Redza Zainol Profile picture
Paediatric Medical Officer • Suka tulis ilmu keibubapaan (parenting) dan kesihatan kanak-kanak
Mar 28, 2023 14 tweets 3 min read
Minggu lepas, saya dan kawan memandu untuk masuk ke kawasan hospital dari jalan besar.

Sambil menunggu sebuah motor melintasi kawasan tu, kawan saya bergerak sedikit ke depan. Kami sangat jauh dari motor tu tapi penunggang motor tu menjerit-jerit sambil tunjuk jari tengah. Kakinya pula diacah seperti mahu menendang.

Merah muka kawan saya. Terkejut agaknya. Petang sebelum balik rumah, dia duk kata masih teringat-ingat kejadian tu.
Mar 27, 2023 12 tweets 2 min read
Pernah seorang kanak-kanak masuk ke wad sebab sawan panas.

Sawan panas ni ialah keadaan anak yang sawan disebabkan demam antara usia 6 bulan sehingga 6 tahun. Macam biasa, saya pun tanya itu ini untuk dapatkan maklumat lengkap tentang anaknya. Sambil ibu ni bercerita, saya perasan yang ibu ni nampak serba tak kena.

Muka berkerut dan nampak kusut.

Setiap perkataan yang keluar dari mulutnya, penuh dengan nada kecewa.
Feb 17, 2023 9 tweets 2 min read
Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.

Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari. Sinaran UV dari matahari boleh ditapis oleh kornea dan kanta kristalin.

Tapi Blue Light ni boleh tembus sampai ke bahagian saraf mata.
Feb 15, 2023 13 tweets 2 min read
Asalnya, mereka pergi ke majlis perkahwinan saudara. Ramai yang datang. Ibu dan ayahnya sibuk dengan urusan melayan tetamu yang hadir.

Tiba-tiba, anak umur 5 tahun ni datang ke ibunya mengadu pening dan sakit perut. Tau-tau muka, tangan dan kaki dah pucat. Terus saja dia dibawa ke hospital.

Anak ni sebenarnya ada satu keadaan dipanggil G6PD deficiency.

G6PD ni ialah satu enzim yang menjaga ketahanan dinding sel darah merah dari mudah pecah akibat bahan teroksida.
Dec 29, 2022 13 tweets 2 min read
Nak masuk tahun 2023, mungkin ada daripada kita yang sedang melihat semula sepanjang tahun yang mencabar ni.

Pencapaian kita atau penyesalan kita, semua tu dah pun menjadi sebahagian dari hidup kita. Ia milik kita. Saya percaya, semua sisi hidup kita sangat berkait antara satu sama lain.

Maka usahalah untuk jaga semuanya.

1. Jaga perkahwinan kita. Sentiasa perbaiki hubungan dengan isteri.
Dec 28, 2022 8 tweets 2 min read
Ada 1 orang kawan saya ni mengadu.

Anak dia selalu tidur lewat. Pukul 1 pagi pun dia masih duk berjalan ke ruang tamu. Dah serupa burung hantu tak tidur-tidur. Dia tanya saya kenapa jadi macam tu.

Rupanya lepas saya tanya itu ini, dia bagitahu anak dia suka guna handphone sampai ke lewat malam. Dia akan tengok semula video dan gambar sendiri yang mak ayah dia pernah ambil.
Dec 27, 2022 10 tweets 2 min read
Saya teringat masa tahun pertama saya bekerja dulu. Seorang jururawat senior pernah berkongsi ilmu dengan saya.

Dia pesan.

1. Ada anak perempuan, jangan ambil mudah. Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. 2. Bila ada anak perempuan, jangan dibeli pakaian seksi. Ajar anak berpakaian sopan. Ajar anak erti malu.

3. Bila ada anak perempuan jangan dibiar tidur sana sini. Bahaya tu ada di mana-mana.

- Jangan percaya kepada sesiapa walaupun saudara keluarga sendiri.
Dec 26, 2022 9 tweets 2 min read
“Tadi saya periksa di rumah, anak saya demam.”

“Oo, berapa bacaan suhu waktu tu?” tanya saya pada ibu tu.

“37°C, semalam pun sama.” Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan.

Demam yang sedikit atau ‘low grade fever’ tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C.

Demam tinggi atau ‘high grade fever’ pula ialah bacaan suhu badan 38°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga lebih dari suhu 41°C.
Nov 9, 2022 11 tweets 2 min read
10 perkara ini mak ayah cuba elakkan dari terjadi di rumah:

1. Mengugut anak. Ini tanda skil komunikasi kita dengan anak masih lemah.

2. Tak letak peraturan yang jelas di rumah. 3. Tipu anak. Sebaiknya kita berkongsi maklumat dengan anak mengikut tahap usia anak.

4. Kita biarkan anak langgar peraturan yang kita dah tetapkan. Anak akan fikir peraturan boleh dilanggar sesuka hati.
Nov 8, 2022 8 tweets 2 min read
Bulan lepas, ada berjumpa dengan sepasang suami isteri.

Mereka bawa anak ke klinik untuk rawatan susulan. Asalnya, anak mereka belum boleh bercakap.

Jadi sejak umur 2 tahun lebih, anak tu dirujuk ke terapi percakapan (speech therapy) dan terapi cara kerja. Selepas 6 bulan, budak tu dah boleh cakap sepatah-sepatah.

