Muzuza Profile picture
BA, MA in Quranic Studies | Tadabbur, Tajwid, Fiqh | Reader | Author of 6 books
Jan 6 8 tweets 2 min read
Benarkah tidak boleh berdoa dengan kalimah "semoga"?

Saya terbaca ada dakwaan mengatakan bahawa berdoa menggunakan kalimah "semoga" itu seolah ragu, seolah kita berkata "kalau boleh". Juga disebutkan bahawa kerana doa para Nabi dan Rasul punya pola yang konsisten iaitu memulakan dengan pujian, kemudian terus meminta, tidak ada "Ya Allah, semoga sekian sekian".

Benarkah semua ini?

Jawabnya, tidak benar. Ada beberapa sebab:
Dec 27, 2025 7 tweets 2 min read
Adakah perlu untuk keluar dari ‘alam realiti’ baru dipanggil khusyu’?

1- Khusyu’ ertinya adalah merendah diri, hati kita terarah kepada apa yang kita lakukan, tetapi tidak semestinya sehingga tidak sedar keadaan sekeliling. 2- Ini jelas melalui hadith Nabi SAW:

إنِّي لأقومُ إلى الصَّلاةِ وأنا أريدُ أن أطوِّلَ فيها ، فأسمعُ بُكاءَ الصَّبيِّ فأتجوَّزُ كراهيةَ أن أشقَّ على أمِّهِ
May 1, 2025 8 tweets 2 min read
"Dia dah dapat kerja, aku belum"

"Dia dah naik pangkat, aku belum"

"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"

"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"

Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini? Image Allah menyatakan:

"Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya" [al-Anbiya': 37]

Ayat ini sebuah teguran buat kuffar Quraisy yang meminta Allah segerakan azab, kononnya untuk mengejek Nabi ﷺ.

Namun, kita ingin mengambil keumuman lafaz ayat ini.
Jan 26, 2025 4 tweets 1 min read
Kebelakangan ini banyak yang bertanya tentang cara ruqyah diri sendiri. Saya cadangkan untuk membaca doa yang Nabi ﷺ ajarkan:

Letak tangan di tempat yang rasa sakit sambil baca bismillah sebanyak 3 kali.

Kemudian baca juga doa yang Nabi ﷺ ajarkan sebanyak 7 kali: أعُوذُ بِالله وَ قُدْرَتِهِ مِنْ شَر مَا أجِدُ وَ أحَاذِرُ

"Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang aku jumpai & aku takuti" [HR Bukhari & Muslim]

Juga boleh membaca doa:

بِسْمِ اللَّهِ، أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ
Dec 22, 2024 4 tweets 1 min read
Ada satu zikir yang Nabi ﷺ ajarkan, masa saya kecewa kerana tak dapat sesuatu, maka saya akan baca.

Juga sunat kita baca setiap kali lepas solat.

Zikir yang ajar kepada kita erti akur dan faham bahawa kita ini hamba, kita ini terbatas. Kita cuma usaha, Tuhan yang tentukan. Image اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الجَدِّ مِنْكَ الجَدُّ

Maksudnya: Ya Allah, tiada yang dapat menghalang atas apa yang engkau berikan, tiada yang mampu memberi buat apa yang Engkau telah halang. Tidak bermanfaat kekayaan
Dec 13, 2024 6 tweets 2 min read
Saya nasihatkan untuk jauhi.

1- Ini adalah salah satu dari cabang Law Of Attraction (LOA) yang menganggap bahawa duit itu ada tenaga, boleh menarik duit yang lain masuk. Cium duit, kemudian nanti akan ada keajaiban dan akan mendatangkan kekayaan, ini tidak tepat 2- Konsep dan amalan dalam LOA ini telah difatwakan sesat oleh beberapa badan fatwa :

- Mufti WP : muftiwp.gov.my/ms/artikel/bay…

- Mufti Selangor : emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/site…
Nov 21, 2024 7 tweets 2 min read
“Amalan apa yang Allah terima sehingga aku diuji sebegini”

Mula-mula saya dengar kalam ini, terasa pelik. Eh, biasanya orang lain kalau berlaku musibah, akan bertanya dalam diri “dosa apa yang aku lakukan”, tetapi berbeza pula kalam ini. Image Rupanya cara fikir orang soleh dan ulama’ itu berbeza sekali.

