Fadzi Razak #freelancewriter Profile picture
Starting over in life: one step at a time.
Sep 5, 2021 4 tweets 1 min read
Macam mana nak elakkan delay buat kerja? Lagi lagi bila kita kerja freelance ikut waktu fleksibel.

Dulu saya ada masalah macam ini. Dah nak sampai due date, baru menggelabah.

Bila saya mula buat satu habit baru ini, terus laju buat kerja. Dah tak ada nak procrastinate lagi. Tips terulung - Prepkan tools yang korang guna untuk buat kerja.

Contoh:
Menulis
- Buka Google Docs
- Tulis tajuk, keyword, task etc

Buat design
- Buka Illustrator
- Pilih color palette, nama file etc

Serius memang menjadi bila buat. Tahu tak kenapa kita selalu delay kerja?
Jul 8, 2021 12 tweets 4 min read
Korang tengah cari website Malaysia yang nak guna penulis artikel? Nah, list untuk korang.

Disclaimer:
Saya tak check berapa bayaran yang mereka bagi. Kalau korang diterima untuk jadi content writer untuk website-website ini, pastikan bayaran yang korang terima berbaloi. 1. TheRohani - bit.ly/3dSnB2A
- Part time
- Bahasa Melayu
- Work from home
- Tak perlu kelayakan apa-apa
- Perlu ada resume dan sample penulisan
- Gaya penulisan santai
- Niche kewangan, perhubungan, pendidikan, kekeluargaan tapi lebih kepada Islamik
Jun 21, 2021 18 tweets 6 min read
"Kak Fadzi, macam mana nak mula tulis artikel? Saya reti tulis dan update gambar dekat IG je."

Say no more!

Meh, saya bagi idea pada korang untuk buat side income dengan menulis caption dan update gambar dekat IG. Tak payah tulis artikel pun tak apa.

Let's go!

Image: Freepik Image Selain daripada buat artikel untuk blog atau website, banyak lagi cabang penulisan yang kita boleh buat.

Gunakan apa yang kita mahir atau apa yang kita suka.

Kalau kita suka update IG, offer kemahiran tulis caption dan design social media post pada business owner. Image
Jun 15, 2021 15 tweets 4 min read
Bagi yang nak cari side income atau nak cuba kerja dari rumah dengan menulis sebagai freelance writer, boleh baca tips dan trick yang saya share dekat thread ini.

Saya ada share 14 tips sepanjang 14 hari. Day 1 - Pengenalan Kepada Freelance Writing

Jun 14, 2021 7 tweets 2 min read
Day 14

Last day sharing session freelance writing.

Hari ini saya nak kongsikan antara kelas-kelas serta ebook yang kita boleh join dan baca untuk upgrade skill penulisan/freelance.

Let's go!

Image: pikisuperstar via freepik 1. Kelas Ghostwriter - bit.ly/2zyEC0b

Dalam kelas ini saya belajar tentang jenis penulisan yang macam mana saya boleh buat, personal branding, pitching client, nak dapatkan client pertama, contoh sebutharga.

Minggu pertama habis kelas, terus dapat job pertama.
Jun 13, 2021 11 tweets 2 min read
Day 13

Macam mana nak letak harga untuk servis penulisan kita? Apa faktor ada penulis letak harga tinggi dan ada writer letak harga rendah? Potential client tak reply lepas saya bagi rate card.

Jom kita kupas sikit pasal topik ini.

Let's go!

Image: pch.vector via Freepik Semalam saya ada dapat satu email daripada seseorang bertanyakan tentang harga untuk artikel.

Katanya client akan bayar RMX (satu angka) untuk satu artikel. Dia ada sertakan sekali requirement daripada pihak client.

Dia tanya berbaloi atau tidak kalau dia ambil job itu.
Jun 12, 2021 11 tweets 9 min read
Day 12

Saya guna software apa untuk menulis? Nak semak ejaan dan ayat nak guna apps apa? Macam mana nak simpan dan susun maklumat yang kita cari? Nak publish content guna apa?

Banyaknya soalan. Tak pe, meh saya jawab semua.

Let's go!

Image: pikisuperstar via Freepik 1. Untuk menulis

Banyak software dan apps yang kita boleh guna untuk menulis. Tapi untuk tak peningkan kepala nak pilih dan mudah untuk submit kepada client, saya cadangkan dua saja.
- Microsoft Words
- Google Docs

Saya guna Google Docs sebab boleh sync dekat semua device.
Jun 11, 2021 16 tweets 3 min read
Day 11

Semua orang boleh jadi freelance writer. Tapi untuk jadi freelance writer yang berjaya, kita perlu ada atau kena belajar skill-skill yang tertentu.

Jadi, skill apa yang seorang freelance writer kena ada? Meh, saya kongsikan.

Let's go!

Image: pch.vector via Freepik 1. Menulis

Untuk menjadi seorang writer, kita wajib ada kemahiran menulis. Awal-awal ni, kita boleh saja mula dengan penulisan yang biasa.

Bila dah lama, kita explore pula jenis-jenis penulisan yang lain seperti story telling, SEO, persuasive etc.
Jun 10, 2021 8 tweets 2 min read
Day 10

Kita nak jadi freelance writer. Tapi penulisan jenis macam mana yang kita boleh tawarkan pada potential client kita?

Hari ini saya nak senaraikan antara kerja-kerja penulisan yang kita boleh offer pada client.

Let's go!

