Pembawang sains sejati, anti-pseudosains, pejuang vaksin, suka sembang santai dan 100% percaya bahawa bumi adalah sfera.
Jul 18, 2020 • 5 tweets • 2 min read
Kenapa saya bau daun ketumbar seperti kumbang?
Ketumbar mengandungi aldehid yang tinggi. Ada individu yang memiliki variasi kluster gen yang mempengaruhi persepsi rasa. Dalam kes ini, ia melibatkan gen OR6A2 yang mengekod reseptor yang sensitif pada sebatian aldehid
Ketumbar sebenarnya memberikan persepsi bau (dan rasa) yang berbeza pada setiap orang. Ada yang mendapati bau ketumbar segar, dan rasa sitrus. Ada pula sesetengah golongan mendapati baunya seakan serangga, sabun atau sayur reput!
Jul 17, 2020 • 18 tweets • 3 min read
Perihal sel lemak yang tidak akan meninggalkan anda
Sel lemak boleh diumpamakan seperti belon dan berbentuk seperti globul. Sel lemak tidak boleh buang bila tidak diperlukan, ianya akan bersama anda dan menghantui badan anda :)
Bagaimana membuang lemak? Jom baca bebenang ini
Tenaga yang berlebihan dari sumber makanan akan disimpan sebagai sel lemak sebagai sumber simpanan tenaga apabila kita ketiadaan glukosa. Jadi ianya disimpan sejak lahir, jadi mustahil jika anda boleh hilangkan berat badan anda hanya selama 3-4 minggu sahaja.