Nuradilla Noorazam Profile picture
An outpouring of my thoughts and a fraction of my heart, from the lens of branding, comms, and media.
4 May 18
Good Morning!
Hari ini kita borak mengenai #Felda

#Pahang mempunyai jumlah tanah rancangan Felda terbanyak.

Felda pertama di Malaysia ada di #Bilut #Bentong

Generasi pertama peneroka Felda ada 112,000 dan kebanyakkannya sudah tua dan bersara. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Contohnya macam acik-acik di atas, Halimah Haji Husin dan Maimunah Mat Yaman, 82, dari Felda Lembah Klau, #Raub.

Mereka dah berjiran lebih 50 tahun. Anak-anak sudah berpindah dan bekerja di KL.

#MalaysiaMemilih #HogohUndi
Terdapat 54 kerusi #Parlimen, 92 #DUN yang terletak di kawasan Felda.

Daftar pemilih terkini menunjukkan 570,000 pengundi baharu terdiri daripada warga #Felda.

Lima kawasan #Parlimen dengan pengundi #Felda tertinggi: #Rompin #KualaKrau #Jempol #KotaTinggi #Pengerang
Read 33 tweets
1 May 18
Afternoon warga #Pahang!
Hari ni kome ke #Jengka untuk sebahagian liputan #Felda.

Pahang ada jumlah peneroka paling ramai dan kawasan Felda terbanyak di Malaysia. Selama ini orang Felda menyumbang kepada faktor negeri ini dianggap kubu kuat #MalaysiaMemilih
Persoalannya, adakah #Felda masih lagi kubu kuat #BN?

Fact 1: 12/14 kerusi Parlimen dan 27/42 kerusi negeri #Pahang ada kawasan #Felda

Fact 2: Peneroka gen pertama berumur 65tahun ke atas. 80% penyokong #BN tetapi generasi kedua & ketiga? Mereka lebih ramai #MalaysiaMemilih
Di antara 27 kerusi negeri #Pahang, semua dimenangi #BN kecuali DUN #Bilut #Ketari #Sabai di #Bentong dan #Triang di #Bera. Ini adalah perkara baru.

Namun kita lihat juga populasi bangsa di sini. Triang, Ketari, Sabai dan Bilut adalah mixed seats. #MalaysiaMemilih
Read 12 tweets
21 Apr 18
#KualaTahan Ini apa yang menimpa penduduk Kuala Tahan pada 13 Mac lalu. Mereka rata-rata adalah pengusaha pelancongan dan risau kesihatan dan perniagaan terjejas kerana pencemaran air. #Pahang #MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Puncanya? Pembalakan yang berlaku berdekatan dengan empangan takungan air yang menjadi sumber air untuk lebih 1,000 penduduk di sini. Pada hari kejadian, penduduk dan pelancong sama-sama tak mandi. Kedai-kedai makan tutup.
#MalaysiaMemilih #HogohUndi
#KualaTahan Bila hujan, air lumpur dari kawasan pembalakan mengalir ke empangan. Walaupun pembalakan itu sah, penduduk Kampung rasa ia terlalu berleluasa dan merosakkan alam semulajadi.

Selepas kejadian itu, penduduk ada sesi dialog dengan kontraktor balak & pejabat hutan
Read 9 tweets