Saya jumpa kalam ini dalam kitab Ihya’ :

“Tuhanku, Engkau memberi aku dan keluargaku lapar, Engkau menjadikan kegelapan tanpa lampu pada malam hari. Sesungguhnya Engkau melakukan ini semua kepada para waliMu.
Nov 14, 2024 9 tweets 2 min read
Berdakwah dalam keadaan merasakan diri munafiq

1- Berdakwah ertinya menyeru manusia ke jalan Allah. Berdakwah adalah suatu pekerjaan mulia dan sangat disukai dalam agama. Firman Allah : Image وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلٗا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh,
Oct 19, 2024 15 tweets 3 min read
Telekung wanita

Ramai juga sahabat yang bertanya tentang isu telekung solat, maka adakah solat sah atau tidak jika kelihatan dari arah bawah. Penulisan ini adalah hasil dari perbincangan dan pertanyaan dari guru-guru kami, moga Allah berkati mereka. Insya Allah. 1- Antara syarat sah solat adalah menutup aurat sama ada lelaki atau wanita. dan aurat itu mestilah ditutup dari arah atas dan tepi, adapun arah bawah tidak disyaratkan tutup. Maka inilah titik pertanyaan pada isu sekarang ini. Dari sini, terbit persoalan.
Sep 12, 2024 29 tweets 6 min read
GISB : Politik, jenayah, penyelewengan aqidah & reaksi

Secara ringkas, kumpulan ini adalah 'rebrand' dari apa yang telah bertapak lama di Malaysia iaitu kumpulan al-Arqam, kemudian ditukar nama kepada Rufaqa' dan kini Global Ikhwan Sdn Bhd.

Saya tidak berniat menulis terlalu Image dalam berkenaan dengan sejarah kerana sudah banyak dihuraikan.

Saya ingin menulis tentang :

- sebab apa mereka difatwakan sesat?
- bagaimana status Ashaari Muhd yang berhubung terus dengan Nabi?
- apa reaksi kita terhadap isu ini?

1- Sebelum kita pergi kepada persoalan
Aug 9, 2024 10 tweets 2 min read
Menarik perbincangan ini. Siapa yang patut menjaga anak, ayah atau ibu?

Sebenarnya ibu dan bapa kena ambil peranan itu, cuma sudutnya berbeza. Ada dua ayat yang membawa kepada solusi peranan ibu dan bapa.

Lebih menarik, kedua-duanya ada pada surah Luqman & bersebalahan. Kalimah pertama adalah ya'izhuhu (يعظه) pada ayat 13 surah Luqman.

Kalimah ini berasal dari akar kata wa'izha (وعظ). Kalimah ini sebenarnya bermaksud didikan dan bimbingan berbentuk tegahan. Kalimah ini juga membentuk kalimah mau'izhah (موعظة) yang bermaksud pengajaran.
Jul 24, 2024 16 tweets 3 min read
Pemergian yang menghidupkan jiwa yang mati : Ibrah dari kisah duka

Moga Allah rahmati al-Marhum Zulfarhan, sungguh berduka dengan satu nyawa manusia, diperlakukan dengan begitu kejam. Kita doakan untuknya insya Allah

Saya menulis coretan ini berdasarkan apa yang saya baca. 1- Buli tidak pernah menjadi suatu yang okey. Jauh sekali nak sampai ke tahap baik. Okey pun tidak. Bererti jahat dan teruk.

Sama ada perbuatan atau perkataan, kedua-duanya jahat.

Allah menyatakan supaya kita jangan berlaku zalim, semua yang kita lakukan akan tercatat: Image
Jun 23, 2024 5 tweets 1 min read
Ipar adalah maut?

Nabi ﷺ mengingatkan kita tentang al-Hamwu:

فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَفَرَأَيْتَ الْحَمْوَ ؟ قَالَ : " الْحَمْوُ : الْمَوْتُ

Seorang lelaki dari Ansar berkata: "wahai Rasulullah ﷺ, apa pandanganmu tentang al-Hamwu?" Nabi ﷺ katakan: al-Hamwu adalah kematian" [HR Bukhari: 4934]

Siapakah al-Hamwu ini?

Imam Ibn Hajar al-Asqalani jelaskan bahawa al-Hamwu ini adalah adik beradik kepada suami, sepupu suami & sebagainya.

Imam Nawawi berkata bahawa hadith ini cerita tentang semua ajnabi dari
Jun 15, 2024 6 tweets 1 min read
1- Nabi ﷺ bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya Image [HR Muslim: 1162]

2- Apakah maksud ‘dosa’ yang dimaksudkan dalam hadith? Para ulama’ menukilkan pandangan Imam Nawawi رَحِمَهُ الله:

قال النووي: قالوا: المراد بالذنوب الصغائر، وإن لم تكن الصغائر يرجى تخفيف الكبائر، فإن لم تكن رفعت الدرجات.
May 21, 2024 18 tweets 3 min read
Isu video solat jumaat ketika musafir.

Ada sahabat yang tag dan dm saya tentang video seorang lelaki yang mengumumkan bahawa dia tidak pergi solat jumaat kerana bermusafir. Kemudian beliau berkata "kalau Allah dan Rasul dah bagi kelonggaran, ikut saja lah".

