Ahmad Faezal Profile picture
May 27, 2023 25 tweets 10 min read Read on X
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Krisis Eropah

Orang Eropah tengah berlapar sekarang. Pengalaman mereka boleh kita ambil buat iktibar.

Dah tiba masa sebenarnya kita amati impak food insecurity. Sebab krisis makanan hentam jer, orang marhaen paling teruk kena.

Maka jom baca! twitter.com/i/web/status/1… Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Dalam hal krisis makanan, geopolitik dan ekonomi ada peranan utama.

Sebab tu saya tulis thread ni. Kalau minat bab gini, jemput follow saya.

Ada banyak thread menanti.

Sebelum ulas, saya kena bagitau dulu: Image
Pertama sekali, food security adalah situasi apabila:

“semua rakyat, pada setiap masa, mampu secara fizikal dan ekonomi untuk dapatkan makanan berzat, selamat dan cukup... supaya dapat memenuhi keperluan dan kemahuan... dalam hidup yang sihat dan aktif.”

Eropah power bab ni. Image
Global Food Security Index ambil kira makanan dari segi:

1. Harga mampu milik
2. Bekalan stabil
3. Kualiti dan selamat
4. Mapan dan tangkas (boleh dapat makanan kalau ada isu)

Dalam Top 20 best performers, Eropah pegang 16 tempat.

Sebab mereka dah cakna awal pasal risiko ni. Image
Saya akan turun #PBAKL2023 3 Jun ni. ENAM HARI LAGI. Tak sabar nak jumpa korang.

Sekarang ni PBAKL masih rancak dengan pembeli. Korang yang ada kelapangan masa, jemput ke reruai The Patriots. Buku saya ada kat situ.

Yang tak boleh turun, Shopee ada: shope.ee/4AUqcOWdAu ImageImage
Selama 60 tahun, “common agricultural policy” menyokong para petani. CAP ni mengubah EU jadi enjin pertanian lepas WW2.

Sebab tu mereka ada GFSI score yang tinggi. Tapi dalam keadaan score bagus kena krisis, bayangkan negara yang low GFSI score...

Apa yang jadi sebenarnya? Image
Okay. EU amat cakna bab makanan. Tapi EU merepek bab tenaga. Selepas Rusia mengambil Crimea, pihak NATO yang lama tidur mula terkejut bangun.

Barack Obama waktu tu dah cakap: “korang terlalu bergantung pada gas asli Rusia.”

Obama dah keluar pejabat tahun 2017. Tapi apa EU buat? Image
Masih bersangka baik pada Rusia. Masih menyangka Putin takkan langgar Ukraine. Inilah pendekatan Angela Merkel, selaku pemimpin Jerman. Memang waktu tu, Merkel ni jadi “ketua sebenar” EU. The most powerful woman in the world.

Sekarang ni pun #Merkel tengah trending. Image
Sebab Obama dah warning. Trump dah warning. Too dependent on Russia. Angkara Merkel, Putin berjaya guna gas asli jadi senjata diplomasi.

Beberapa hari selepas Rusia langgar Ukraine, pihak EU masih dalam keadaan ‘shell-shocked’.

Mereka akhirnya kena terima hakikat. Image
Putin menggunakan senjata diplomasinya masa awal pencerobohan tu. Menjadi. Harga elektrik kat Eropah melambung punya tinggi... sampai kalangan EU berpecah-belah.

Masa Barat aktif hentam Rusia dengan siri sekatan ekonomi, Hungary berusaha nak bagi sekatan paling ‘minor’. Image
Hungary tak setuju kenakan sekatan keras terutamanya kat sektor minyak. Mereka cuba kekal neutral. Tak boleh. Kena ikut EU juga.

Sebab majoriti negara EU all-out buat sekatan ekonomi. Mereka menanggung kesan kerana lama mengetepikan warning US. Ekonomi menguncup teruk.
Krisis tenaga tu menyebabkan harga gas asli dan minyak melambung... kacau dari segi harga elektrik. Banyak keluarga jatuh miskin.

Syarikat dan kilang buang pekerja sebab nak cut cost. 11 juta orang diketahui jatuh miskin. Tu diketahui... yang tak diketahui? Image
Betul, EU berjaya keluar daripada krisis ni (satu mimpi ngeri buat Putin). Mereka diversify dengan bantuan Algeria, Azerbaijan, Qatar dsb.

Tapi sekarang EU menghadapi krisis makanan... tempias kesan krisis tenaga ni. Inflasi dah mula turun, tapi harga makanan naik mendadak. Image
Dalam EU jer, harga makanan naik +15.4%. Amat mengejutkan bagi EU. Sebab harga makanan dari petani sebenarnya sedang menurun.

