Che Puteh Osman, PhD Profile picture
Senior Lecturer. Registered Chemist (ChM.). Natural products researcher. Science Enthusiast. Science Communicator. Tweets are my own.
Oct 25, 2021 11 tweets 2 min read
Alkohol

Arak mengandungi alkohol, dan bukan semua alkohol adalah arak. Mengikut definisi kimia, alkohol adalah sebatian kimia yeng mempunyai satu atau lebih kumpulan berfungsi hidroksil (OH). Maknanya, benyak sebatian kimia semulajadi boleh diklassifikasi sebagai alkohol. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, arak yang terhasil melalui proses penghasilan arak adalah haram dan najis. Walaupun kandungan alkohol dalam arak kurang dari 3%, ia tetap haram kerana ia adalah arak.

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.p…
Oct 23, 2021 5 tweets 1 min read
Mengapakan air kencing berwarna merah lepas makan buah naga?

Warna itu disebabkan sebahagian anthocyanin yang dikumuhkan melalui air kencing. Lebih 50% anthocyanin akan dikumuhkan melalui air kencing selepas 4 jam. Image Warna merah terang pada buah naga disebabkan oleh kehadiran beberapa jenis anthocyanin antaranya delphinidin, malvidin dan cyanidin.
Secara umumnya anthocyanin yang kita ambil melalui makanan akan mengalami metabolisme. Sebahagian akan diserap dan sebahagian lagi akan dikumuhkan
Jun 20, 2021 7 tweets 2 min read
Saya baru keluar hospital. Kisahnya saya tercekik tulang ikan hari Khamis yang lepas.

Ceritanya agak kelakar dan sadis juga. Kecuaian saya ketika makan menyebabkan saya terpaksa ditidurkan untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersangkut di esofagus. Pagi Khamis agak sibuk bagi saya. Saya memasak kari ikan awal pagi, sebelum memulakan syarahan. Selesai syarahan dan pastikan anak-anak makan, saya pun makan. Nasi sesenduk, ikan termenung, bendi dan kuah melimpah.

Ketika saya suap kali pertama, terus rasa benda tersangkut.
May 15, 2021 8 tweets 2 min read
Satu video tular di whatsapp kononnya wap air rebusan bunga cengkih merawat COVID. Benarkah dakwaan sedemikian?

Sehingga hari ini tiada kajian pada tabung uji, model haiwan mahupun kajian klinikal pada manusia membuktikan wap air rebusan cengkih merawat jangkitan COVID. Secara tradisinya, wap air rebusan cengkih digunakan bagi melegakan simptom batuk, bronchitis, selsema, dan asma.

Walaupun secara umumnya wap air rebusan bunga cengkih tidak mendatangkan mudarat, jika anda mengalami simptom COVID, anda mesti mendapatkan rawatan segera.
Feb 6, 2021 6 tweets 1 min read
Kenapa kita masih perlu memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal setelah mengambil vaksin?

1. Vaksin mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk berkesan setelah melengkapkan kesemua dos. 2. Keberkesanan vaksin misalannya Pfizer dan Moderna adalah melebihi 90%. Ini bermakna ada sekelompok yang menerima vaksin masih berisiko dijangkiti COVID.
Dec 5, 2020 7 tweets 2 min read
Sains dalam secawan teh tarik.

Bahan-bahannya:

1. Satu sudu teh wangi dan dua uncang teh
2. 400 mL air
3. Satu sudu makan susu pekat manis
4. 50 mL susu sejat
5. Secubit garam Mula-mula rendah serbuk teh dan uncang teh dalam air panas. Tutup sebentar. Kita nak warna perang yang pekat, menunjukkan kehadiran sebatian kimia theaflavin dan thearubigin, yang terhasil dari proses pengoksidaan daun teh. drcheputeh.com/post/siri-54-t…
Dec 3, 2020 4 tweets 1 min read
Anggur mempunyai resveratrol yang dikatakan mempunyai sifat cardioprotection dan chemoprevention. Memelihara jantung dan mengelakkan kanser. Namun, dalam kebanyakan kajian klinikal, tiada perbezaan signifikan diperhatikan. Kajian masih berlangsung. Anggur berkhasiat, makanlah. Masalah lain yang masih dalam kajian adalah resveratrol cepat dimetabolise dalam badan kita. Ini bermakna ia tidak kekal lama dalam darah untuk memberikan kesan terapeutik. Makanlah anggur, namun bukan anggur saja ada resveratrol. Ada banyak makanan lain lagi.
Nov 29, 2020 20 tweets 3 min read
How to not kill your succulent

Saya mula terjebak meminati pokok sukulen apabila membeli 8 anak pokok ketika melawat Cameron Highlands penghujung Jun yang lalu. Tidak sampai 150 hari, saya telahbeli lebih 50 anak pokok sukulen. Saya nak kongsi pengalaman saya membela sukulen Image 1. Tanah
Tanah mesti poros. Beli tanah khas untuk succulent. Ada tanah kena tambah perlite, pumice dan batu sikit untuk jadikan dia lebih poros.
Jul 27, 2020 7 tweets 2 min read
Saya agak tertinggal isu beras yang dimasak dan direbus sebelum ditapis, dan dibasuh dengan air sejuk. Ramai orang mengkritik cara chef tersebut, tanpa mereka sedar kaedah tersebut sama seperti pembuatan parboiled rice, sejenis beras rendah kanji dan rendah indeks glisemik. Beras mempunyai kanji amylopectin dan amylose. Amylopectin adalah beratus unit glukosa yang diikat dengan ikatan alfa glukosidik pada lokasi 1->4 dan akan membentuk ranting pada setiap 25 unit glukosa dengan ikatan 1->6. Amylopectin lebih mudah dicerna berbanding amylose
Feb 14, 2020 7 tweets 2 min read
Betul ke ais menyebabkan jantung tersumbat?
Salur darah tersumbat ini dikenali dengan nama atherosclerosis. Ia disebabkan oleh pengumpulan plak di dinding salur darah, contohnya kolesterol, dan menyebabkan pengerasan salur darah.

Ini adalah thread Image Manakala pembentukan plak menyebabkan salur darah menyempit. Jika saluran darah ke jantung menyempit, ia menyebabkan penyakit jantung koronari.