Beli bateri bayar ansuran 3 bulan. Mana lagi kalau bukan di CARPUT.
🌟 Ansuran 3 Bulan
🌟 0% Interest
🌟 Kad Debit Diterima
🚚 Renew insurans + roadtax ada
Feb 9, 2022 • 10 tweets • 2 min read
"Bos, kereta mau tukar you punya nut chamber tak?"
Ketahuilah, ini adalah strategi upselling yang agak 'common' bila korang tukar tayar kereta.
Persoalannya, perlu tukar atau tidak?
Cukup 10 RT min kongsi!
Chmaber nut atau chamber bolt ni fungsi utamanya adalah untuk melaraskan sudut tayar.
Apabila ia tidak dilaraskan dengan betul, ia boleh mengakibatkan tayar makan luar/dalam.
Sep 16, 2021 • 15 tweets • 4 min read
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik?
Korang tahu tak, hampir mustahil untuk korang bukak pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bebenang ini kami share kenapa 👇
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin.
Jadi bahagian hadapan kereta akan temggelam terlebih dahulu.
Jul 5, 2021 • 18 tweets • 3 min read
Korang ada pengalaman pernah kena langgar lari dengan motosikal? 🛵
Ramai yang tak buat report polis, sebab ingat tak perlu pun. Ketahuilah benda tu berisiko.
Cukup 10 RT min buat bebenang.
Antara beberapa sebab kenapa pemilik kereta tak report polis bila kena langgar lari dengan motor.
1. Tak boleh claim insurans motorsikal 2. Tak dapat no plate motorsikal
Apr 2, 2021 • 16 tweets • 3 min read
Tak sangka, ramai juga yang drive kereta tapi tak tahu apa itu No-Claim Discount (NCD).
NCD ni, korang kena faham untuk korang tahu bila nak claim, bila nak pindah.
Kalau korang pandai manfaat, boleh jimat beribu ringgit!
[Ini ialah Bebenang]
Sepertimana nama NCD itu sendiri, NCD ni adalah diskaun yang pemilik kereta akan dapat bila renew insurans kereta,
Sekiranya pemilik tak pernah buat sebarang tuntutan insurans tahun sebelumnya.
Mar 31, 2021 • 7 tweets • 1 min read
Tahukah korang jual/beli kereta sambung bayar ni, bukan sahaja tak sah disisi undang-undang.
Malah dalam islam, hukumnya juga haram. Tidak sah!
[Bebenang]
Bila korang beli kereta dengan pembiayaan bank,
Tahukah korang yang kereta tu bukan milik korang tetapi milik bank?
Sebab itu kontrak jual beli korang tu namanya Hire-Purchase Agreement.
Feb 7, 2021 • 12 tweets • 3 min read
Kepada pemilik-pemilik 'king of the road' (Myvi) model latest ni, 🚗
Ramai dah 'terkena' sampai RM500+ untuk tukar bateri je.
Ini thread kenapa bateri Myvi ni mahal dan macammana cara korang boleh jimat. 💸
Thread ini juga terpakai untuk pemilik Perodua Bezza Advance.
Sebab dua- dua model ni ada fungsi Eco Idle.
Feb 5, 2021 • 13 tweets • 3 min read
Pernah tengok kemalangan yang melibatkan lebih daripada 2 kereta?
Dalam kes ni, siapa kena saman? Siapa kena bayar? Min kupaskan untuk panduan korang!
[Ini adalah bebenang]
First sekali korang kena faham,
99% kes berlaku pelanggaran dari belakang, yang salah adalah kereta belakang.
Kerana undang-undang di Malaysia, menjadi tanggungjawab pemandu belakang untuk menjaga jarak.
May 20, 2020 • 15 tweets • 3 min read
Tahukah anda,
Sekiranya kereta anda disondol dari belakang, anda tak perlu nak bertekak di tengah jalan jauh sekali tunggu pihak berkuasa datang.
Cukup 10 RT admin kongsikan apa yang perlu anda buat, dan anda boleh terus alihkan kereta ke tepi dan pastikan trafik lancar.
Ramai yang terlibat dalam kemalangan kecil macamni,
Selalunya memilih untuk tidak alihkan kereta dan terus menyebabkan masalah trafik.
Kononnya, tak boleh claim insurans selagi polis / valuer insurans x sampai.
Ini adalah mitos!
Mar 3, 2020 • 8 tweets • 2 min read
"Kereta saya terlibat dalam kemalangan. Tapi bila saya nak claim insurans, bengkel suruh saya tambah duit sikit untuk repair.
Betul ke atau bengkel sengaja nak untung lebih?"
Cukup 5 RT admin buat thread untuk pengetahuan semua!
Terima kasih dah cukup 5 RT!
Jadi betul ke bengkel nak untung lebih?
Jawapannya TIDAK! Bengkel bukan nak untung lebih. Inilah yang dinamakan BETTERMENT COST.