ABIMalaysia 🇲🇾🇵🇸 Profile picture
Pemenang Anugerah 5 Bintang Kementerian Belia & Sukan (2013, 2014, 2018, 2019) dan Anugerah NGO Islam Terbaik dari Jabatan Agama Islam Wilayah (2018).
Jul 26, 2023 12 tweets 11 min read
ABIM & KESANTUNAN DALAM BERDAKWAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Allah SWT berfirman:
“Serulah manusia ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) DENGAN HIKMAH dan berilah nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik.


Image
Image
Image
Image
Sesungguhnya Tuhanmu jua yang lebih mengetahui orang yang mendapat hidayah.” (An-Nahl: 125).

Sesungguhnya, kami di Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menjadi saksi bahawa al-Fadhil Ustaz Saidi Adnan bin Md Nor adalah seorang yang budiman, lemah lembut, tidak banyak bicara

Image
Image
Image
Mar 10, 2021 5 tweets 2 min read
TADABBUR ISRAK DAN MIKRAJ: KURNIA SELEPAS UJIAN

Nabi Muhammad SAW, pd tahun ke 10 pengutusannya, diuji dengan kehilangan 2 org yg bermakna dlm hidupnya: bapa saudara yg membesarkannya, Abu Talib, dan isterinya, Khadijah yg banyak membantu dan bersabar bersamanya di jalan dakwah. Baginda SAW disakiti penduduk Mekah & Toif hingga Baginda berdoa, “Wahai Allah, hanya kepada-Mu daku mengadu akan lemahnya kekuatanku, kebuntuan usahaku, dan hinanya daku depan manusia. Wahai Yang Maha Kasih antara sekalian yang mengasihi!” (Hadith Riwayat at-Tabrani).
Mar 9, 2021 4 tweets 4 min read
PRESIDEN RASMIKAN SEKRETARIAT SATELIT ABIM PUSAT DI KOLEJ DAR AL-HIKMAH

9 Mac: Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz & Dr. Salmijah Surif (Ketua Eksekutif KDH) telah merasmikan Sekretariat Satelit ABIM Pusat yang beralamat di KDH, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Bertapak sejak 2016 & hari ini secara rasmi diteguhkan keberadaannya dgn papan tanda sbg penanda komitmen & kebersamaan.

Mudah-mudahan penanda kecil ini menjadi asbab membuka ruang yang lebih besar dan banyak dalam usaha memberi khidmat secara bersama kepada Umat, insya Allah.
Mar 8, 2021 4 tweets 5 min read
PRESIDEN ABIM HADIRI PEMBUKAAN HARI PERTAMA SEKOLAH JASMINE ASH SHAM.

8 Mac 2021: Presiden ABIM, Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Sdr. Mohammad Fazril Mohd Saleh (Setiausaha Agung ABIM) hadir ke pembukaan hari pertama Pusat Pendidikan Alternatif Jasmine Ash Sham hari ini. ImageImageImage Jasmine Ash Sham merupakan sebuah inisiatif pendidikan dari Malaysia for Syria (MFS), dan ditubuhkan khusus untuk perlarian.

Sekolah kini telah berpindah dari Taman Setiawangsa ke Kemensah Heights dengan kapasiti pelajar yang boleh dimuatkan seramai 110 orang pada satu2 masa. ImageImageImage