Kalau korang pernah tgk Saving Private Ryan, mesti korang tau D-Day. Ya, harinilah berlakunya Pendaratan Normandy.
Operasi Neptune ni ialah operasi terbesar angkatan laut dalam sejarah dunia.
Kenapa terbesar?
Sebab direkodkan berdasarkan jumlah kapal digunakan, peralatan dan bekalan bagi membebaskan Perancis dan Eropah Barat daripada Nazi.
Serangan udara dan bedilan kapal perang menghentam kawasan di belakang pantai dan sejurus selepas tengah malam.
Awal pagi 6 Jun, 24,000 tentera Amerika Syarikat (AS), British dan Kanada memulakan operasi mendarat.
Sasaran mereka ialah menawan kawasan sejauh 80 kilometer sepanjang pantai Normandy yang dibahagikan kepada lima sektor iaitu Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword.
9,000 tentera Jerman terbunuh ketika D-Day. Kira² 10,000 anggota bersekutu cedera dan 4,414 terkorban.
133,000 tentera mendarat melalui laut dan 23,000 lagi mendarat dari udara dengan 13,000 anggota payung terjun AS daripada Divisyen Udara ke 101 dan 82 turun di Pantai Utah.
Operasi Neptune membabitkan 6,939 kapal, jumlah terbesar pernah direkodkan. Pasukan pendaratan membabitkan 4,126 bot dan kapal pendaratan membawa tentera serta kenderaan, termasuk kereta kebal dan berperisai.
Kira-kira 20,000 kenderaan dan 1,000 kereta kebal didaratkan disana.
Jerman pulak tak sampai 150,000 tentera dan 50,000 mereka ditempatkan di kawasan pendaratan Tentera Bersekutu yang hanya menempatkan satu divisyen berperisai dan enam divisyen infantri berdekatan pantai.
D-Day merupakan permulaan operasi bagi Tentera Bersekutu yang akhirnya akan membebaskan Eropah Barat, mengalahkan Jerman dan menamatkan Perang Dunia Kedua.
Berminat nak tau lebih lagi pasal Perang Dunia Kedua? Dapatkan segera PERANG DUNIA KEDUA di Shopee: bit.ly/perangduniaked…
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku di Kota Kinabalu. Pesawat yang dikendalikan oleh Sabah Air, datang dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Nahas ni mengorbankan semua penumpang pesawat termasuk:-
1. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Pertama Sabah.
2. Menteri Datuk Salleh Sulong
3. Datuk Peter Mojuntin
4. Chong Thien Vun
5. Timbalan Menteri Darius Binion
6. Anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens
7. Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau
8. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa
9. Isak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah)
10. Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad)
Kemenangan Recep Tayyib Erdogan di Pilihan Raya Presiden Türkiye menandakan AK Party yang membawa perjuangan ideologi Islam masih teguh di Türkiye.
Tepat 569 tahun lalu, sinar Islam mula bertapak di bumi Konstantinopel yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Datanglah beramai-ramai ke #PBAKL2023. Buku-buku The Patriots yang habis stok hari tu dah menjelma kembali!
Jadi jom semua serbu reruai kami! Mana yang tak dapat hadir, jangan risau... Shopee ada: bit.ly/bukupatriots
Mari kita selami sejarah bagaimana Konstantinopel akhirnya jatuh ke tangan umat Islam Turki Uthmaniyah.
Konstantinopel, ibu kota Kerajaan Byzantine pernah cuba dibuka Islam sejak zaman Umayyah di bawah pimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Namun cubaannya gagal.
Sebentar lagi akan berlaku Istiwa' A'zam yang mana kedudukan Matahari berada tepat di bawah Kaabah dan semua objek bayang² seluruh dunia akan menghadap kiblat.
Fenomena ini berlaku 2 kali setahun. (28 Mei Jam 5.16 petang) dan (16 Julai Jam 5.28 petang).
Di Malaysia, bayang-bayang akan jatuh di sebelah Timur. Oleh itu, arah kiblat adalah bertentangan dari bayang-bayang tersebut iaitu sebelah Barat.
Korang boleh semak kiblat dengan tepat rumah korang dgn cara ni. Cubalah tengok bayang² petang ni!
Btw jangan lupa singgah di reruai The Patriots sempena #PBAKL2023 di PWTC. KITAB TAMADUN ISLAM dan banyak lagi buku lain ada kat reruai kami di #PBAKL2023.
Kami berada di reruai PWTC sepanjang tempoh PBAKL. Jemput ramaikan!