Selepas beberapa kali ditahan & dibicarakan, Nelson Mandela, pemimpin pertubuhan politik kulit hitam ANC, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 12 Jun 1964 oleh rejim apartheid Afrika Selatan atas tuduhan sabotaj, khianat & konspirasi ganas.
Di Penjara Robben Island, beliau hanya dibenarkan didatangi seorang pelawat sekali sahaja setiap tahun & boleh mengutus surat hanya sekali setiap 6 bulan. Penulisan bersangkutan politik adalah diharamkan, jadi setiap surat akan ditapis oleh pihak penjara.
Bagaimanapun, Mandela tetap menemui jalan untuk menghantar surat dengan isi 'terlarang', menyampaikan mesej-mesej perjuangannya ke luar dengan bantuan banduan-banduan yang bakal dibebaskan & akan meninggalkan penjara.
Manuskrip autobiografi 500 muka surat tulisan Mendela berjaya diseludup keluar oleh banduan bebas pada 1976. Namun tak lama selepas itu, ia dapat dikesan lalu dirampas warden, menyebabkan Mandela ditarik hak & akses kepada pendidikan selama 4 tahun.
Tamat tempoh sekatan itu, pada 10 Jun 1980, Mandela segera mengutus keluar sepucuk surat bertulis “UNITE! MOBILISE! FIGHT ON! BETWEEN THE ANVIL OF UNITED MASS ACTION AND THE HAMMER OF THE ARMED STRUGGLE WE SHALL CRUSH APARTHEID!”
Penentangan tetap berjalan apabila Mandela mengepalai gerakan di dalam penjara, sebelum beliau dipindahkan ke Penjara Pollsmoor pada 1982, seterusnya ke sebuah pondok pada 1988 di mana beliau menjalani perintah tahanan rumah.
Pada 1989, F.W. de Klerk menjadi Perdana Menteri Afrika Selatan & segera memulakan usaha meruntuhkan rejim apartheid di negara itu. Akhirnya selepas 27 tahun menjadi tahanan politik, pada 2 Februari 1990, Mandela dibebaskan.
Pilihan raya pelbagai kaum yang pertama pada 26 April 1994 menyaksikan majoriti 22 juta pengundi memilih Mendela & ANC untuk mentadbir Afrika Selatan. 10 Mei itu, Mandela mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, berkulit hitam yang pertama negara itu.
Majlis upacara pelancaran yang berlangsung di Limbungan Straits Steamship, Sungai Nyok, Butterworth, Pulau Pinang ini disempurnakan oleh Patricia Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap British Pulau Pinang ketika itu, Arthur Vincent Aston.
Kapal besi berukuran 130 kaki panjang & seberat 295 tan ini direka oleh Syarikat Ritchie & Bisset dari Singapura. Ia mampu menampung muatan seberat 250 tan serta boleh memuatkan sehingga 146 penumpang & anak kapal pada satu-satu masa.
Ia bermula dengan Suruhanjaya Brundtland (juga dikenali sebagai Suruhanjaya Dunia berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan) di dalam laporannya pada 1987 mengenalpasti sektor lautan tak punyai suara yang kuat dibanding dengan sektor lain.
Pada 1992, konsep satu hari khusus untuk lautan dicadangkan Pusat Antarabangsa Kanada untuk Pembangunan Lautan (ICOD) & Institut Lautan Kanada (OIC) di Sidang Kemuncak Bumi - Persidangan UN berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro.
Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.
Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.
Euphemius, seorang komander laut Byzantine tidak puas hati terhadap Empayar Byzantine & meminta pertolongan kerajaan Dinasti Aghlabid di Qayrawan (Tunisia hari ini) untuk melancarkan pemberontakan.
Emir Aghlabid, Ziyadat Allah I mulanya enggan membantu, memandangkan perjanjian damai yang telah dimeterai pada 201H antara 2 kerajaan itu. Namun, Asad al-Furat, seorang ahli fiqh disegani, menganjurkan gerakan penaklukan.
Lahir pada 421H di Khurasan dengan nama Muhammad ibn Daud Chaghri, Alp Arslan mewarisi takhta Empayar Seljuk apabila bapa saudaranya, Sultan pertama Empayar Seljuk, Tughril Bey meninggal dunia tanpa waris lelaki.
Seperti bapa saudaranya, Alps Arslan (bahasa Turk yang bermaksud ‘Wira Singa’) merupakan panglima perang yang cukup handal & berwibawa. Beliau menyatukan wilayah-wilayah bertelingkah di bawah empayarnya sebelum meluaskan kuasa ke Barat.
Planetarium Negara adalah sebuah institusi pendidikan tak formal dalam bidang astronomi & sains angkasa yang terletak di dalam kawasan Taman Botani Perdana, KL. Ia bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri pada 1989.
Pembinaan kompleks ini dimulakan pada 1990 & siap selepas 3 tahun. Ia mula dibuka untuk kunjungan umum pada Mei 1993 sebelum dirasmikan pada 7 Februari 1994 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri (Tun) Dr. Mahathir Mohamad.