Azizul Farhan Profile picture
Jun 6 7 tweets 3 min read Twitter logo Read on Twitter
#SejarahApaHarini

6 Jun 1976

Tragedi Double Six merupakan nahas kapal terbang yang berlaku di Kota Kinabalu. Pesawat yang dikendalikan oleh Sabah Air, datang dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika hendak menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Image
Nahas ni mengorbankan semua penumpang pesawat termasuk:-

1. Tun Fuad Stephens, Ketua Menteri Pertama Sabah.

2. Menteri Datuk Salleh Sulong

3. Datuk Peter Mojuntin

4. Chong Thien Vun

5. Timbalan Menteri Darius Binion

6. Anak sulung Tun Fuad, Johari Stephens Image
7. Setiausaha Kementerian Kewangan Sabah Datuk Wahid Peter Andau

8. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah Dr Syed Hussein Wafa

9. Isak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah)

10. Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad)

11. Juruterbang Kapten Gandhi Nathan Image
Punca kemalangan masih tak diketahui. Banyak konspirasi tersebar antaranya dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu.

Kerajaan Australia hantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan.
Hasil siasatan mendapati terdapat lebihan muatan pesawat dan kesilapan juruterbang. Tetapi banyak persoalan yang timbul daripada siasatan kes ni.

Boleh baca lebih lanjut di thread ni:
Tugu Peringatan Double Six dibina untuk memperingati kejadian tersebut di Sembulan. ImageImage
Selain daripada Tragedi Double Six, MH370 dan MH17 juga antara nahas pesawat terburuk yang pernah dicatatkan dalam lipatan sejarah Malaysia. Dapatkan buku ini sekarang di link: shope.ee/4pjSWDaGJ5 Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Azizul Farhan

Azizul Farhan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzizulFarhan2

Jun 7
#SejarahApaHarini

7 Jun 1974

Ejen Parti Komunis Malaya menembak mati Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara Malaysia yang ketiga.

Kejadian ni berlaku di persimpangan Jalan Mountbatten (kini Jalan Tun Perak), berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur. Image
Beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menaiki kenderaan rasmi Mercedes Benz 250 yang dipandu oleh Sarjan Omar Yunus. Image
Kenderaan mereka berhenti di persimpangan jalan kira-kira pukul 8.20 pagi dan didatangi dua lelaki tidak dikenali dengan moto.

Diorang pecahkan cermin belakang dan tembak bertubi-tubi ke arah beliau dan pemandunya.

Tragedi ini diselitkan di dalam filem Tanda Putera.
Read 6 tweets
Jun 6
Aku nak mulakan 1 thread setiap hari dengan #SejarahApaHariNi

6 Jun 1944

Kalau korang pernah tgk Saving Private Ryan, mesti korang tau D-Day. Ya, harinilah berlakunya Pendaratan Normandy.

Operasi Neptune ni ialah operasi terbesar angkatan laut dalam sejarah dunia. Image
Kenapa terbesar?

Sebab direkodkan berdasarkan jumlah kapal digunakan, peralatan dan bekalan bagi membebaskan Perancis dan Eropah Barat daripada Nazi.

Serangan udara dan bedilan kapal perang menghentam kawasan di belakang pantai dan sejurus selepas tengah malam. Image
Awal pagi 6 Jun, 24,000 tentera Amerika Syarikat (AS), British dan Kanada memulakan operasi mendarat.

Sasaran mereka ialah menawan kawasan sejauh 80 kilometer sepanjang pantai Normandy yang dibahagikan kepada lima sektor iaitu Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword. Image
Read 8 tweets
Jun 6
Aku nak mulakan thread baru setiap hari dgn #SejarahApaHarini

6 Jun 1944

Pernah tak korang tonton Saving Private Ryan? Kalau pernah mesti korang tau pasal D-Day atau Pendaratan Normandy ni.

Pendaratan Operasi Neptune ni ialah operasi terbesar angkatan laut dalam sejarah. Image
Si Misai Kontot meletakkan Marshal Erwin Rommel untuk mengukuhkan Tembok Atlantik sebagai persediaan serangan Pihak Bersekutu.

Tapi serangan bertali arus dari udara dan laut sepanjang malam menganggu Jerman untuk terus bertahan. Image
Awal pagi 6 Jun, 156,000 tentera Amerika Syarikat (AS), British dan Kanada memulakan operasi mendarat.

Sasarannya menawan kawasan sejauh 80 kilometer sepanjang pantai Normandy yang dibahagikan kepada lima sektor iaitu Utah, Omaha, Gold, Juno dan Sword. Image
Read 9 tweets
Jun 5
Harini semua rakyat Malaysia cuti am sebab Hari Keputeraan YDP Agong kita. Tapi tau tak korang, harini bukan birthday baginda?

HAH? Hari Keputeraan tu bukan hari lahir ke? Sathia pun bertanya, Sudah tukar ka?

Nak tau sebab apa? Image
Ya, Hari Keputeraan ni bukan hari lahir Agong.

Hari Keputeraan ni biasanya hari kelahiran bagi raja-raja. Tapi tarikh lahir sebenar YDP Agong kita pada 30 Julai 1959.

Sambutan ni dimulakan Raja Britain pertama, King George II yang memerintah dari tahun 1727 hingga 1760. Image
Lepas British menang Pertempuran Dettingen di Jerman pada 1743, baginda nak tunjuk perarakan angkatan tentera dia kepada rakyatnya.

Dia nak buat masa birthday dia pada 9 November, tapi waktu tu musim sejuk. Nanti takde pulak askar dan rakyat yang nak tengok perarakan. Image
Read 8 tweets
May 30
Kemenangan Recep Tayyib Erdogan di Pilihan Raya Presiden Türkiye menandakan AK Party yang membawa perjuangan ideologi Islam masih teguh di Türkiye.

Tepat 569 tahun lalu, sinar Islam mula bertapak di bumi Konstantinopel yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Image
Datanglah beramai-ramai ke #PBAKL2023. Buku-buku The Patriots yang habis stok hari tu dah menjelma kembali!

Jadi jom semua serbu reruai kami! Mana yang tak dapat hadir, jangan risau... Shopee ada: bit.ly/bukupatriots ImageImage
Mari kita selami sejarah bagaimana Konstantinopel akhirnya jatuh ke tangan umat Islam Turki Uthmaniyah.

Konstantinopel, ibu kota Kerajaan Byzantine pernah cuba dibuka Islam sejak zaman Umayyah di bawah pimpinan Khalifah Yazid bin Muawiyah. Namun cubaannya gagal. Image
Read 12 tweets
May 28
Sebentar lagi akan berlaku Istiwa' A'zam yang mana kedudukan Matahari berada tepat di bawah Kaabah dan semua objek bayang² seluruh dunia akan menghadap kiblat.

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun. (28 Mei Jam 5.16 petang) dan (16 Julai Jam 5.28 petang). Image
Di Malaysia, bayang-bayang akan jatuh di sebelah Timur. Oleh itu, arah kiblat adalah bertentangan dari bayang-bayang tersebut iaitu sebelah Barat.

Korang boleh semak kiblat dengan tepat rumah korang dgn cara ni. Cubalah tengok bayang² petang ni! Image
Btw jangan lupa singgah di reruai The Patriots sempena #PBAKL2023 di PWTC. KITAB TAMADUN ISLAM dan banyak lagi buku lain ada kat reruai kami di #PBAKL2023.

Kami berada di reruai PWTC sepanjang tempoh PBAKL. Jemput ramaikan! Image
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(