Cukup setahun, dah boleh cakap ayat yang ada 2 perkataan.

Saya pun tanya, lepas ni nak anak boleh buat apa pula. Soalan spontan. Nak tahu apa yang ibu dan ayah ni mahukan.
May 24, 2022 6 tweets 2 min read
Pertama sekali, kita fahamkan dulu anak usia 2 tahun ni masih dalam
fasa ARE, iaitu :

i. Autonomous Decision - mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata kata kita.

(Thread) ii. Reptile Brain - anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ‘emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang

iii. Egocentric - anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi.
Dec 8, 2021 13 tweets 3 min read
Lepas solat Subuh, isteri saya datang mengadu. 

“Penatnya hari ni.”

Dalam hati saya, eh kan baru bangun pagi. Takkan dah penat. Sepanjang hari itu, 3-4 kali dia mengadu dia penat.

Malam tu, saya senaraikan rutin harian isteri dari pagi sampai ke malam. Bila saya kira-kira, baru saya tersedar. Rupa-rupanya, setiap hari isteri saya cuma tidur 5 jam saja sehari. Ya Allah, lalainya saya selama ni. Patutlah dia asyik mengadu penat.

Jumlah jam kita tidur ni umpama meletak duit di dalam akaun bank.
Dec 6, 2021 10 tweets 2 min read
Sepanjang minggu saya perhatikan. 

Wajah isteri saya yang masam, boleh jadi tersenyum berseri-seri bila dia pergi ke 5 tempat ni: 1) Kedai kasut
2) Kedai baju
3) Shopee
4) Laman web pakaian anak 
5) Tempat kerja (hospital)

Yang no 1 sampai 4 tu saya dah lama faham. Memang jelas.
Nov 23, 2021 10 tweets 2 min read
Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil.
 
1. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “Self Image” yang baik. 2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
 
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
Oct 20, 2021 15 tweets 3 min read
3 sifat toksik ni kalau mak ayah buat setiap hari, anak akan hilang keyakinan diri dan perkembangan anak boleh jadi terbantut. 1) Stonewalling

Anak cuba nak berbual tentang sesuatu perkara, tapi kita jauhkan diri kita dengan cara:

❌ Tak menjawab soalan anak
❌ Sengaja lambat jawab soalan anak
❌ Tak cakap apa-apa
Oct 19, 2021 11 tweets 2 min read
Penatnya jaga 3 orang budak ni seorang diri. Isteri ada urusan, maka tinggal saya seorang diri menjaga mereka.

Tak habis-habis ada aja benda yang mereka minta dari saya. Dah makan, nak ke tandas pula Disambung dengan minum. Lepas tu nak main sama-sama.

Mula-mula saya geram juga. Kenapa anak saya tak reti nak bagi saya rehat. Dah lewat malam barulah saya dapat rehat dan makan.
Oct 18, 2021 16 tweets 3 min read
Baru saja mak dan anaknya duduk, saya pun senyum dan bertanya khabar. Kemudian, saya terus tanyakan tentang perkembangan anaknya.

Pada asalnya, mak ni risau yang anaknya lambat bercakap. “Sekarang dah jauh lebih baik doc, dah pandai sebut 2-3 perkataan dalam 1 ayat. Dah pandai mengadu bila abang dia sakat dia.”

“Apa lagi yang dia boleh sebut sekarang?” saya nak tahu lebih lanjut.
Sep 27, 2021 9 tweets 2 min read
Rupa-rupanya ramai kanak-kanak tinggal di rumah yang tak ada langsung peraturan tentang “Screen Time.” Menurut 1 kajian,

👉🏻 70% kanak-kanak usia 8-18 tahun tak pernah diperkenalkan dengan peraturan menonton TV di rumah.

👉🏻 ⅔ kanak-kanak kata TV di rumah dibuka ketika makan.

👉🏻 Hampir separuh kanak-kanak kata TV di rumah dibiar terbuka sepanjang hari.
Sep 25, 2021 12 tweets 2 min read
Bila saya baca mesej dari kawan saya pagi semalam, rasa ralat sangat sebab saya lambat balas. 

Dia mesej saya waktu malam dan saya pula dah tidur awal. Ceritanya, adik dia tengah seronok main skateboard dengan kawan. Bila meluncur laju, terus dia lompat dari tangga dan jatuh tertiarap. Kepala terhantuk ke lantai. 

Berdentum bunyi dia. Dumm!
Sep 18, 2021 6 tweets 1 min read
Anak sulung kita selalu nampak tertekan?

Selalunya anak sulung akan hadapi 3 cabaran ini:

1. Paling selalu dimarah oleh mak ayah bila bergaduh dengan adik beradik walaupun bukan salah dia.

2. Kurang dapat perhatian bila ada adik baru. 3. Mak ayah terlalu berharap anak sulung menjadi contoh pada adik beradik sehingga:

• Terlalu banyak peraturan ketat dikenakan pada anak sulung.

• Terlalu menekan anak sulung untuk cepat membaca, menulis dan mengira walaupun dia masih kecil.
Sep 17, 2021 9 tweets 2 min read
Anak lelaki juga ada emosi. Sebab itu mak ayah kena usaha untuk didik anak lelaki yang: 1. Boleh mengurus tekanan emosi dengan cara yang sihat.

2. Rasa selesa berkongsi emosinya dengan mak ayah.

3. Berani berdepan dengan masalah dan bukan lari dari masalah.