Khairulaming Profile picture
Derma untuk G AZ A di bawah. Email: rasapopmedia@gmail.com. Inquiries for event appearances are temporarily closed 🙏🏻 SSM : Rasapop (M) Sdn Bhd(1416319-T)
Sep 9, 2022 5 tweets 1 min read
Regarding issue semalam, ini wayforward for improvement:

1) i have removed all manager’s contacts from social media. for now i sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement 2) for the time being i akan stop sekejap buat video utk clients, including food products, restaurants or seminar etc. i want to focus on doing what i love dari 7 tahun lepas, which is video masak
Aug 2, 2022 11 tweets 6 min read
Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan total sales sambal Rm 14 juta ringgit. Kita juga baru tambah kilang kedua seluas 22,000 sqft di Kelantan yg akan beroperasi tak lama lagi 🙏🏻 (Thread): awal januari tahun lepas kita bermula dengan 10,000 botol semasa first launching. Time ni sangat huru hara, nak packing 10,000 botol ni ambil masa 10 hari. kita cuma ada space kecil sebab sewa lot kedai sebelah kedai runcit
Mar 2, 2022 15 tweets 7 min read
Selepas genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, alhamdulillah kita berjaya cecah jualan RM 7.5 juta ringgit. Sekarang kilang sambal nyet seluas 14,000 sqft telah pun siap renovation and finally ready untuk aku tunjuk kat korang. Welcome guys to our first Townhall🙇‍♂️🙏🏻 [Thread] : Dari 6 Jan 2021 ke 6 Jan 2022 kita berjaya jual dalam 540,000 botol Sambal Nyet yang bersamaan dengan jualan RM 7.5 juta. Sehingga hari ni 2 Mar 2022, jumlah ini telah naik ke 621,800 botol bersamaan dengan sales RM 8.6 Juta.
Dec 20, 2021 5 tweets 1 min read
tips pasca banjir:

1. cuci bilik tidur dahulu. you need a clean and comfortable space untuk tidur dan rehat sbb proses cuci akan ambil masa seminggu

2. jangan terus hidupkan alatan elektronik yg dah tenggelam walaupun dah kering

3. cuci brg2 yang ada fabrik dahulu mcm carpet, sejadah, pakaian, sebelum dia mula jadi keras sbb lumpur. barang2 mcm pinggan mangkuk, tupperware tu last sekali pun takpe

