Geng Farmasi Otai Profile picture
Di Geng Farmasi Otai, kami komited untuk menyampaikan maklumat ubat-ubatan dan kesihatan yang tepat, boleh dipercayai, dan berguna untuk semua masyarakat.
Nov 24, 2018 5 tweets 2 min read
Gout adalah sejenis radang sendi atau arthritis yang terjadi apabila terdapat pengumpulan urik asid berlebihan di dalam sendi kita. Serangan radang sendi ini selalunya terjadi apabila pesakit mengambil makanan yang mempunyai kadar purine yang tinggi seperti daging, udang, ikan bilis, kekacang dan ikan sardin.
Purine yang dimakan inilah yang akan dicernakan kepada asid urik.