Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Dec 29, 2021 • 5 tweets • 3 min read
Selesai sudah pengumuman keputusan oleh Mahkamah Tinggi dalam Kes Pencabaran Keabsahan Sekolah Vernakular di sisi Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Tinggi berpendirian untuk menolak hujah-hujah kita sebagai plaintif dalam kes ini.
Antara alasan utama hakim menolak hujahan kita adalah kerana Sekolah Vernakular tak menepati definisi Badan Awam seperti dalam perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Maka, sekolah vernakular bukanlah satu badan statutori kerajaan yg diwajibkan untuk menggunakan bahasa kebangsaan
Dec 28, 2021 • 11 tweets • 3 min read
Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang dan termenung saya apabila melihat foto yang diambil oleh media semalam ini.
Foto-foto ini diambil oleh wartawan di Karak, Bentong. Untuk yang tak berapa jelas atau tidak percaya, inilah ribuan balak yang terapung di atas air banjir.
Menurut akhbar2 berita, secara spesifik, ini adalah di Sungai Telemong. Dan dikatakan juga inilah yang mengakibatkan banjir yang dahsyat di kawasan itu.
Lebih menyayat hati, dilaporkan juga yang orang2 Kg di situ ada yang meninggal dunia & ada yang hilang ketika banjir berlaku.
May 15, 2021 • 12 tweets • 3 min read
Sekarang ini 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗔𝗟𝗨 𝗠𝗔𝗥𝗔𝗛 dengan kerajaan lebih-lebih lagi pada Perdana Menteri yang melakukan sidang media mengenai isu di Palestin pada hari ini.
(Bebenang)
sinarharian.com.my/article/138618…
Sebenarnya rakyat sudah menunggu berhari-hari akan sidang media khas kerajaan dalam isu yang meletus di Palestin kali ini.