Nama saya Ahmad Faezal. Selalunya saya tulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Tapi sempena pelancaran buku sahabat saya, saya akan bercerita sejarah di sebalik Darwinisme.
Sebab ramai salah faham. Kalau suka, jemput follow.
Kita faham dulu sains sebelum Teori Darwin.
Ribuan tahun yang lalu, Aristotle meriwayatkan History of Animals. Dari makalah ni, lahirnya fahaman Great Chain of Being yang resap masuk dalam institusi Katolik Eropah.
Semua saintis zaman tu kena selaraskan hasil kajian mereka berpandukan fahaman ni. Wajib.
Berbicara pasal Katolik, korang fahamlah unsur keagamaan mesti tebal.
Fahaman ni letak Tuhan pada aras paling atas. Disusuli jisim-jisim malaikat (macam seraphim, cherubim dsb.), manusia, haiwan, pokok dan paling bawah sekali syaitan.
Fahaman ni pincang sains.
Pincang sains sebab sifatnya statik dan linear. “Lesser being” vs “greater being”. Ni bukan sains.
Darwin bentangkan sains macam pokok menjalar. Saya bagi mukadimah dalam thread ni. Tapi saya recommend korang dapatkan buku ni. Sekarang pratempah.
Kalau kita nak cakap alam ni statik, kita bersetuju semua organisme sebenarnya tak berubah. Lineariti. Statik. Tak bergerak. Gitu jer.
Darwin adalah salah seorang saintis zaman tu yang mula bangkit mencabar naratif ini.
Dia bawa beberapa contoh yang sukar dicabar institusi.
Masa zaman Darwin, umum sekadar panggil 18 spesis burung passerine dengan satu nama.
Finch.
Darwin mula mengkaji spesis-spesis burung ni di Kepulauan Galapagos pada tahun 1835.
Dia turun jer tangkap seekor demi seekor... tanpa perasan satu benda.
Galapagos ni pulau-pulaunya berdekatan antara satu sama lain. Tapi iklim serta flora dan fauna berbeza..
Burung-burung ni balik ke England. Dia sangka burung ni campuran finch, blackbird dan wren. Tapi kat England, saintis John Gould bagitau: “semuanya finch lah.”
Bermakna burung finch telah mengadaptasi dan berubah untuk menyesuaikan diri dalam suasana pulau habitat.
Darwin membentang hipotesis yang finch-finch ini turun daripada spesis leluhur sama... yang berhijrah daripada bumi Amerika Selatan.
Faktor habitat tempatan mempengaruhi burung-burung spesis sama tu. Akhirnya mereka mengadaptasi dan pecah menjadi spesis-spesis berbeza.
Faham?
Sebuah spesis melakukan perubahan fizikal yang diwarisi anak, cucu, cicit dsb... dibiar berpanjangan sampai terpecah jadi spesis baharu... semuanya untuk kekal mandiri (survive) dalam suasana sedia ada... demi mengharungi cabaran baharu.
Itu Teori Darwin. Natural selection.
Tahun seterusnya, Darwin berada di Wallerawang, Australia. Kat sini dia nampak platypus... yang perangai serupa tikus air (water vole).
Darwin bertanya, “apakah Tuhan buat spesis berbeza kat sini dengan sifat adaptasi yang sama (dengan Eropah)?”
Korang kena faham.
Platypus ni mempesonakan puak Eropah. Sebab mulut macam beaver. Tapi kaki serupa itik. Masa dibawa seekor dua, orang Eropah sangka:
1. Ini anak beaver-itik!
2. Tak. Ini mereka jahit beaver dan itik sekali (how does that work??)
Jadi apa konsep Darwin kat sini?
Darwin sekadar memerhati platypus. Kajian dia tak luaskan tentang haiwan ni. Tapi Darwin dah membentangkan natural selection. Adaptasi nak ubah sesuaikan diri ikut keadaan baru.
Ni enjin yang memacu evolusi.
150 tahun selepas zaman Darwin, saintis Cambridge buat pembuktian.
Platypus adalah mamalia. Tapi platypus bertelur! Kajian mereka mendapati platyus ada protein vitellogenin nak hasilkan telur. Tak banyak macam reptilia.
Burung ada tiga vitellogenin. Platypus ada satu dengan fungsi sama macam burung.
Sini saya buka pembentangan:
Burung.
Reptilia.
Mamalia.
Ada vitellogenin.
Boleh bertelur.
Inilah natural selection... dalam bahasa mudah. Pada masa sama, platypus ada sifat itik dan beaver. Dan bisa serupa reptilia. Tapi masih mamalia hasilkan susu untuk anak (tanpa puting).
Cukup pasal platypus dan finch. Kita masuk pasal manusia.
