Dr Hafsah Sazali Profile picture
MedTweetMY (Dermatology). Providing health info on medical& dermatological conditions. *Tweets are not medical advice. Views are my own. #MedTweetMY
Aug 4, 2019 13 tweets 2 min read
NASIHAT SAMPAH YANG DIBERIKAN KEPADA PESAKIT EKZEMA
“Rawatan topikal dan ubat sapu tidak merawat punca eczema”
Inilah kenyataan yang memperdaya ramai pesakit ekzema. Akibatnya, ramai yang menganggap rawatan topikal tidak penting dalam rawatan masalah ekzema/ atopic dermatitis. Ada perawat alternatif (menggunakan gelaran holistik, homeopati, naturopath dan sebagainya) yang berbangga kata mereka tidak menggunakan ubat sapu dan pelembap kulit untuk merawat eczema kerana kononnya kaedah ini tidak merawat punca ekzema.