Sekali tengok sampai kat rakyat, naik jadi mahal. Dah gila ka apa? Petani tang tu jer; rakyat makin susah. Nak bertindak kat mana? Image
Kat Perancis, statistik mendapati keluarga dah mula ikat perut. Kurang beli makanan. Jerman yang powerhouse pun kurang beli makanan juga. Keadaan sekarang ni kerajaan tak tahu rakyat elak beli daging sebab mahal atau pro-vegan.

Jadi mereka tengok supply chain tu sendiri.
Dah sahih petani tak sebat untung lebih.

Jadi puncanya peruncit? Tak. Statistik tunjuk profit margin peruncit dah susut sebab mereka takut nak naikkan harga makanan sekali lagi.

Kos mereka dah naik. Ada syarikat supermarket Jerman cakap yang mereka dah berhenti order banyak. Image
Sebab mereka sendiri seram tengok harga. Order banyak boleh kacau profit margin.

Kalau dua negara ni jer terkesan, boleh salahkan EU. UK yang dah keluar EU lagi teruk. 20% rakyat dah ikat perut. 20%!

Jadi lepas hitung kira semua geng— Image
—economist tengok kat akses makanan. Production tak turun. Harga petani turun. Jadi makanan tu naik harga at some point dalam supply chain sebelum tiba kat tangan peruncit.

UK berpendapat harga makanan dah naik £28 bilion dalam tempoh tiga tahun. Gila. Image
Saya nampak EU dan UK dah tak berapa mampu nak bantu rakyat. Mereka dah berbelanja banyak nak kurangkan bebanan dihadapi rakyat masa elektrik naik harga. Sekarang kena harung ni pula.

Bank of England mendapati satu pattern jelas yang jadi faktor utama. Image
Petani ada tandatangani kontrak jangka masa panjang dengan syarikat pembekal tenaga dan baja.

Dua benda ni naik harga masa energy crisis. Maka korang faham kontrak ni mahal. Untung mereka susut sebab kos naik. Jadi sini korang nampak tak betapa seramnya krisis ni?

Harga naik.
And they have no idea why.

Petani tak catat untung lebih. Produktiviti okay. Hasil mereka masuk supply chain. Tapi sampai kat peruncit jadi mahal.

Sini kita nampak betapa pentingnya kita kena berdiri di atas kaki sendiri. EU bolos kat energy independence. Image
Kesannya tempias sampai kat makanan. Padahal dah ada CAP sekian lama nak elak benda ni. Tengok sistem makanan EU. Mereka eksport:

1. Belanda -16%.
2. Jerman - 11%
3. Perancis – 11%
4. Itali – 9%
5. Spain – 9%

Terurus hasil makanan mereka sampai boleh eksport. Image
Tapi advantage ni mendap sebab rakyat kena ikat perut jua. Itulah realiti. Ada banyak isu boleh menyatukan dunia.

Salah satu adalah kenaikan harga. Satu dunia boleh faham benda ni.

Sebab satu dunia dah lama abaikannya. Sekadar bertindak bila dah melarat. Image
EU biar energy crisis jadi melarat baru nak bertindak. Kesannya, mereka hilang advantage besar yang mereka dah buat untuk pastikan tak berlaku.

Kalau nak point kegagalan paling besar EU, inilah dia. Tahun 2000 Putin naik. 2014, Crimea diambil. 2022, Ukraine dilanggar.
14 tahun tak sangka. 8 tahun menyangka-nyangka.

Rule utama geopolitik. Jangan percaya sesiapa. Musuh timbul pada saat kita selesa.

Sebab tu saya tulis buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Nak bagi korang perspektif siapa Putin ni.

Jemput beli kat Shopee: shope.ee/5fIXSr85TM Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ahmad Faezal

Ahmad Faezal Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AhmadFaezal4

May 21
“ICC Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Netanyahu?”

Dah kecoh habis pasal ni tapi ramai terlepas pandang implikasinya. Serius. Implikasinya sangat besar, kalau kita baca betul-betul teks permohonan waran. Tapi sebelum tu, kita faham dulu apa beza ICC dan ICJ.Image
ICC adalah International Criminal Court yang mendakwa individu. ICJ pula adalah International Court of Justice. Kalau ada pertikaian antara-negara, memang ICJ lah medannya.

Dan ICC ni serupa mahkamah biasa. Ada hakim, pendakwa raya dan peguam bela sepanjang proses kes. Image
Pada 20 Mei, pendakwa raya Karim Khan umum pasal permohonan waran tangkap. Dua orang kat belakang tu saya tak tahu apa masalah.

