Marina Ibrahim Profile picture
“wherever life plants you,bloom with grace”
Jul 19, 2024 13 tweets 3 min read
Aku minta maaf kalau penulisan ada timbulkan salah faham.

Aku pun lahir dari keluarga susah. Bukan senang. Lintas landasan keretapi pergi sekolah , jalan kaki. Kawan mak aku berikan motor, pergi sekolah pula naik motor 3 orang. Ada ayah tiri ingat ubah kehidupan tapi tak. Mak aku tanggung semua.

Dlm konsep “meminta” aku tu. Bukan lah mcm “YB ada bantuan beras tak” kita tak bantu. Kita bantu, Siap bagi solusi supaya dia boleh tambah duit ubah diri.

Yg aku maksudkan meminta ni adalah meminta-minta tanpa nak usaha walau dibantu, ni yg pertama.
Feb 21, 2024 4 tweets 1 min read
Sebenarnya kena ada satu set dalam otak pemimpin bahawa apa-apa skim yang baik untuk rakyat kita tak harus politikan dan kena ambil tahu.

Masa dulu tak jadi adun pun,zaman pembangkang.. tebalkan je muka bantu daftarkan BRIM dekat kedai burger. Ada je orang sindir “benci BN tapi promote skim kerajaan juga”.

Kita jenis muka tembok, jawab balik jelah. Apa- apa yang manfaatkan rakyat, itu adalah hak rakyat.
Feb 21, 2024 4 tweets 1 min read
Kita ni suka muncul dengan skim itu skim ini yang rakyat tak tahu pun apa manfaat. Lepastu suruh daftar. Ingat semua rakyat ada masa?

Lagi2 bila tak faham manfaat, orang cuma nampak “alah..daftar tak dapat apa-apa”. Buang masa. Aku bagi contoh bila ada pemberian beras percuma. Kenapa aku bagi dengan foodbank sekali?

Sebab orang susah ni setakat nak ambil beras 5kg , kena cuti kerja yang mana gaji sehari tentu-tentu boleh kenyangkan perut.
Dec 25, 2023 5 tweets 1 min read
Alhamdulillah kalau betul.

Cuma aku nak cakap, pembasmian miskin tegar tak boleh dilakukan jika hanya bergantung pada data ekasih.

Ramai golongan miskin tegar dan miskin yang hakikatnya tercicir daripada data tersebut. Aku ada sentuh isu ni. Data ekasih golongan miskin tegar dan miskin di kawasan Skudai je pun cukup buat aku geleng kepala. Data dan situasi dilapangan sangat berbeza.

Diharapkan sistem PADU yang dilancarkan PMX yang bermula pada Januari akan menjadi langkah utama dalam menokhtahkan kemiskinan.
Nov 30, 2023 9 tweets 2 min read
Aku nak kongsi cerita kenapa dalam memberikan bantuan pun perlu berhati-hati. sekarang wujud ramai scammer bantuan.

sebab tu dalam apa hal, semak fakta kaji cerita. Jika mereka tipu, kita pun bantu mereka. Tapi dengan cara yang betul supaya mereka sedar, tak ulangi lagi dan anak-anak tidak terus menjadi mangsa.

kesalahan kita adakalanya bersimpati hingga akhirnya anak terus menjadi mangsa dan ramai tertipu.
Aug 16, 2023 5 tweets 1 min read
Bila jadi macamni Jabatan Agama Negeri kena ambil tanggungjawab memberikan penerangan supaya tiada pihak menangguk di air yang keruh.

1) Penjelasan atas arahan kenapa diarah tutup.

2) Jika melibatkan premis, PBT selalunya sudah bagi notis beberapa kali. Kena maklum pada rakyat supaya tiada yang termakan hasutan.

Rakyat kena fhm ya, mengapa sekolah agama perlu berdaftar dan tak boleh run macamtu sahaja.

1. Utk kerajaan tahu apa silibus pengajaran. Kalau main operasi, silibus yg diajar bertentangan mcm mana? Siapa nak pastikan?
Aug 12, 2023 6 tweets 1 min read
Tukar pengarah JKOM. penyampaian maklumat manfaat atau insentif diberikan Kerajaan Persekutan kepada rakyat tak sampai ke bawah pun.

Untuk yang selalu buka pejabat bergerak dekat flat, dekat pasar macam kitaorang ni..apa kami nampak? Banyak insentif baik yang diberikan kerajaan pada rakyat. Aku ambil satu contoh, skim perubatan madani, pergi sana sini bantu apply , tak ramai pun tahu. pekaB40 dan MySalam dari zaman PH pun ramai yg tak tahu.
Oct 6, 2022 6 tweets 2 min read
Dah dapat rumah masih tak pindah. Aku pun pelik. Akak ni bg alasan ada byk lagi urusan tak selesai, jd lambat sikit. Siasat punya siasat, rupanya suami dia pesan “jgn susahkan Marina lagi,jgn meminta-minta.Abg usaha cari duit”. Rupanya duit habis bayar deposit rumah dan pintu pagar. Tak da duit nak bayar deposit api air.Dia tak nak susahkan aku,jadi dia tipu.

Pagi tadi pun, lama punya tunggu tepi simpang ada org hantar. Nasib tergerak hati jalan masuk, sekali dia dok jln redah lopak bawa baby.😑
Oct 4, 2022 4 tweets 4 min read
Tahun ni contact Jefri, aku nak sambut hari kelahiran di Wad Kanser (kanak-kanak) HSI.

Setahun dah adik Amyra pergi.Bulan 10 juga bulan kelahiran dia. Tahun lalu sebelum adik Amyra pergi, dia cakap teringin pergi pantai. Tapi kanser kembali menyerang.. ImageImageImageImage ..tak sempat bawa adik Amyra berjalan sebelum dia pergi. Dia pun teringin pergi ke sekolah, nak aku datang bawa kek. Tapi tak kesampaian. Adik Amyra mengajar aku banyak perkara dalam kehidupan ni.

Walaupun kecil dia sangat tabah, Kuat dan sangat ceria. ImageImageImageImage
Sep 29, 2022 8 tweets 2 min read
Ini perkara biasa. Sampai ada yg sanggup jd punching bag dengan harapan suami akan berubah sebab wanita seperti ini fikir mereka tak mampu survive.

Betul ke tak mampu survive? TIDAK. Ingat ya utk wanita di luar sana, tak da istilah dah terlambat utk buat sesuatu. Semua bergantung pada diri dan keberanian anda.

Bagi kes seperti ni biasanya aku nasihatkan korang rujuk ke pejabat MP atau ADUN. Berdasarkan kes yg aku handle sebelum jadi adun lagi..
Sep 2, 2022 5 tweets 1 min read
Aku nak sentuh isu ni dari pengalaman aku berjumpa ramai orang.

Kalau setiap orang cakap “anak tu rezeki.Kau tak cukup tak pe, esok lusa adalah rezeki tu”.

Bagi aku sebelum kau fikir anak tu rezeki, baik kau set dalam kepala anak tu AMANAH. AMANAH ni sesuatu yang sgt berat.. ..sangat berat untuk dipikul. Kau tak mampu, kau tak bersedia..silap haribulan mungkin banyak AMANAH terhadap anak kau tak mampu laksanakan. Hujung-hujung sebab tak mampu pegang AMANAH tersebut, kau lempiaskan AMARAH kau pada anak.
Jul 27, 2022 4 tweets 1 min read
Alahai.. aku sendiri hormati pandangan Fahmi. Dia tak nak jumpa tak pernah aku desak suruh dia jumpa.

Dah aku yang terangkan bahawa satire ni tak patut diambil tindakan, kita kena terbuka terima. Kalau orang tu teringin nak jumpa dan dgr pandangan Fahmi.. Takkan aku nak cakap tak boleh. Siap cakap lagi “pandangan orang kena terima dengan hati terbuka, tak boleh espek semua orang puji kita”. At least berani juga aku sebagai perempuan cakap depan2 macamtu.