Ketahui Hak Anda Profile picture
Ingin berkongsi sesuatu untuk manfaat umat sejagat
Peringatan Untuk Diri Profile picture 1 subscribed
Apr 24, 2020 8 tweets 2 min read
WAKTU IDDAH BAGI WANITA

Iddah ialah suatu masa yang wajib ikuti atau dipatuhi oleh setiap wanita yang diceraikan oleh suami.

Pada masa iddah ini para wanita tidak boleh bernikah dengan suami lain. Sebab apa?

Nak bagi jelas rahim wanita itu bersih atau punyai kandungan hasil dari suami yang menceraikannya.

Pada masa ini juga suami boleh rujuk semula dengan isteri yang diceraikan jika perceraian baru terjadi pada talak satu dan talak dua. Ingat tidak sama sekali pada talak tiga.

Manakala waktu iddaj juga adalah berbeza:

1. Wanita yang diceraikan
Apr 16, 2020 8 tweets 2 min read
TALAK BOLEH RUJUK DAN YANG TAK BOLEH RUJUK:

Bila cerita tentang talak boleh rujuk dengan yang tak boleh rujuk ni terbahagi kepada dua (2). Jadi usah pening-pening ye.

Pertama : Talak Rajie

Apa itu talak rajie? Talak rajie ialah talak yang rujuk isteri ketika isteri masih dalam iddah tanpa akad nikah baru tau. Maksudnya suami masa ada masa nak ucap kepada isteri dengan lafaz "kita rujuk semua perkahwinan kita", atau "saya kembalikan engkau pada saya".

Wajib kena cakap tau, tak boleh nak rujuk dengan perbuatan "dukhul" atau bersama (setubuh), ingat tu!
Apr 13, 2020 4 tweets 2 min read
Bahagian Talak:

Talak ada dua bahagian, iaitu talak sunat & bidah.

1. Talak Sunat ni ialah talak yang ikut macam mana nabi telah garis sebelum ini.

Ingat lagi tak, ada saya nyatakan sebelum ini.

Iaitu talak yang dilafazkan pada permulaan suci dan tidak berlaku persetubuhan. Manakala talak kedua ialah Talak Bidah.

Talak bidah ini ialah talak yang dilakukan dengan tidak mengikut garis panduan sebagaimana yang RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam nyatakan sebelum ini, melafazkan talak dalam waktu haidh.

Maksud talak bidah ini bukan bermaksud
Apr 12, 2020 11 tweets 3 min read
Dalam pada sibuk cerita hal cerai, kena juga tahu waktu yang sesuai untuk melafazkan cerai.

Usah sembrono je nak lafaz, rasa tak suka, geram, benci je terus lafaz.

Ada kalanya lafaz dalam kereta lepas shopping la, lepas dinner la, sebab hanya hal-hal nak mengetahui jawapan dari sang suami atau isteri.

Apa salahnya kawal sekejap. Ok!

Namun sekiranya sudah habis limit dan hendak juga menceraikan isteri, maka waktu yang paling sesuai ialah pada waktu permulaan isteri dalam keadaan suci dari haidh (darah bulan) dan sebelum dicampiri (setubuhi).
Apr 11, 2020 21 tweets 4 min read
Perbincangan berkaitan talak tiga (3) sekaligus merupakan perbincangan hangat dalam masyarakat mutakhir ini.

Perbincangan ini melibatkan soal rumahtangga, soalan kahwin cerai ini sering bermain dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat Islam. Fatwa Wilayah Persekutuan bertarikh (18 Januari 2016 / 8 Rabiulakhir 1437H) memfatwakan bahawa talak tiga (3) sekaligus jatuh tiga, menyebabkan suami isteri tidak boleh lagi kembali atau ruju'. Sama ada dalam iddah atau selepas iddah.