Khan nak ICC tangkap Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) dan juga Yoav Gallant (Menteri Pertahanan Israel). Tapi permohonan tak stop kat situ!Image
Read 21 tweets
May 11
“Hipokrasi Di Sebalik No Palm Oil”

Sekarang tengah hangat isu “no palm oil” sebab hari tu ada sebuah kedai runcit diserbu. Dalam serbuan tu pula, pihak berkuasa jumpa aiskrim yang ada label, “no palm oil”. Jadi apa lagi, kena rampaslah. Sini semua peniaga kena take note.Image
First thing first, kenapa kena rampas? Kita faham isu ni terus lah. Sekarang Barat terutamanya yang haluan kiri tu tengah bergiat pasal hal alam sekitar. Cara mereka simple tapi sangat berbisa: “cari satu elemen negatif dan kaitkannya dengan industri sedia ada.”Image
Sebelum sambung pasal industri tu, saya nak jumpa korang semua. Poster bawah adalah event saya hadir masa PBAKL nanti. Jemput ramaikan dan ya, ada sesi talk juga sempena pelancaran buku.
Image
Image
Read 14 tweets
Jan 17
Iran Dah Masuk Berperang?

Iran dah flex sekarang ni. Nak faham apa jadi, kita mula pada 16 Januari dulu. Tarikh tu, Iran lancarkan misil yang kena tepat pada sasaran. Habis hancur bersepai sasaran mereka sampai boleh claim operasi berjaya.Image
Sekarang soalan besar: siapa sasaran Iran? Cuba teka. Israel? Nope. Perhaps Amerika Syarikat yang gigit Houthi dari arah Timur Tengah? Pun tidak.

Sasaran Iran adalah... Baluchistan, Pakistan. Yup. Dua hari selepas sign agreement dengan Pakistan nak tingkatkan kerjasama— Image
— Iran pergi bedil mereka. Next-level diplomacy. The Tehran Way.

Bila jadi gini, memang letak tepilah perjanjian tu. Pakistan dah halau duta Iran dan panggil balik dutanya dari Tehran. Pakistan juga kata dua kanak-kanak pergi buat selamanya angkara apa yang Iran buat. Image
Read 12 tweets
Dec 15, 2023
‘Negara Islam Boleh Keluar Dari PBB Tak?’

Ramai tengah bengang kat PBB sekarang. Mana tak — pada 13 Januari lalu, PBB bersidang nak buat gencatan segara. 193 negara kena undi sama ada sokong, tolak atau berkecuali.

Elok dah pergi. Elok dah undi. Elok dah ada keputusan.Image
10 negara menentang. 23 negara berkecuali. Tapi 153 negara MENYOKONG. Jangankan majoriti. Dah supermajority kat situ. Sebelum sambung point utama, koran gkena tahu banyak negara-negara Eropah SOKONG gencatan.

Maka resolusi ni lulus. Cuma dah lulus ni, bila nak laksana? Image
Masih berterusan konflik kat sana. Ini masalahnya. Resolusi diluluskan ni bersifat nonbinding, sebab persidangan kat UN General Assembly.

UNGA ni tiada mandat nak kuatkuasakan apa-apa. Israel boleh laksana kalau nak. Tapi kalau taknak laksana, tiada negara boleh paksa. Image
Read 21 tweets
Oct 31, 2023
Yaman Dah Isytihar Perang Terhadap Israel?

Yaman dah masuk berperang dengan Israel. Netanyahu pakat kalut buat meeting sekarang.

Banyak sumber dah laporkan benda ni. Tapi korang kena tahu dulu secara kronologi. Sebab benda ni bukan baru.

Dah nampak benihnya sejak minggu lalu.
Image
Saya akan bicara sikit pasal geopolitik.

Jadi buat korang yang nak basic element... kot-kot teringin nak faham perang global ni, boleh dapatkan siri DUNIA TANPA TEMBOK.

Ada kat sini:

Ada mata ganjaran korang boleh guna nanti! ahmadfaezal.com
Image
Sejak minggu lalu? Betul.

Minggu lalu, kapal U.S.S. Carney dok ada kat utara Laut Merah. Tentera Laut US tu pintas beberapa cruise missile dan dron yang menghala ke Israel.

Dari mana?

Yup. Yaman.

Lepas-lepas tu, ada siri pemintasan lagi. Kali ni Arab Saudi pula pintas. Image
Read 16 tweets
Oct 12, 2023
Gaza Bakal Dilanggar Israel?

Dah lebih sehari saya tengah baca naratif Israel.

Saya baca kenyataan menteri mereka. Saya tengok suara rakyat mereka.

Sambil tu, saya tengok pergerakan tentera mereka.

Dan saya terjumpa sesuatu. Sangat merisaukan sebenarnya.
Image
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi.

Dari 7 Oktober saya ikuti nak memudahkan apa yang rumit untuk korang.

Kalau nak ulasan macam ni, jemput follow.

Pertama, saya nak ulas pasal kisah bayi yang didendang lepas "ramai bayi diangkut ke Gaza". Image
Dah mula beberapa hari lalu — tersebar dakwaan yang pihak Palestin telah memancung 40 bayi Israel.

Dakwaan ni mekar saban hari. Katanya siap bergambar. Ikut naratif, IDF memberitahu Benjamin Netanyahu yang menempelak.

Netanyahu bagitau Joe Biden yang percaya bulat-bulat. Image
Read 22 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(