Image: Vectorjuice via Freepik 1. Blog post
Artikel atau apa-apa jenis content untuk diterbitkan dalam blog

2. Copywriting sosial media
Ayat-ayat untuk bagi orang ambil tindakan di media sosial

3. Copywriting Sales Page/Landing Page
Ayat yang ditulis spesifik bagi satu standalone page bertujuan untuk menjual
Jun 9, 2021 7 tweets 4 min read
Day 9

Sebelum ni saya dah share beberapa cara dan tempat untuk dapatkan kerja-kerja freelance writing. Okay, okay. Hari ni ada satu lagi cara yang last yang saya tahu. Korang boleh cuba okay.

Let's go!

Image: Stories via Freepik 1. Mudah.my

Dekat sini bukan setakat boleh cari barang saja. Cari kerja pun boleh.

Masuk website Mudah, browse kategori dan pilih Jobs. Dekat search bar, taip content writer atau penulis artikel. Nanti akan keluar senarai kerja yang ada.
Jun 8, 2021 6 tweets 3 min read
Day 8

Semalam saya dah cerita macam mana nak cari kerja freelance writing dekat website freelance kan.

Hari ni saya nak share 3 lagi tempat nak cari job. Kali ini guna platform media sosial. Tak perlu nak register akaun baru dah.

Let's go!

Image: Stories via Freepik 1. Facebook Jobs

Mula-mula pergi masuk FB. Dekat Home atau newsfeed tu, tengok belah kiri.

Klik 'See more' dan nanti kita akan nampak icon briefcase dan perkataan Jobs. Klik situ.

Dekat search bar, taip content writer. Nanti keluar list kerja content writer belah kanan.
Jun 7, 2021 9 tweets 4 min read
Day 7

Dekat mana lagi kita boleh cari job-job freelance writing ni? Banyakkkkkkkk cara dan banyak tempat. Meh, saya kongsikan lagi satu cara macam mana kita boleh cari job menulis.

Let's go!

Image: Freepik Antara tempat terbaik untuk kita cari kerja-kerja freelance menulis atau freelance apa-apa pun adalah melalui freelance website.

Freelance website adalah platform di mana freelancer mencari pekerjaan dan employer mencari pekerja freelance.
Jun 6, 2021 12 tweets 3 min read
Day 6

Jadikan platform media sosial sebagai portfolio penulisan.

Kenapa dan macam mana?

Dekat sini saya fokuskan pada Facebook sebab saya lebih selesa menggunakan Facebook berbanding platform lain. Korang boleh saja nak guna untuk platform lain.

Let's go!

Image: Freepik Kita bukan saja boleh tunjukkan artikel yang kita tulis dalam blog atau PDF untuk bagi pada client sebagai contoh. Media sosial kita pun boleh juga kita jadikan sebagai portfolio.

Untuk penulisan, platform yang sesuai untuk dijadikan portfolio - LinkedIn, Facebook dan Twitter
Jun 5, 2021 12 tweets 3 min read
Day 5

Soalan:
Dekat mana lagi kita boleh cari potential client untuk servis freelance writing kita selain daripada Google?

Nak tahu jawapannya?

Let's go!

Image: Freepik Jawapan:
Gunakan platform sosial media korang sebagai salah satu cara untuk dapatkan potential client.

Saya sendiri menggunakan Facebook untuk promosikan servis penulisan masa awal-awal mula menulis. Gunakan teknik hardsell dan softsell.
Jun 4, 2021 14 tweets 4 min read
Day 4

Recap
Day 1 - Intro to freelance writer bit.ly/3cbXSBe
Day 2 - Sample writing bit.ly/3uOeqWd
Day 3 - Resume bit.ly/3ikNFWX

Hari ini saya nak kongsikan salah satu cara untuk cari potential client untuk servis writing.

Let's go!

Image: Freepik Image Ini yang korang tunggu-tunggu selama ni kan. Ha, tak nak ngaku la tu 😆😆😆

Thread sample writing dengan resume saya tak laku pun semalam hukhukhuk.

Ok, jom kita belajar macam mana nak cari potential client korang.
Jun 2, 2021 19 tweets 5 min read
Day 2

Semalam kita dah cerita pasal apa itu freelance writer. Hari ini saya nak kongikan benda apa yang korang perlu sediakan sebelum cari client.

Let's go!

Image: Freepik Cuba bayangkan kita tengah approach potential client.

Kita: Hi, saya boleh bantu team Encik/Cik untuk buatkan artikel untuk website. (Contoh)

Potential Client: Oh, menarik! Boleh saya tengok contoh artikel yang awak pernah buat?

Kita: *Krik krik krik*

Terlepas satu peluang.
Jun 1, 2021 26 tweets 5 min read
Day 1

Alright guys, jom kita mulakan sharing pasal freelance writing.

Disebabkan ada yang masih kurang pasti apa itu freelance writer dan macam mana cara bekerja, hari ini kita start dengan pengenalan kepada freelance content writer dulu.

Let's go! Freelance writer adalah orang yang bekerja sebagai penulis untuk apa-apa jenis penulisan kepada client.

Client pula tak semestinya client yang sama sepanjang masa.

Penulisan itu boleh jadi artikel blog, copywriting, product description, press release dan sebagainya.
May 15, 2021 15 tweets 3 min read
Saya ada share antara kerja freelance yang saya pernah buat dekat tweet @magmalaya sebelum ni.

Ramai yang nak tahu macam mana nak mula jadi freelancer dan dekat mana nak cari potential client.

So, here it is. Macam mana nak jadi freelancer (apa-apa bidang pun).

A thread. 1. Mula-mula kena tahu apa skill yang kita ada. Antara skill yang boleh kita jual sebagai freelancer:
- Writer & linguistics
- Graphic & design
- Video & animation
- Programming & IT
- Digital marketing
- Customer service
- Music & audio
- etc