Emergency Medicine Specialist,
CPR Instructor, First Aider...
YouTube: SazOne Channel
Instagram: drwaque
#MedTweetMY #MedTweetCPR #MedTweetMVA
Jun 5, 2021 • 4 tweets • 2 min read
Happy hypoxia (HH) adalah fenomena yang dikesan dikalangan pesakit COVID-19 kebelakangan. Ia adalah keadaan di mana pesakit mengalami paras oksigen dengan rendah di dalam darah tanpa gejala nyata seperti susah bernafas. Pesakit kelihatan ‘sihat’ tapi akhirnya kritikal.
(1/4)
Pemeriksaan fizikal boleh mengesan paru-paru yang tidak normal. X-ray dada, ultrasound atau CT scan paru-paru boleh mengesahkan paru-paru tidak berfungsi normal. Akhirnya pesakit akan perlukan alat bantuan pernafasan dan perlu dirawat di ICU. (2/4)
Sep 14, 2018 • 4 tweets • 2 min read
S: Zek, aku baru balik hospital melawat Mat.
Z: Eh, apa hal?
S: Dr kata Mat kena appendix. Kena operate.
Z: Appendix? Ni mesti sebab makan jambu tak buang biji. Tak pun, makan biji cili.
Inilah thread berkenaan 'appendix' (1/4)
Nama sebenar penyakit 'appendix' adalah appendicitis iaitu radang pada appendix.
Biasanya pesakit akan alami tanda sakit pada bahagian bawah kanan abdomen (RIF).
Ada pesakit yang dapat rasa sakit diulu hati kemudian bergerak ke tengah abdomen sebelum sakit berterusan di RIF (2/4)