José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda lahir di Calamba, Laguna, dalam keluarga yang berada. Pendidikannya bermula di rumah, kemudian di Biñan, Manila, seterusnya dilanjut ke Madrid, Paris, Berlin, Heidelberg yang merangkumi pelbagai bidang.
Kedahagaannya terhadap ilmu menjadikan Rizal individu dengan pelbagai kebolehan - seorang juruukur, doktor mata, pendidik, penulis, pelukis & pengukir, antaranya. Beliau juga mahir menulis, membaca & bertutur dalam sekurang-kurangnya 10 bahasa.
Pengalaman berdepan diskriminasi di tanah airnya serta kelananya ke serata Eropah mendorong Rizal untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Lahir novel pertamanya, ‘Noli Mi Tangere’ (1887) yang mendedahkan kekejaman rejim Sepanyol di Filipina.
Novel sekuel ‘El filibusterismo’ (1891) mengukuhkan reputasinya sebagai seorang revolusioner. Memimpin Gerakan Propaganda & menerusi akhbarnya La Solidaridad, Rizal lantang menuntut reformasi, keadilan & hak bersuara rakyat Filipina dalam kerajaan Sepanyol.
Selepas bertahun berkelana, Rizal pulang ke tanah air pada 1892 & menubuhkan Liga Filipina di Manila. Persatuan reformasi aman itu dilihat sebagai ancaman oleh kerajaan Sepanyol, lalu Rizal ditangkap pada Julai 1892 & dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.
Pada 1896, persatuan nasionalis Katipunan melancarkan pemberontakan yang memulakan Revolusi Filipina. Bagi mengelak dikaitkan dengan gerakan itu, Rizal memohon untuk dihantar ke Cuba, namun beliau dibawa ke Manila & dipenjara di Kubu Santiago.
Selepas dibicarakan, pada 26 Disember 1896, Rizal disabit bersalah atas tuduhan memberontak, menghasut & menubuhkan persatuan haram. Beliau dihukum bunuh pada 30 Disember itu di usia 35 tahun oleh skuad penembak di Bagumbayan (kini Luneta Park), Manila.
Keberanian, intelek & pengabdiannya kepada perjuangan memartabatkan bangsa & tanah air menjadikan Rizal seorang sosok keramat yang dikenang, disegani & dirujuk selamanya dalam sejarah Filipina & juga dunia.
Penjara Pudu mula dibina pada tahun 1891, di atas tapak bekas jirat Cina Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah) Kuala Lumpur seluas 8.9 hektar. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil keringat para banduan kemudian menjadi penghuni penjara tersebut.
Pembinaannya bermula dengan struktur tembok setinggi 4.5 meter & sepanjang 394 meter. Pada 1984, ia dihias mural berukuran 860x16 kaki karya seorang banduan, Khong Yen Chong yang diiktiraf Rekod Guinness sebagai mural terpanjang di dunia.
Ia bermula daripada Depot Latihan Rejimen Melayu di Port Dickson, yang ditubuhkan bagi melatih & mendidik anak muda Tanah Melayu hingga mencapai standard yang diperlukan untuk kemasukan ke Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, England.
Ia menjadi sebuah institusi yang diperbaharui dinamakan Pusat Latihan Rejimen Melayu pada 3 Julai 1952 dengan 2 bahagian tambahan dibentuk: Unit Latihan Kadet Pra-Pegawai (Pra-OCTU) & Boys Company untuk serapan ke dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
Selepas beberapa kali ditahan & dibicarakan, Nelson Mandela, pemimpin pertubuhan politik kulit hitam ANC, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 12 Jun 1964 oleh rejim apartheid Afrika Selatan atas tuduhan sabotaj, khianat & konspirasi ganas.
Di Penjara Robben Island, beliau hanya dibenarkan didatangi seorang pelawat sekali sahaja setiap tahun & boleh mengutus surat hanya sekali setiap 6 bulan. Penulisan bersangkutan politik adalah diharamkan, jadi setiap surat akan ditapis oleh pihak penjara.
Majlis upacara pelancaran yang berlangsung di Limbungan Straits Steamship, Sungai Nyok, Butterworth, Pulau Pinang ini disempurnakan oleh Patricia Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap British Pulau Pinang ketika itu, Arthur Vincent Aston.
Kapal besi berukuran 130 kaki panjang & seberat 295 tan ini direka oleh Syarikat Ritchie & Bisset dari Singapura. Ia mampu menampung muatan seberat 250 tan serta boleh memuatkan sehingga 146 penumpang & anak kapal pada satu-satu masa.
Ia bermula dengan Suruhanjaya Brundtland (juga dikenali sebagai Suruhanjaya Dunia berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan) di dalam laporannya pada 1987 mengenalpasti sektor lautan tak punyai suara yang kuat dibanding dengan sektor lain.
Pada 1992, konsep satu hari khusus untuk lautan dicadangkan Pusat Antarabangsa Kanada untuk Pembangunan Lautan (ICOD) & Institut Lautan Kanada (OIC) di Sidang Kemuncak Bumi - Persidangan UN berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro.
Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.
Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.