Eqhwan Profile picture
Bercita-cita menjadi manusia yang bermanfaat buat ummah.
Dec 30, 2020 9 tweets 2 min read
Untuk merancang azam tahun baharu, 3 perkara ni kau mesti buat:

1. REFLEKSI pencapaian tahun semasa.

2. RANCANG apa, kenapa dan bagaimana untuk pencapaian tahun hadapan.

3. KONGSI azam tahun baharu dengan orang yang kau percaya.

Ni adalah thread azam tahun baharu. Sebelum bermuhasabah terhadap pencapaian pada tahun semasa, kau kena bahagikan dulu refleksi tersebut terhadap beberapa kategori, contoh:

1. Peribadi
2. Kerjaya / Pendidikan
3. Hubungan / Kekeluargaan

Dan seterusnya. Bila ada kategori begini, lebih mudah kau nak bermuhasabah.
Sep 28, 2020 5 tweets 1 min read
Waktu maghrib tadi, ada 2 orang pelajar sekolah rendah lepak di taman main handphone.

Padahal azan dah berkumandang.

Dari jauh ada pak cik melaung "Dah maghrib ni, pergi balik rumah cepat!"

Budak 2 orang tu buat endah tak endah. Kemudian ... Seorang lagi pak cik mendekati mereka berdua menaiki motorsikal menegur:

"Eh dah maghrib ni, cepat balik!"

Dari jauh aku melihat adegan-adegan tersebut sambil tersenyum.

Masih ada lagi insan-insan yang prihatin dalam menegur anak-anak di kawasan kejiranan aku ni.
Aug 18, 2020 7 tweets 2 min read
Setiap lelaki kena ada sifat kebapaan dan sentiasa menasihati serta membimbing saudara-saudara lelaki lain.

Aku ingat lagi waktu aku form 5, adik junior form 1 bagitahu aku:

"Abg Eqhwan, Razman tidur pakai seluar dalam."

Ah, sudah! Tidur pakai seluar dalam / seluar ketat ni tak baik untuk kesihatan zakar lelaki.

Waktu tidurlah benda tu nak bernafas dan berkembang secara normal dan sihat.

Malam tu juga aku nasihat junior aku supaya dia tak pakai seluar dalam waktu tidur.

Kalau berterusan, mesti melarat!
Jun 27, 2020 8 tweets 2 min read
Dalam berorganisasi dan bekerja, kita dan rakan sepasukan memang takkan dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Maka, apakah cara yang paling berkesan dan lebih profesional untuk menegur kesilapan rakan sepasukan?

Thread. Image 1. Tegur secara bersemuka dan privasi.

Elakkan menegur secara terbuka apatah lagi dalam WhatsApp group bagi mengelakkan miskomunikasi.

Jaga maruah mereka dengan cara tidak menghebahkan kesalahan mereka kepada ahli pasukan lain.

Kalau boleh settle belakang, settle belakang.
Jun 22, 2020 9 tweets 2 min read
Rancak betul @dapmalaysia memperkenalkan barisan DAP Muda seminggu dua ni.

Kebanyakan mereka adalah belia Melayu islam. Kenapa?

Sebab masyarakat (khususnya golongan dewasa) dah hilang kepercayaan kepada 'kaum tua' DAP yang terserlah sifat chauvinis mereka dalam PH.

Thread. Dan kini DAP kembali kepada proksi pembangkang.

Nak dapatkan semula kepercayaan orang Melayu menggunakan imej chauvinis kaum tua DAP memang susah, jadi mereka gunakan anak Melayu islam sebagai umpan.
Jun 22, 2020 18 tweets 4 min read
Aku perhatikan antara bisnes laku keras yang dijual kepada para graduan adalah servis buat grafik resume.

Template yang sama, warna yang ceria dan ada bintang-bintang untuk rate kemahiran kau.

Satu resume RM 10 - RM 25.

Bagus ke tak servis begini?

Thread guys! Image Bila kita baru bergraduasi, semangat kita nak mencari kerja memang berkobar-kobar.

Dan sudah pasti, kita nak resume kita menjadi resume yang paling cantik dan menyerlah.

Nak tawan hati majikan katanya.

Tapi, nak buat resume sendiri tak reti.

So acano?
Jun 6, 2020 4 tweets 1 min read
Dalam hidup ni, fokus pada benda yang kau boleh kawal, dan belajar untuk redha pada perkara yang kau tak boleh kawal.

Semua ni penting supaya kau lebih bahagia dan cepat berkembang.

