Jeffrey Zain Profile picture
Jun 18 25 tweets 9 min read Twitter logo Read on Twitter
KEPALA DALAM HELLO KITTY - The Gruesome Murder Of Fan Man Yee

👩🏻 Fan Man Yee - Mangsa
🧑🏻‍🦱 Chan Man Lok - Bapak Ayam
👧🏻 Lau Ming Fong - Anak Ayam
🍲 Rebus Kepala
🧸 Hello Kitty - Sorok Kepala
👻 Fan Man Yee - Hantu

This is one of the STRANGEST murder stories I’ve ever read... Image
LET’S START WITH THE HANTU...
Pada bulan Mei 1999, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun hadir ke balai polis untuk membuat aduan.

Menurut remaja itu, tidurnya semakin kerap diganggu hantu perempuan berikat wayar elektrik dan berlumuran darah sejak beberapa minggu lalu. Image
Aduannya, walau bagaimanapun, tidak diambil serius oleh anggota polis yang bertugas.

-Kamu ada ambil apa-apa barangan terlarang?
-Tak ada Tuan, tapi...
-Tapi apa?
-Saya rasa hantu ni kacau saya sebab saya sama-sama bersubahat bunuh dia.
-?!!! Image
Remaja itu kemudian membawa pihak polis ke lokasi kejadian di mana terdapat patung Hello Kitty berbentuk ikan duyung. They discovered the girl’s dreams were in fact very real nightmares. Di bahagian kepala Hello Kitty itu, tersembunyi tengkorak seorang wanita. Image
VICTIM’S BACKGROUND
Fan Man Yee dilahirkan pada 1976 di Hong Kong tetapi dibesarkan di rumah anak yatim piatu setelah ditinggalkan kedua ibu bapanya. Ketika berusia 15 tahun, Man Yee diminta meninggalkan pusat jagaan itu atas faktor had usia penghuni. Image
Bergelandangan di usia remaja memaksa Man Yee menjadi kupu-kupu malam demi kelangsungan hidup. Ketika itu jugalah dia mula menjadi penagih dadah.

Sewaktu berumur 21 tahun, Man Yee meninggalkan kancah persundalan di lorong-lorong gelap dan mula menjadi pelacur kelas atasan Image
di Romance Villa, Sham Shui Po yang terletak di Kowloon.

KALAU DAH BODOH...
Man Yee mengahwini salah seorang pelanggannya yang juga penagih dadah, Ng Chi Yuen pada tahun 1996 ketika berusia 20 tahun. Pada November 1998, Man Yee melahirkan seorang anak lelaki. Image
Namun, perkahwinannya dirundung 1001 masalah. Selain bersikap agresif, suaminya juga tidak memberi wang belanja untuk menyara anak mereka.

Demi masa depan yang lebih baik untuk anaknya, Man Yee mengambil keputusan berhenti menjadi sundal dan penagih dadah. Selepas meninggalkan
suaminya, Man Yee bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam, namun menyedari pendapatannya tidak lagi mencukupi untuk menyara anak tunggalnya. She was struggling financially. Image
MAN YEE’S LIFE IN HELL
Salah seorang pelanggan tetap Man Yee bernama Chan Man Lok atau Ah Lok, ahli kongsi gelap serta pengedar dadah yang cukup digeruni di Kowloon. ImageImage
Pada awal 1999, Man Yee mencuri dompet Ah Lok berisi wang HKD4,000 (RM2,360). Ah Lok yang menyedari tingkah laku mencurigakan Man Yee meminta wanita itu memulangkan semula dompet berserta wang dengan bayaran tambahan HKD10,000 (RM5,900). Walaupun dompet dan wang Ah Lok Image
dipulangkan serta-merta, Man Yee merayu agar diberi masa untuk melangsaikan bayaran tambahan tersebut.

IT BEGINS
Pada 17 Mac 1999, Man Yee telah diculik oleh tiga lelaki termasuk Ah Lok, 33, dan seorang remaja perempuan yang merupakan kekasihnya, Lau Ming Fong atau Ah Fong, 14. Image
Mereka membawa Man Yee ke sebuah apartmen di No 31, Jalan Granville, Tsim Sha Tsui, di mana dia dikurung dan diseksa selama sebulan. Ah Lok pada mulanya mahu menyimpan dan melacurkan Man Yee, tetapi menukar fikirannya pada saat akhir. Image
LIFE IN HELL
Kesengsaraan dialami Man Yee sepanjang penahanannya:
1-Diperkosa
2-Dipukul dengan batang besi
3-Digantung seperti punching bag sebelum ditumbuk dan disepak
4-Kepala diterajang 50 kali
5-Luka-luka dibadan dilumur dengan serbuk cili Image
6-Kaki dan tapak kaki dibakar dengan lilin dan plastik cair
7-Dipaksa makan taik dan minum air kencing
8-Dipaksa senyum sepanjang seksaan

Selepas beberapa minggu menanggung azab sengsara, Man Yee akhirnya mati di antara 14 hingga 15 April 1999. Image
ALAMAK, DIA DAH MATI!
Kematian Man Yee tidak mencetuskan sebarang rasa simpati dan belas kasihan, malah mayatnya terus menerus diperlakukan dengan kejam.

