Ia bermula dengan Suruhanjaya Brundtland (juga dikenali sebagai Suruhanjaya Dunia berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan) di dalam laporannya pada 1987 mengenalpasti sektor lautan tak punyai suara yang kuat dibanding dengan sektor lain.
Pada 1992, konsep satu hari khusus untuk lautan dicadangkan Pusat Antarabangsa Kanada untuk Pembangunan Lautan (ICOD) & Institut Lautan Kanada (OIC) di Sidang Kemuncak Bumi - Persidangan UN berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro.
Objektifnya adalah untuk membawa lautan ke tengah perbincangan & dasar antara kerajaan & NGO. Sehinggalah pada 1998, Suruhanjaya Oseanografi Antara Kerajaan UNESCO menyuarakan sokongannya terhadap satu sambutan rasmi antarabangsa.
Bermulalah usaha terkoordinasi global menerusi kolaborasi 2 organisasi pemuliharaan, The Ocean Project & World Ocean Network pada 2002 menganjurkan pelbagai acara dengan rangkaian zoo, akuarium & kumpulan alam sekitar seluruh dunia.
Ketika tempoh itu, WorldOceanDay.org dilancarkan bagi membantu mempromosikan kepentingan mengangkat martabat lautan serta menyediakan peluang untuk melibatkan diri & membawa perubahan demi bumi yang lebih sihat & sejahtera.
Pada 2004, The Ocean Project & World Ocean Network melancarkan kempen “Help Make a Difference for Our Ocean Planet!” secara atas talian & bersemuka untuk menyeru orang ramai menandatangani petisyen kepada PBB untuk merealisasikan hasrat mereka.
Maka pada Disember 2008, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Deklarasi untuk secara rasmi mengiktiraf 8 Jun sebagai Hari Laut Sedunia, sempena tarikh konsep itu diutarakan oleh ICOD & OIC di Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992.
Setiap tahun, Hari Laut Sedunia mengangkat tema berbeza dengan matlamat yang tetap sama - memastikan kelestarian ekosistem marin terus terjaga ketika menongkah arus perubahan dunia. Tahun ini, temanya adalah “Planet Ocean: Tides Are Changing.”
Selepas beberapa kali ditahan & dibicarakan, Nelson Mandela, pemimpin pertubuhan politik kulit hitam ANC, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 12 Jun 1964 oleh rejim apartheid Afrika Selatan atas tuduhan sabotaj, khianat & konspirasi ganas.
Di Penjara Robben Island, beliau hanya dibenarkan didatangi seorang pelawat sekali sahaja setiap tahun & boleh mengutus surat hanya sekali setiap 6 bulan. Penulisan bersangkutan politik adalah diharamkan, jadi setiap surat akan ditapis oleh pihak penjara.
Majlis upacara pelancaran yang berlangsung di Limbungan Straits Steamship, Sungai Nyok, Butterworth, Pulau Pinang ini disempurnakan oleh Patricia Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap British Pulau Pinang ketika itu, Arthur Vincent Aston.
Kapal besi berukuran 130 kaki panjang & seberat 295 tan ini direka oleh Syarikat Ritchie & Bisset dari Singapura. Ia mampu menampung muatan seberat 250 tan serta boleh memuatkan sehingga 146 penumpang & anak kapal pada satu-satu masa.
Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.
Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.
Euphemius, seorang komander laut Byzantine tidak puas hati terhadap Empayar Byzantine & meminta pertolongan kerajaan Dinasti Aghlabid di Qayrawan (Tunisia hari ini) untuk melancarkan pemberontakan.
Emir Aghlabid, Ziyadat Allah I mulanya enggan membantu, memandangkan perjanjian damai yang telah dimeterai pada 201H antara 2 kerajaan itu. Namun, Asad al-Furat, seorang ahli fiqh disegani, menganjurkan gerakan penaklukan.
Lahir pada 421H di Khurasan dengan nama Muhammad ibn Daud Chaghri, Alp Arslan mewarisi takhta Empayar Seljuk apabila bapa saudaranya, Sultan pertama Empayar Seljuk, Tughril Bey meninggal dunia tanpa waris lelaki.
Seperti bapa saudaranya, Alps Arslan (bahasa Turk yang bermaksud ‘Wira Singa’) merupakan panglima perang yang cukup handal & berwibawa. Beliau menyatukan wilayah-wilayah bertelingkah di bawah empayarnya sebelum meluaskan kuasa ke Barat.
Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tak formal dalam bidang astronomi & sains angkasa yang terletak di dalam kawasan Taman Botani Perdana, KL. Ia bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989.
Pembinaan kompleks ini dimulakan pada 1990 & siap selepas 3 tahun. Ia mula dibuka untuk kunjungan umum pada Mei 1993 sebelum dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad.