Ia bermula daripada Depot Latihan Rejimen Melayu di Port Dickson, yang ditubuhkan bagi melatih & mendidik anak muda Tanah Melayu hingga mencapai standard yang diperlukan untuk kemasukan ke Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst, England.
Ia menjadi sebuah institusi yang diperbaharui dinamakan Pusat Latihan Rejimen Melayu pada 3 Julai 1952 dengan 2 bahagian tambahan dibentuk: Unit Latihan Kadet Pra-Pegawai (Pra-OCTU) & Boys Company untuk serapan ke dalam Angkatan Tentera Persekutuan.
Boys Company berfungsi memberi pendidikan kepada anak-anak pegawai & anggota tentera yang berkhidmat dalam Rejimen Askar Melayu. Pada September 1952, 74 orang remaja berusia 14 & 15 tahun menjadi kumpulan pertama direkrut kompeni tersebut.
Pada 17 Disember 1953, Pusat Latihan Rejimen Melayu ditukar nama kepada Maktab Tentera Persekutuan/MTP (Federal Military College/MTP), yang mana piagamnya adalah cetusan inspirasi Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Gerald Templer.
Pada 1958, cadangan pembinaan kompleks ketenteraan di Sungai Besi diajukan, melibatkan kawasan seluas 1,200 ekar dengan kos 2 juta ringgit yang dibiayai dana ‘grants-in-aid’ kerajaan British. 127 ekar daripadanya diperuntukkan untuk kampus MTP yang baharu.
Pembinaan kampus MTP yang dimulakan pada April 1959 siap & dirasmikan pada 20 Jun 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3, Tuanku Syed Putra ibni Al-Syed Hassan Jamalullail merangkap Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Tanah Melayu.
Pada 1966, MTP dikurnia gelaran ‘Diraja’ oleh Yang di-Pertuan Agong ke-4, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Sultan Zainal Abidin. Sekali gus, namanya ditukar menjadi Maktab Tentera Diraja (MTD).
Penjara Pudu mula dibina pada tahun 1891, di atas tapak bekas jirat Cina Jalan Shaw (kini Jalan Hang Tuah) Kuala Lumpur seluas 8.9 hektar. Ia siap sepenuhnya pada 1895 hasil keringat para banduan kemudian menjadi penghuni penjara tersebut.
Pembinaannya bermula dengan struktur tembok setinggi 4.5 meter & sepanjang 394 meter. Pada 1984, ia dihias mural berukuran 860x16 kaki karya seorang banduan, Khong Yen Chong yang diiktiraf Rekod Guinness sebagai mural terpanjang di dunia.
José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda lahir di Calamba, Laguna, dalam keluarga yang berada. Pendidikannya bermula di rumah, kemudian di Biñan, Manila, seterusnya dilanjut ke Madrid, Paris, Berlin, Heidelberg yang merangkumi pelbagai bidang.
Kedahagaannya terhadap ilmu menjadikan Rizal individu dengan pelbagai kebolehan - seorang juruukur, doktor mata, pendidik, penulis, pelukis & pengukir, antaranya. Beliau juga mahir menulis, membaca & bertutur dalam sekurang-kurangnya 10 bahasa.
Selepas beberapa kali ditahan & dibicarakan, Nelson Mandela, pemimpin pertubuhan politik kulit hitam ANC, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 12 Jun 1964 oleh rejim apartheid Afrika Selatan atas tuduhan sabotaj, khianat & konspirasi ganas.
Di Penjara Robben Island, beliau hanya dibenarkan didatangi seorang pelawat sekali sahaja setiap tahun & boleh mengutus surat hanya sekali setiap 6 bulan. Penulisan bersangkutan politik adalah diharamkan, jadi setiap surat akan ditapis oleh pihak penjara.
Majlis upacara pelancaran yang berlangsung di Limbungan Straits Steamship, Sungai Nyok, Butterworth, Pulau Pinang ini disempurnakan oleh Patricia Aston, isteri kepada Pesuruhjaya Tetap British Pulau Pinang ketika itu, Arthur Vincent Aston.
Kapal besi berukuran 130 kaki panjang & seberat 295 tan ini direka oleh Syarikat Ritchie & Bisset dari Singapura. Ia mampu menampung muatan seberat 250 tan serta boleh memuatkan sehingga 146 penumpang & anak kapal pada satu-satu masa.
Ia bermula dengan Suruhanjaya Brundtland (juga dikenali sebagai Suruhanjaya Dunia berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan) di dalam laporannya pada 1987 mengenalpasti sektor lautan tak punyai suara yang kuat dibanding dengan sektor lain.
Pada 1992, konsep satu hari khusus untuk lautan dicadangkan Pusat Antarabangsa Kanada untuk Pembangunan Lautan (ICOD) & Institut Lautan Kanada (OIC) di Sidang Kemuncak Bumi - Persidangan UN berkenaan Alam Sekitar & Pembangunan (UNCED) di Rio de Janeiro.
Khadijah RA dilahirkan dalam keluarga bangsawan di Mekah, seorang wanita yang rajin, pintar & gigih membantu perniagaan keluarganya. Apabila bapanya meninggal dunia, beliau mengambil alih & mengembangkannya lagi menjadi lebih maju.
Ketika berusia 40 tahun, Khadijah RA menjadi ahli perniagaan yang disegani & ramai yang mahu bekerja dengannya. Namun beliau memilih seorang pemuda yang tekun & jujur bernama Muhammad bin Abdullah SAW untuk membantu menguruskan bisnesnya.