Tweet Islamik Profile picture
✨Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahailallah, Allahu Akhbar,✨ ×10
Feb 21 10 tweets 2 min read
Nak share kisah suami terjumpa kawan lama dia kat kedai makan dekat dengan rumah tadi.

Kawan suami ni, Redza; dulu pelajar cemerlang n kerja company gergasi kat Malaysia ni. Tanya dia, macam mana boleh sampai kat sini? Dia pun bukaklah cerita. Image Rupanya dia dikenakan VSS dan dapat pampasan.

Sejak dari tu, dia pergi interview sana sini, takda satu pun yg panggil. Sambil-sambil tu dia buat Grab. Adalah setahun lebih. Lama tu. Pendapatan tak tentu. Dia mula rasa macam membebankan isteri. Isteri dia kerja eksekutif biasa.
Oct 27, 2023 23 tweets 4 min read
1- Kisah bermula dengan kelahiran Nabi Ibrahim. Baginda AS mempunyai anak bernama Nabi Ishak. Bermula dari Nabi Ishak, lahir kaum Bani Israel. Nabi Ishak ada anak bernama Nabi Yaakob. Nabi Yaakob pula mempunyai 12 orang anak berdasarkan al-Quran. (Surah Yusuf: 4) Image 2- 12 orang anak Nabi Yaakob melahirkan 12 suku dari Bani Israel kemudiannya. Antara anaknya adalah Nabi Yusuf AS. Kisah Nabi Yusuf di dalam al-Quran bermula dengan aduan mimpi Baginda AS kepada ayahnya tentang 11 bintang, bulan dan matahari yang tunduk kepadanya.
Dec 31, 2021 15 tweets 3 min read
Kadang kesian tengok orang tak tahu langsung bab taharah ni. Bila diajar lagi melenting, ini paling kesian.

1. Seluar dalam terkena keputihan, masuk sekali dalam mesin basuh, putar semua sekali dengan baju baju lain. Baju anak baju suami semua campur.

[ Ini ada Thread Taharah ] Sepatutnya kena cuci dulu keputihan tu bagi bersih sampai hilang bau, warna dan rasa.

2. Pakai clothpad (pad jenis kain). Cuci cuci sikit sampai dah tak banyak darah. Kemudian campak sekali dalam mesin bersama pakaian lain. Tak boleh ye kalau masih ada kesan darah.
Dec 29, 2021 4 tweets 1 min read
Berhentilah me'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial.

'Saya sedekah RM 3.00,
Allah bayar cash, RM 3,000.00.'

'Saya solat dhuha, setiap hari,
dan setiap hari itulah rezeki saya mudah.' Image Banyak lagi ayat-ayat yang menggambarkan kita me'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial.

Hakikatnya, kita tidak tahu. Apa benar apa yang kita sangka tentang rezeki kita.

Bersedekah, solat dhuha, solat sunat sebelum subuh, menyambung silaturahim,
Feb 11, 2021 8 tweets 2 min read
KASIHANILAH JENAZAH. BIARKAN JASADNYA DISEMADIKAN DI TEMPAT KEMATIANNYA 💀⚰️

"Jenazah dari luar negara jika hendak dibawa pulang ke negara asal akan melalui satu proses yang menakutkan iaitu 'embalming' (pengawetan). ImageImageImage Proses ini memerlukan darah dalam badan dibuang keluar dan satu cecair bernama 'formalin' akan dimasukkan kebiasaannya dalam jumlah 12 liter.
Jan 24, 2021 21 tweets 4 min read
Bolehkah solat dengan KASUT?

“Tuan, saya kerja di oversea. Terlalu sibuk. Tak ada masa nk ke surau atau masjid. Boleh tak jika saya balik ke rumah & qadha je?”

Masa rehat tgh kerja tu ada masa 3 minit dan 30 saat tak?

“Ada”

[ Ikuti Sambungan Thread Ini ] Jadi dah boleh solat.

“Apa? Boleh solat dengan 3 minit 30 saat je? Biar betooooollll!

“Bagaimana? Sempat ke? Ambil wudhu pun dah 2 minit. Nak tanggal dan pakai kasut lagi. Nak keringkan kaki sebelum pakai stoking lagi. Biasanya wudhu dan solat ada dalam 10 minit.