Thread. Perkara kau tak boleh kawal:

1. Berlakunya pandemik COVID19 di seluruh dunia.

2. Kemelesetan ekonomi negara & ramai dibuang kerja.

3. Kehilangan orang tersayang.

4. Teknologi dan media sosial yang terus berkembang.
May 26, 2020 19 tweets 3 min read
Thread berkenaan adab-adab menjadi tetamu di rumah orang Melayu:

1. Maklumkan secara jelas jumlah tetamu yang akan hadir.

Kami suka raikan tetamu dengan makanan yang cukup buat semua, dan sudah pasti kami juga mahu elakkan pembaziran. Image 2. Waktu yang sesuai.

Jangan hadir pada awal pagi, jangan hadir bila sudah terlalu malam.

Pukul 10 pagi paling awal. Kalau malam, pukul 10.30 malam sebaiknya sudah pulang.

Elakkan ziarah pada waktu senja kerana waktu maghrib terlalu singkat.
May 25, 2020 9 tweets 2 min read
Seronok tengok kawan-kawan yang baru bernikah beraya bersama pasangan masing-masing.

Kepada yang belum bernikah atau dalam tempoh bertunang, tenang-tenang saja.

Tak perlu membudayakan amalan ziarah raya dengan cara berdua-duaan bersama bakal pasangan masing-masing.

Thread. Kita kena faham bahawa tempoh pertunangan adalah tempoh berkenal-kenalan antara kita dengan tunang.

Tempoh ini langsung tidak menghalalkan kita untuk berdua-duaan bersama, apatah lagi dalam kereta ketika pergi ke rumah keluarga atau rakan-rakan.
May 22, 2020 18 tweets 3 min read
Tahukah anda bahawa baju Melayu mempunyai falsafah yang sangat indah berpaksikan syariat islam yang syumul?

Bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, untaian kasih (thread) ini saya simpulkan khas buat anda.

Ini adalah thread falsafah baju Melayu. Image Baju Melayu (BM) mula diperkenalkan pada zaman Sultan Muhammad Syah (zaman empayar Melayu Melaka) kira-kira 600-700 tahun dahulu.

Waktu itu Tanah Melayu gah di mata dunia, serta menerima kunjungan para pedagang dari serata dunia.
May 20, 2020 6 tweets 3 min read
Tadi tengok video @mlstudiosmy berkenaan Falsafah Baju Melayu.

Tuan Amir Hafiz mengatakan bahawa 3 saku baju Melayu merujuk kepada 3 asas ilmu agama iaitu:

1. Ilmu aqidah
2. Ilmu fekah
3. Ilmu tasawuf

Huraian ini berbeza dengan huraian infografik @SinarOnline Image @SinarOnline pernah mengeluarkan infografik Falsafah Baju Melayu serta menulis bahawa 3 saku tersebut merujuk kepada:

1. Akidah
2. Islam
3. Ihsan

Dalam penulisan lain pula, ada yang menyatakan bahawa 3 saku ini mewakili islam, iman dan ihsan. Image
May 19, 2020 8 tweets 2 min read
Atheist tapi sambut raya?

Dengar macam ironi bukan?

Manusia yang tidak percaya kepada Tuhan, tidak percaya kepada agama, tiba-tiba menyambut hari kemenangan umat islam pada 1 Syawal setiap tahun.

Maka, ini adalah untaian kasih (thread) untuk anda. Pertama sekali, dalam sejarah islam, terlalu banyak kisah golongan yang tak mahu bermujahadah atas pelbagai alasan, namun tetap mahu mengambil nikmat di atas kemenangan2 yang diperoleh.

Ya, solat, puasa, bayar zakat, menahan diri daripada nafsu, semua itu perlukan mujahadah.
May 18, 2020 5 tweets 1 min read
Kenapa rakyat Malaysia suka Sugu Pavithra?

1. Dia kongsi resipi masakan.

2. Dia humble.

3. Dia cakap Bahasa Melayu.

Jom kita huraikan tiga point ni satu demi satu. Ini adalah thread.

Acah tweetfamous. Image 1. Dia kongsi resipi masakan.

Orang Malaysia memang kuat makan & suka mencuba resipi baru.

Lagi-lagi bila musim PKP & bulan puasa ni, mak-mak mula mencuba resipi kaum india.

Bahkan suami pun dah buat Kelab 'Suami Masak Apa Hari Ini?'.

Channel Pavithra is a life saver.
May 16, 2020 4 tweets 3 min read
@FadzilahMamat boleh tak tweet pakai otak?

Normal je PM bagi ucapan sempena hari guru. Tun M pun buat benda yang sama.

Then, sejak bila pula baca teks ucapan jadi isu?

Lebih baik baca teks daripada merapu meraban macam politician PKR, DAP dan PAN.