Mayat Man Yee ditempatkan ke dalam tab mandi sebelum dikerat menggunakan gergaji. Anggota tubuh Man Yee —termasuk kepalanya Image
direbus di dalam periuk sehingga cebisan dagingnya mula empuk dan gugur. Kepala itu kemudian disembunyikan dan dijahit di dalam patung Hello Kitty ikan duyung manakala anggota badannya yang lain dibuang ke dalam mangkuk tandas dan beg plastik hitam. ImageImage
Menurut laporan forensik, yang tinggal hanya tengkorak, sebatang gigi dan beberapa organ dalaman.

PERBICARAAN
Pada 7 Disember 2000, Ah Lok dan dua pembantunya dibicarakan dan disabitkan kesalahan ‘membunuh tanpa niat’ kerana juri berpendapat ketiadaan jasad Man Yee
yang sempurna menyukarkan mereka membuat keputusan sama ada wanita itu mati kerana dibunuh ataupun akibat overdose.

Ah Fong diberikan imuniti dan tidak dijatuhkan sebarang hukuman kerana telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis sehingga terbongkarnya kes tersebut. Image
Sewaktu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat —dengan kemungkinan boleh dibebaskan mengikut sistem parol— ke atas Ah Lok dan dua pengikutnya, Ketua Hakim Peter Nguyen berkata, “Never in Hong Kong in recent years has a court heard such cruelty, depravity, callousness,
brutality, violence and viciousness”.

Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman penjara sejak tahun 2000 tanpa kemungkinan boleh dibebaskan mengikut sistem parol sehingga 2020.

HANYA TINGGAL KENANGAN...
Tengkorak Man Yee merupakan satu-satunya bahan bukti sewaktu perbicaraan. Image
Bangunan lokasi pembunuhan itu telah dibeli seorang tokoh korporat sebelum dirobohkan pada September 2012 untuk memberi laluan kepada pembinaan hotel Soravit On Granville pada 2016. Terdapat desas-desus mengatakan hotel itu kini berhantu. Image
Seutas rantai milik Man Yee yang ditemukan di dalam peti ais telah diserahkan kepada anak lelaki tunggalnya yang kini menetap di Singapura

Kisah Man Yee telah diabadikan dalam dua filem seram Hong Kong bertajuk:
1-Human Pork Chop (2001)
2-There Is A Secret In My Soup (2001) ImageImage
BEFORE YOU GO...
Wajarkah Ah Fong yang sama-sama bersubahat membunuh Man Yee terlepas daripada sebarang hukuman dan diberi imuniti kerana telah bekerjasama dengan polis?
SUAMIMU, SUAMIKU JUA - Kisah Lelaki Penyondol

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Jeffrey Zain

Jeffrey Zain Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @mrcreepyposta

May 30
HENRY CHAU’S PORK BBQ - The Slaughter That Shocked Hong Kong

If mental abuse was a punishable crime, a lot of parents would be in jail serving a long term ~ Maddy Malhotra, Author

FAKTA KES: Anak bunuh, kerat, masak dan makan ibu bapa

Puncanya ↓ Image
TIGER PARENTS
Henry Chau berusia 29 tahun sewaktu dia membunuh ibu bapanya, Glory Chau dan Moon Siu.

Dia disifatkan sebagai ‘pengelamun yang hidup di dalam dunianya sendiri’ sejak kanak-kanak lagi. Henry dikatakan mula menyimpan dendam terhadap orang tuanya selepas Image
dipaksa mengikuti kelas piano sejak di bangku sekolah rendah. Di usia remaja, Henry bergelut dengan masalah psikologi sehingga menyukarkannya untuk berkawan dan mengganggu pembelajarannya.

Walaupun gagal dalam peperiksaan akhir sekolah menengah, orang tuanya nekad Image
Read 26 tweets
Feb 23
BABY RUBY (2022)
Bess Wohl
Noémie Merlant
Kit Harington

Let’s be honest.
With that kind of Rosemary’s Baby-inspired poster, I thought this was yet another attempt to remake Roman Polanski’s horror masterpiece.