4. kalau ada tilam yg mmg dh berbau teruk and tak boleh pakai, letak dulu depan rumah. pls jangan bakar tilam tu, asap hitam busuk keluar nanti
Oct 22, 2021 8 tweets 2 min read
A few weeks ago aku ada buat sharing session dgn pelajar sekolah menengah. kemudian diaorg tanya apa skill penting yang diperlukan utk survive dalam dunia pandemik ni. aku cuma tekankan kat satu jawapan sahaja, iaitu please belajar cara bercakap depan camera. here’s why: (thread) bila terjadinya pandemik, semua orang terpaksa lalui fasa perubahan teknologi. cikgu terpaksa mengajar guna webcam, office buat meeting guna webcam, orang jual bundle buat live streaming guna camera, fitness coach buat class pun guna webcam jgk
Jul 12, 2021 10 tweets 2 min read
Sebagai seorang content creator, in order to have a long relationship with clients, and make sure both sides dapat win-win situations, this is what i do (Thread) : 1. First and foremost, product or service tu aku sendiri kena guna and suka, baru i proceed to promote. It is unethical to promote and claim something is good kalau you sendiri tak pernah guna benda tu. Because people spend their hard earned money to follow your endorsement
May 4, 2021 8 tweets 2 min read
terima kasih voice out benda ni. i really need it. sejujurnya banyak dm aku dpt setiap hari yg mintak buat itu ini, mintak aku berhati2 takut org nak jatuhkan. I appreciate the dm tapi benda ni tak membantu sebenarnya. aku anxious setiap hari sbb tak tahu what can go wrong today one by one got cancelled and the only thing i can wonder is, when is my turn. selama 4 tahun buat content, ini first time aku tak enjoy buat video. i read so many articles/thread yg puji memuji sampai aku sendiri malu and segan nak baca. I can’t live up to that expectation
Apr 29, 2021 6 tweets 2 min read
Selepas issue Sambal Nyet palsu ni dh naik semalam (thanks for sharing guys🙏🏻), she finally admitted her mistake and came forward pagi tadi. Tapi aku taknak benda ni settle senang2 mcm tu je walaupun datang dengan air mata. So ada tiga tuntutan we demand from her: 1. bayar pampasan tunai. tapi duit ni aku takkan refund balik kepada buyers sbb proses refund ni tak mudah and aku nak buyers utk take accountability jgk. oleh itu 100% duit ni aku akan sedekah kat asnaf yg memerlukan di bulan puasa ni. aku tak akan ambil satu sen pun
Apr 28, 2021 13 tweets 8 min read
Hari ni aku nak share satu kes di mana ada someone dari shah alam jual sambal nyet and mengaku as reseller tp sebenarnya dia duplicate sambal and jual yang palsu. Dah lebih 700 botol orang beli dari dia. Thread: lately aku pelik kenapa ada customer dm aku ckp sambal berbuih tapi bila aku tgk gambar botol and postcard, ada mcm something tak kena. mcm lain design and rupa sambal. and then we identified that they bought from “Masturaaliyah“ yang claim as reseller
Apr 21, 2021 17 tweets 6 min read
Selepas 3 bulan lebih Sambal Nyet dijual, alhamdulillah hari ni kita dapat reach sales 1 juta ringgit 🥺🙏🏻. I’ve sacrificed a lot to follow this journey, and i wish my dad is still around to see this today. kalau korang sudi, boleh baca post mortem 1 million ni: 80% of the revenue ni aku roll balik into the business. Warehouse baru yg 14,000 sqft sudah fully running and now production rate dah naik dari 1,000 botol sehari ke 4,000 botol sehari. InshaAllah we can meet minimum target of 100k bottles per month starting bulan ni
Mar 30, 2021 7 tweets 2 min read
Hi guys, bermula esok jualan Sambal Nyet akan dipecahkan mengikut slot yang baru kat bawah. Jualan ada setiap hari kecuali sabtu :
🌶9.30am🌶10am🌶10.30am
🌶11am🌶11.30am🌶12pm
🌶12.30pm 🌶1pm 🌶2.30pm

Also ada a few things i need to highlight: Image (2/7) buat masa sekarang ada technical issue dekat shopee. if you search “khairulamingbrand” the store name cannot be found. in the meantime you guys boleh click link ni to purchase: bit.ly/35dm6rm
Feb 7, 2021 16 tweets 4 min read
iyaaa. im the owner of this sambal since 2017. at that time i sold this sambal kat fb tp sbb tak laku we had to close down. i had to let go my staff too. burnt all my savings berpuluh ribu. i told my sister to give me 4 years to rebuild balik branding. this is how it went: in 2017, i spent two months utk develop sambal king. setiap hari balik dari office aku pegi beli cili kat supermarket, balik rumah and try masak. lepas dah develop resepi, aku try jual 200 botol my fb page. ini video promo: fb.watch/3vyNV7GzLu/
Jan 16, 2021 16 tweets 6 min read
after battling for 9 days, finally kesemua 10,000 botol @sambalnyet telah di pos kepada customers semalam. Berdasarkan pengalaman minggu ni, ada beberapa kelemahan yang aku jumpa, and ini post mortem dari batch yang pertama: 1. bila stock up terlalu banyak, dan jualan sold out sekali gus, proses membungkus parcel menjadi terlampau jammed. Daripada sepuluh ribu terjual, ada org dpt parcel dalam masa sehari, ada org dpt hari ke 9. jadi customer experience tu dah tak balance utk semua customers
Mar 30, 2020 15 tweets 2 min read
Kelmarin ayah aku pergi dengan tenang meninggalkan kami sekeluarga. Aku dah lama takut benda ni akan jadi. Tapi hidup dan mati tu bukan kita yang tentukan. Kepada yang masih ada ayah, aku cuma nak pesan.. Pertama, selalulah balik kampung jumpa mak ayah. Kadang2 kita simpan duit, simpan annual leave sbb nk cuti overseas. Tapi kita sayang nk guna AL utk balik kampung. Alhamdulillah rumah aku dekat dgn airport KB, tapi ada certain time aku busy dgn kerja