Hati tu jangan hitam sangat. Image Fun fact : Tun M pun baca teks ucapan.

Boleh download teks Tun M di sini:

moe.gov.my/en/pemberitahu…

@FadzilahMamat educate yourself before tweet anything. Kes KWSP staff lama tu dah setel ke belum? Image
May 14, 2020 37 tweets 6 min read
Kawan-kawan, jom kita bercakap berkenaan 'rasisme'.

Topik yang sangat sensitif, khususnya bagi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, tapi perlu kita ulas secara terbuka dan berlapang dada.

Jemput retweet untuk manfaat bersama. Pertama sekali, sebelum kita sembang panjang, kau kena faham apa maksud rasisme:

"Rasisme ialah satu kepercayaan bahawa kaum kita lebih hebat daripada kaum lain sehingga MENINDAS dan BERLAKU TIDAK ADIL (ZALIM) kepada kaum lain."

Hadam definisi ni dulu.
Apr 21, 2020 4 tweets 1 min read
Bila bulan Ramadan datang, ada yang berazam nak lazimi solat tahajud, nak khatam al-Quran, nak tarawikh setiap malam.

Alhamdulillah, bagus. Teruskan.

Tapi kalau kau rasa azam-azam tu terlalu berat untuk kau, kau boleh mula dengan perubahan-perubahan yang kecil.

Contohnya ... Nak tahan diri daripada menonton video lagha.

Nak kurangkan main game kepada 1 jam je sehari.

Nak mengaji al-Quran sehari separuh muka surat.

Nak mula solat awal waktu.

Apa saja perubahan kecil, sekiranya dilakukan secara istiqamah, impaknya sangat besar.
Mar 28, 2020 20 tweets 3 min read
LOGICAL FALLACY yang biasa kita jumpa di media sosial dan dalam kehidupan seharian:

1. FALLACY OF COMPOSITION

"Siapa kata PH teruk? Dr. Dzulkefly Ahmad bagus kot."

Hanya kerana seorang bagus, tidak bermakna semua (seluruh komposisi) bagus. 2. TU QUOQUE

"Kau pun tak solat. Ada hati nak suruh aku solat."

Kau pun sama macam aku. So, tak payah nak poyo sangat.
Mar 6, 2020 4 tweets 1 min read
Sebelum kau tidur, ada baiknya kau tanya soalan ni kepada diri kau sendiri:

"Kenapa Mat Saleh digelar 'Mat Saleh'?"

Thread. Mengikut sumber yang sohih (google), terdapat banyak sejarah kewujudan istilah 'Mat Saleh' ni.

Ada yang kata 'Mat Saleh' ialah derivatif kepada:

1. Mark La Salle
2. Mad Sailor
3. Mud Sulley

Dan sebagainya.

Pun begitu ...
Feb 19, 2020 4 tweets 1 min read
79% ada gambar pada resume.

Berkenaan gambar ni, ada 2 mazhab.

Ada yang kata kena letak, dan ada yang kata tak kena letak.

Apa alasan mereka?

Thread. ALASAN TAK LETAK GAMBAR

1. Takut kita dinilai berdasarkan rupa. Cth:

"Ada janggut, mesti islamik ni."
"Free hair, sah liberal."

2. Takut gambar tak profesional dan tak menawan hati, jadi menipiskan peluang untuk dipanggil temuduga.

3. Takut didiskriminasi kerana warna kulit.
Feb 14, 2020 5 tweets 1 min read
Kawan minta tolong semak dan tambahbaik resume dia.

Sebelum aku bagi ulasan, kita kena faham bahawa tiada cara dan format yang qat'ie (tetap) untuk tulis resume.

Lain orang lain pandangan mereka.

Kalau rasa relevan dan sesuai, boleh amalkan.

Ini ulasan aku: Image 1. Perlu masukkan gambar profesional untuk tingkatkan kepercayaan.

2. Banyak maklumat peribadi yang tiada nilai tambah seperti alamat rumah, no. kad pengenalan, agama, jantina, ketinggian dll.

(PS: Kalau nama kau ada Muhammad, confirm confirm kau lelaki dan muslim)
Feb 2, 2020 4 tweets 1 min read
Stephen Covey menulis dalam buku '7 Habits of Highly Effective People', habit ke-5:

"Mendengar untuk memahami, kemudian difahami."

Kebanyakan kita, langsung tidak mahu mendengar apatah lagi cuba memahami, sebaliknya mendengar untuk membalas.

Ini punca utama miskomunikasi. Image Beri peluang kepada orang lain memberi penjelasan.

Belajar untuk mendengar dengan ikhlas.