🇲🇾 Imran 'Il Principe' 🇲🇾 Profile picture
The honour is found in the end, not the means - Colonel Tavington | #Gagalis
Oct 17, 2020 76 tweets 12 min read
Bahagian 4:

“Pemergian Yang Panjang”

Cerita ini merupakan kesinambungan dari Bahagian 3:

"Helaian Memori Luka”

Untuk keseluruhan siri dari Bahagian 1 boleh klik di bebenang ni,

Feb 16, 2020 101 tweets 16 min read
"Tak mungkin, mustahil", bisik hatiku.

"Sudah sekian lama, sudah berpuluh tahun, di mana logik di sebalik peristiwa ini??"

Padaku, adalah sangat mustahil untuk dia bahkan melangkah masuk ke negeri ini. Kerana aku yakin, melalui segala hasil risikanku, tiada sebab untuk dia ke sini.

Bahkan pasportnya juga sepanjang pengetahuanku tidak pernah dibuat.

Dan hasil risikanku tak pernah tersasar..