Darwin avoid pasal ni dalam Origin of Species, diterbit tahun 1859. Dalam Descent of Man (1871), baru dia luaskan... dan apa dia kata?
Darwin cakap manusia dan “apes” mempunyai banyak persamaan.
1. Anatomi.
Semua ada ibu jari. Tapi kita berbeza. Kalau banding guna mata kasar, jari lain manusia nampak lagi panjang. Ibu jari nampak pendek.
Tapi kalau tengok tulang. Tengok saiz tulang. Nampak serupa jer.
Kalau “apes”, jari lain lagi panjang berbanding ibu jari. Maka benda ni bagi kita sedikit sebanyak advantage. Begitu juga perbezaan dan persamaan struktur otak, tulang, dan gigi.
Raut wajah pun lebih kurang tau. Manusia dan “apes” lebih kurang jer tang tunjuk rasa seronok—
—sedih, marah dan terkejut.
2. Embriologi.
Ada satu masa, susah gila nak banding embrio manusia, beruk, cimpanzi, babun dan gorila.
Kena tunggu satu tahap masa penyempurnaan janin, baru kita boleh bezakan.
Ni kita panggil ‘developmental stage’. Penting secara saintifik.
Bukti genetik tu. Manusia dan cimpanzi atau bonobo kongsi persamaan DNA sangat ketara. 98 hingga 99 peratus tu.
“Sampai kita boleh andaikan satu benda. Seandainya haiwan tu ada akal, entahnya wajah mereka akan berubah boleh padan dengan manusia.”
Quotation tu andaian saya lah.
3. Tingkah laku.
Babi tak pandai guna alat. Bagi signal pun tak pandai.
Tapi apes pandai guna alat nak selesaikan masalah simplistik. Guna kayu nak keluarkan anai-anai dan madu. Tangkap ikan. Tu contoh lah. Tak perlu saya luaskan pasal alat-alatan manusia.
Apes mengutamakan pertalian dan persahabatan. Sesama komuniti juga berkonflik. Sama macam manusia.
Apes tiada bahasa macam manusia. Mereka guna vokalisasi dan verbalisasi... dan sesetengah apes boleh diajar cara ‘bertutur’ guna bahasa isyarat!
Dah persamaan sebegini ketara —
—apa Teori Darwin?
Manusia dan “apes” turun daripada leluhur umum. Common ancestor.
Tapi ni tak bermakna manusia berevolusi dari “apes”. Leluhur umum does not have to be a walking species.
Korang tahu tak manusia ada common ancestor dengan kucing?
Dengan pisang juga ada.
Tak bermakna dulu ada walking species manusia-separuh-pisang kan?
Haa. Itulah kiasanya.
Teori Darwin ni mencabar dan menandingi fahaman Great Chain of Being. Maka sebagai response, apa yang berlaku?
Smear campaign seolah-olah Darwin cakap “manusia berevolusi dari beruk”.
Saya simpulkan...
DARWIN TAK BERKATA SEDEMIKIAN.
Nak tahu lagi mendalam pasal keindahan evolusi, ini masanya korang buat pratempah buku MANUSIA SEBELUM ADAM.
Apa Yang Sedang Berlaku Sampai Israel Mengamuk Sekarang?
Israel sebelum ni nampak serupa beruang. Serba mampu bermain diplomasi lembut tapi dengan kedudukan agresif.
Namun sekarang ni baru nampak politiknya bukan beruang. Ia kuda liar sebenarnya. https://t.co/cshzmDmLDwtwitter.com/i/web/status/1…
Yang dah lama follow saya, korang mesti tahu saya suka guna analogi nak sampaikan info rumit. Geopolitik dan sejarah ekonomi memang mudah difahami begitu.
Kalau suka cara saya, jemput follow.
Kuda liar ni apa? Bersatu bila musuh datang. Gigit sesama sendiri bila musuh pergi.
Kena betul dengan Israel sebenarnya.
Sekarang ni, tiada negara dah boleh sentuh Israel. Jadi mereka dah rasa selamat.
Dan mereka mula gigit satu sama lain.
Religious right vs secular left.
Itu sedang berlaku sekarang... dengan kronik. Jauh lagi kronik banding sebelum ni.
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Setiap hari saya sediakan thread untuk kongsi ilmu secara percuma.
Kalau minat bacaan gini, jemput follow. Ada banyak kisah menanti korang.
Ada sebab kenapa demokrasi Barat tak apply pada Rusia.
Pertama sekali, politik Rusia tak pernah dapat platform untuk berevolusi secara semulajadi. Apa yang diamalkan tsar terdahulu sekadar dapat rebranding dengan nama republik.
Kalau tengok kaedah kepimpinan Joseph Stalin misalnya, jelas dan nyata nampak unsur-unsur monarki.