Q And A Simple Profile picture
Soal Jawab Kekeluargaan & Umat
Apr 20, 2020 6 tweets 2 min read
Apakah yang wajib pada hak Allah dengan jalan tafsili (تفصيل)?

A : Jalan tafsili ini ialah jalan berbentuk perincian ataupun huraian.

Secara jelasnya yang wajib pada hak Allah melalui jalan tafsili ada dua puluh (20) sifat, iaitu:

1. Wujud (وجود) ertinya ada 2. Qidam (قدم) ertinya sedia

3. Baqa' (بقاء) ertinya kekal

4. Mukhalafatuhu lil hawadis (مخالفته تعالى للحوادث) ertinya menyalahi Allah Subhanahu wa Ta’ala bagi segala yang baru.

5. Qiamauhu taala binafsihi (قيامه تعالى بنفسه) ertinya berdiri Allah Taala dengan sendirinya