Benarkah begini? 1- Allah memberikan keringanan kepada hamba yang bermusafir untuk jamak dan qasar, ini jelas dalam dalil yang banyak.

a- Dalil qasar solat: al-Nisa' ayat 101

وَإِذَا ضَرَبۡتُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَلَيۡسَ عَلَيۡكُمۡ جُنَاحٌ أَن تَقۡصُرُواْ مِنَ ٱلصَّلَوٰةِ إِنۡ خِفۡتُمۡ
May 16, 2024 24 tweets 4 min read
Tentang boikot

Saya mengikuti isu boikot di negara kita, namun terdapat beberapa kekeliruan dari sudut hukum dan akhlak dałam memboikot.

1- Boikot dalam konteks hari ini, sebenarnya adalah sangat dituntut, ini semua untuk membantu dan membangunkan semangat saudara kita di Palestin. Boikot adalah berkait dengan jihad dari sudut ekonomi.

Namun begitu, kita perlu laksanakan dengan Ilmu, bukan semata semangat.

2- Asal hukum bagi isu boikot ini adalah Fardhu Kifayah iaitu dituntut kepada semua namun
Apr 24, 2024 20 tweets 3 min read
Saban waktu warganet berdebat tentang siapakah yang patut membuat tugasan rumah. Kita mula melihat pelampauan iaitu menganggap tugas mutlak khusus bagi satu pihak sahaja.

Jemput baca dengan mindset "aku ingin perkahwinan yang baik", bukan "aku ingin menang ke atas pasangan aku" Image 1- Allah menyatakan perkahwinan ini membawa kepada mawaddah dan rahmah. Apakah itu mawaddah dan rahmah? [rujuk al-Rum ayat 21]

Abu Hayyan al-Andalusi menyatakan "mawaddah" itu ertinya pernikahan, "rahmah" pula bererti berkeluarga. Beliau juga sebut bahawa "mawaddah" itu
Mar 4, 2024 18 tweets 3 min read
Masuk ke rumah ibadat agama lain, lemah iman & salah faham tafsir.

1- Hukum memasuki rumah ibadat agama lain dibahaskan oleh para ulama':

- Haram (pandangan mazhab Syafi'i & Hanafi). Mazhab Syafi'i menyatakan haram dengan mengikat hukum haram ini dengan kewujudan patung. Pandangan ini dapat dilihat dalam Nihayah al-Muhtaj & Tuhfah al-Muhtaj.

Adapun mazhab Hanafi menyatakan haram secara mutlak sama ada wujud patung atau tidak. Pandangan ini disebutkan dalam Hasyiah Ibn Abidin.

- Makruh (mazhab Hanbali)

Apabila bertembung perkara haram &
Feb 11, 2024 10 tweets 2 min read
"Tidak sebut "fardhu" ketika niat, solat tidak diterima/tidak sah?"

Tular video Tiktok, saya hanya menjawab dalam kerangka fiqh mazhab Syafi'i, insya Allah.

1- Perlu dibezakan antara "niat" dan "lafaz niat".

Niat:

- lintasan hati terhadap sesuatu yang seiring dengan perbuatan
- merupakan RUKUN SOLAT
- mesti dilakukan di awal ibadat (dalam isu ini, awal solat iaitu ketika takbiratul ihram)

Lafaz niat:

- lafaz yang disebut di BIBIR sebelum mengangkat takbiratul ihram
- hukumnya sunat di sisi mazhab Syafi'i, bukanlah rukun

Gambaran contoh:
Jan 21, 2024 7 tweets 2 min read
Mungkin, kita pernah bermonolog:

“Aku pinta yang lain, tetapi Allah berikan yang lain”

Sama ada reda atau tidak, tetapi monolog ini mungkin pernah terlintas di hati kita.

Bukan bererti, apabila kita bermonolog seperti ini, kita ini tidak bersyukur, Image atau tidak reda dengan ketetapan Allah.

Cuma, terkadang kita dalam kalangan mereka yang tercari-cari hikmah bagi ketetapan ini buat kita.

Saya nak kongsikan kisah Ibu Maryam, isteri kepada ʿImrān, beliau minta kepada Allah untuk dikurniakan seorang anak.

Beliau bernazar
Dec 31, 2023 8 tweets 2 min read
Antara benda yang saya mula amalkan bermula tahun ini adalah jurnal.

Banyak perkara yang saya rasakan positif dengan amalan ini.

Jurnal peribadi ini saya tulis pada 3 waktu:

1- pagi sebelum kerja
2- sebelum tidur
3- apa-apa yang terlintas sepanjang hari Image Antara kebaikan yang saya dapat:

1- Tak ‘meluah’ dan ‘sembur’ di media sosial apa yang tidak perlu

2- Jika ada suatu isu yang saya di’tag’, saya akan tulis dalam jurnal kemudian fikir sama ada perlu jawab atau tidak, perlu ulas atau tidak

3- Siapkan tugasan yang penting