab ada tempoh peram. Mereka yakin isu had hutang ni akan settle sebelum tempoh peram tu.

Jadi 1 Jun tiada deal, korang expect USD akan mengaum lagi dahsyat. Sebab semua akan parking duit beli T-Bill.

Sekarang pun dah lumba beli T-Bill. Image
Ini pun akan bagi ekonomi dunia sakit... on top of interest rate naik tu. Sebab tu ada geng macam BRICS bengang dengan USD.

Tapi takdak mende mereka boleh buat sekarang. USD ni dah jadi macam darah daging ekonomi dunia. Sebab ia telus, cair dan pantas.
Buatlah apa pun. Investors tetap akan pilih USD. EU sendiri tak dapat nak challenge benda ni. Kita tengok jer lah apa 536 ahli politik ni akan buat.

Harap-harap mereka cepat settle masalah dangkal ni. Makin hari, makin teruk USD sembelih matawang asing. Image
Korang ada apa-apa isu yang nak saya ulas? PM saya terus. Saya buat percuma jer. Kalau ada nak support penulisan percuma saya, jemput dapatkan naskhah autograf PUTIN: TSAR MODEN RUSIA.

Tak mahal kat kedai Shopee saya: shope.ee/5fIXSr85TM Image
Jemput subscribe Telegram Channel saya. Kat sini ada semua thread saya dah tulis. Mudah korang nak baca, dan ya, ada exclusive content yang tak naik kat sini.

Link: t.me/ahmadfaezalpen…

Kalau ada yang tak faham, boleh bertanya. Tiada masalah. twitter.com/i/web/status/1…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 25
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Nixon Shock

Amerika belum capai kata sepakat pasal had hutang. Ni masa nak bincang Nixon Shock. Presiden Nixon tiba-tiba bekukan gaji rakyat selama 90 hari.

Dah tu dia berhenti tambat USD pada emas... buat sementara waktu. Tapi lain jadinya. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak kongsi ilmu. Saya cuba mudahkan apa yang rumit.

Jadi kalau minat bab-bab ni, jemput follow saya.

Pertama sekali, saya rasa ramai suka sistem ‘tambat matawang pada emas’. Image
Sistem ni adalah ‘gold standard’. Bukan benda yang baru. Dulu kala, memang betul kita berdagang guna emas dan perak fizikal.

Tapi saban zaman, benda ni tak boleh sustain. Jadi dunia beralih ke duit kertas. Cuma setiap negara pastikan jumlah duit mereka ada ditambat pada emas. Image
Read 28 tweets
May 23
Kenapa Matawang Singapura dan Brunei Sama Nilai?

Ada trending topic best!

Korang tahu matawang Singapura dan Brunei sama nilai? Sebab mereka buat Perjanjian Currency Interchangeability (CIA).

Tapi tak ramai tahu Malaysia pernah join CIA ni. Ya! RM dan SGD pernah sama nilai! twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread dengan niat nak kongsi ilmu secara percuma.

Saya cabar diri nak pastikan semua orang boleh faham topik susah. Jadi kalau minat bab gini, jemput follow saya. Ada banyak kisah menanti. Image
Okay. Saya bercerita dulu pasal CIA ni. Asas dia senang jer. Setiap negara ada pihak berkuasa kewangan (monetary authority).

Negara-negara yang masuk CIA ni mengiktiraf matawang satu sama lain. Jadi pihak berkuasa kewangan wajib terima dan tukar. Nilai kena sama. Image
Read 24 tweets
May 22
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Matawang Rusia Lawan USD

Katanya #Bakhmut dah jatuh. Walaupun ada yang cakap tu propa, kita tunggang arus.

Sebab saya nak bercerita pasal matawang Rusia yang nampak kuat lawan pengaruh USD.

Ini request pembaca. Maka jom bedah sama-sama! twitter.com/i/web/status/1… Image
Sambil tu saya nak bagitau saya penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Isu ruble ni memang kena betul kat kedua-dua topik ni. Kalau suka bab gini, jemput follow saya.

Ada banyak thread lain menanti korang. Sehari saya buat 1-2 thread nak kongsi ilmu secara percuma. Image
Bagi yang tak tahu, matawang Rusia adalah Ruble.

Kalau nak faham keadaan Ruble sekarang, kita wajib belek sejarah sahabat semua. Sebab kita kena faham asal-usulnya dulu.

Matawang ni dah wujud seawal Abad ke-13, lama sebelum adanya Tsardom of Rusia. Image
Read 30 tweets
May 21
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Krisis Kewangan 1997

Ramai minta thread ni.

Pasti korang dengar semua naratif pasal krisis ni. Kononnya Anwar Ibrahim dikaitkan dengan IMF. Mahathir pula selamatkan negara guna capital control. Betul ka?

Tanpa buang masa, jom bedah sekarang. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread nak kongsi ilmu.

Kalau minat bab gini, jemput follow saya.

Bagi saya, Krisis 1997 memang ‘watershed moment’ sebab banyak benda berubah sejak peristiwa ni. Image
Krisis ni sukar difahami ramai sebab politik berselirat dengan ekonomi bagaikan tali disimpul mati.

Maka kena buka simpulan dulu. Pembaca sedia ada tahu saya akan jelas guna bahasa paling marhaen. Sebab saya cabar diri nak bagi semua faham.

Pasal negara, semua kena faham.
Read 35 tweets
May 20
Naratif Drama Korea True Beauty Yang Sindir Secara Halus

True Beautytengah trending kat Netflix. Dalam Top 10 TV Shows kat Malaysia, siri ni dapat tempat ke-9.

Saya nampak sisi betapa Korea tengah menyindir. Tu sebab saya buat thread ni. Sebab penonton mungkin tak perasan. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Tapi kadang saya bercerita pasal kebudayaan sesuatu bangsa supaya kita dapat kenal-mengenali.

Korang kalau minat benda gini, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread dengan niat nak kongsi ilmu percuma. Image
True Beauty ni genre cinta (Romance). Tapi genre ni bagi saya perangkap fokus. Kita akan tumpu pada dasar genre sampai terlepas pandang mesej-mesej fiksyen.

Macam True Beauty ni, saya yakin korang nampak angle “persepsi hodoh”. Fokus pada watak utama iaitu Jugyeong. Image
Read 26 tweets
May 19
Apa Mustafa Kemal Ataturk Buat Sepanjang Pemerintahannya?

Saya ada kupas kenapa rakyat Turkiye amat menyanjung Ataturk. Kupasan tu diterima baik... tapi ada yang tuduh saya tak berlaku adil.

Sebab tak cerita apa Ataturk buat sepanjang pemerintahan. Maka jom bedah sama-sama. twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Kalau minat topik gini, jemput follow saya.

Sehari saya buat 1-2 thread tanpa sebarang agenda nak provokasi atau indoktrinasi. Sekadar nak kongsi ilmu.

Tanpa buang masa, kita mula terus pada 3 Mac 1924. Image
Itulah tarikh Abdulmejid II hilang jawatan. Dia berangkat ke Switzerland, dimana dia beri ucapan cakap dia sedih. Dia risau tanpa khilafah, ekstrimisme akan mencanak.

Tapi kerajaan Ataturk bagi tekanan terhadap Switzerland yang tak bagi Abdulmejid buat ucapan. Haram terus. Image
Read 34 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(