Ar-Rayah & Al-Liwa itu bukan panji biasa; itu panji perang Nabi. Mesejnya adalah mesej kekuasaan. Ulama yang bahas hadis itu rata-ratanya sebut tentang kod penggunaan bendera itu di medan perang. Maka tidak salah memberi amaran terhadap pihak yang mengibarnya di jalanan. (1/9)
Ibn Hajar dalam kitab Fath al-Bari menyatakan bahawa ar-Rayah tidak diberikan kecuali atas izin pemimpin perang, kerana ia menunjukkan posisi seorang pemimpin. Manakala al-Liwa harus selalu berada dekat dengan pemimpin perang. (2/9)