Jabatan PERHILITAN Profile picture
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-9086 6800 atau HOTLINE PERHILITAN 1-800-88-5151
Sep 30, 2021 5 tweets 2 min read
[OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK) ZON TIMUR] ImageImageImageImage Satu cubaan menyeludup 112 bahagian disyaki karkas Babi Hutan seberat 2000 kg ke negara jiran berjaya dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Lubuk Setol, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan dalam satu rondaan penguatkuasaan yang dijalankan pada 21 September 2021.
Sep 29, 2021 4 tweets 2 min read
[JENAYAH HIDUPAN LIAR: MENYIMPAN HIDUPAN LIAR YANG DILINDUNGI DAN DILINDUNGI SEPENUHNYA]

Jabatan PERHILITAN Negeri Melaka telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan di sebuah premis terletak di sekitar Malim Jaya, Melaka pada 20 September 2021. ImageImageImage Dua individu warga tempatan telah ditahan dalam pemeriksaan ini atas kesalahan menyimpan hidupan liar yang dilindungi dan dilindungi sepenuhnya tanpa dokumen yang sah oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. ImageImage
Sep 27, 2021 4 tweets 2 min read
[OPERASI PEMINDAHAN GAJAH DI KAMPUNG LAWAR, JELI, KELANTAN]

Satu operasi pemindahan 4 ekor Gajah telah dijalankan pada 11 September 2021 di Kg. Lawar, Jeli, Kelantan. ImageImageImageImage Operasi ini dijalankan susulan operasi tangkapan kesemua Gajah tersebut pada 7 September sehingga 8 September 2021.