Tapi kan, sebenarnya Baby Ruby jauh lebih SERAM sebab ↓
But before that, look at these posters 🙄
LEFT: Rosemary’s Baby (1968)
RIGHT: Ruby’s Baby (2022)

Kalau Rosemary’s Baby berkisar tentang perempuan yang melahirkan anak Iblis untuk sekumpulan pemuja syaitan, topik Baby Ruby jauh lebih seram: Psikosis seorang ibu yang meroyan.
Seorang vlogger dan influencer melahirkan bayi sulungnya bernama Ruby. Tiada yang janggal dan ganjil tetapi penonton akan melihat bagaimana kesihatan mental seorang ibu yang baharu bersalin menjadi tidak keruan akibat post-partum depression.

Meroyan is real!
Read 5 tweets
Feb 23
INFINITY POOL (2023)
Brandon Cronenberg
Alexander Skarsgård
Mia Goth

Filem wajib tonton untuk mereka yang suka:
1-Bercuti di luar negara
2-Beramah-tamah dengan pelancong lain
3-Beri kepercayaan 100 peratus kepada orang yang baru dikenali
4-Bersangka baik

Let me explain ↓
WARNING: Contain Minor Spoilers!!!

Seorang penulis buku tak laku dan isterinya bercuti di sebuah resort. Mereka berkenalan dengan sepasang suami isteri di situ. Sewaktu mereka pulang dari piknik, kereta dipandu penulis menggilis mati seorang penduduk kampung.
Penulis mahu menghubungi polis namun dilarang oleh rakannya. Menurutnya, pemerintah tempat mereka bercuti mengamalkan korupsi dan keselamatannya sebagai pelancong tidak akan terjamin di dalam penjara. Mereka segera meninggalkan lokasi kemalangan.
Read 6 tweets
Nov 23, 2022
‘NAIM DANIEL DARKWEB’
Begitulah komen seorang netizen yang gusar melihat tingkah laku seorang pemukul gendang di majlis meraikan adiguru seni silat pendekar di Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini.

Viewer discretion is advised.
Skrol bawah untuk video.
NAIK SHEIKH?
“Mereka dirasuk jin kuda. Memang untuk menjadikan mereka mabuk, kami (dalang) perlu seru jin untuk datang. Memang ada unsur pemujaan.

“Tadi, ketika saya membaca sesuatu, itu bukan semuanya ayat Quran. Ada mantera yang menyeru. Bukan menyebut nama Allah tetapi...
“...antaranya dinding dangyang. Itu menyeru orang kayangan atau penjaga tempat.

“Insun amati ajiku, sibojo poro...itu nama jin. Sebab itu awak tengok saya pandang ke atas sebelum ada yang mula mabuk. Membakar kemenyan ketika buka gelanggang. Bukankah asap itu makanan jin”
Read 5 tweets
Nov 23, 2022
‘TUKAR PAD DARAH KE TU?’
Kalau rakan semakmal non-Muslim yang buat on call sampai terpaksa pasang bacaan ayat suci Quran bila POC dan plasenta sampai, maksudnya apa geng? Hehehe...

Skrol bawah untuk video.
Setiap kali dengar cerita seram hospital yang bersangkut-paut dengan darah, mesti teringat balik perkongsian seorang wanita tidak lama dahulu.

Menurut Kak Long, sejurus selepas bertarung nyawa melahirkan anak kedua, dia kemudian ditempatkan di wad biasa.
Namun disebabkan katil di bahagian hadapan telah penuh, dia ditempatkan di wad paling hujung, hanya beberapa langkah dari pintu kecemasan.

“Saya bersalin pada lewat petang selepas waktu Asar,” Kak Long memulakan cerita.
Read 14 tweets
Aug 30, 2022
SIX PSYCHOLOGICAL CRAZY MOMMY HORROR MOVIES YOU SHOULD WATCH — WITH YOUR CHILDREN!

1-UMMA (2022)
Amanda berpindah ke sebuah ladang terpencil, jauh dari kemodenan dan teknologi, bersama anak perempuannya. Kehadiran abu mayat mendiang ibunya kembali mencetuskan ketakutan.
Kenapa?
2-MOTHER (2019)
Seorang ibu berusaha sedaya upaya menyelamatkan anak lelaki kurang upayanya yang dituduh membunuh seorang wanita dengan memburu pembunuh sebenar.

AMARAN: Jangan main-main dengan ibu yang cuba membalas dendam!
3-THE BABADOOK (2014)
Seorang ibu tunggal dan anak lelakinya hidup dalam ketakutan sejurus watak Mister Babadook muncul secara tiba-tiba di rumah mereka selepas bukunya dijadikan bahan bacaan sebelum tidur.

Ba Ba Ba...
Dook!
Dook!
Dook!
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(