Food Tech, R&D Expert and Food Processing OEM (FMCG)
Apr 21, 2019 • 21 tweets • 3 min read
(THREAD) BENDA BOLEH BAIKI JANGAN DIGANTI.
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Mar 19, 2019 • 22 tweets • 4 min read
KITA RASA PANDAI.
(Thread) Tempoh hari aku berjumpa dengan seorang sahabat yang lebih senior, cadangnya nak minum-minum sebab lama dah tak jumpa. Kali terakhir bersua muka sekitar 2 tahun lepas.
Rupanya Tuhan nak beri aku pengajaran yang berbekas dalam jiwa.
"Maaflah hari tu tak jadi jumpa, kereta saya rosak. Kena repair sampai turun enjin," beliau memulakan perbualan.
"Allah, teruknya. Kereta yang mana bang, macam mana boleh rosak tu?" aku bertanya.
Sambil memandang pesanan air tiba, yang sedang dihidangkan oleh pelayan.
Dec 4, 2018 • 15 tweets • 3 min read
KITA STEADY BRO.
"Peritnya tak ada duit ni"
"Macam mana aku nak selesaikan masalah hutang aku ni"
"Awek ajak kahwin bulan depan, nak bayar gubah hantaran pun tak ada duit wei"
"Sampai bila aku nak macam ni, rutin yang sama hari-hari"
"Aduh bulan ni last aku kerja, bos nak resize company & kurangkan overhead"
"Esok budak-budak nak gaji, susu dengan pampers anak aku pun tak beli lagi ni"
"Alamak roadtax pulak mati!"
Nov 29, 2018 • 17 tweets • 4 min read
Uncle ni keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan. Aku perasan uncle ni berlari anak sambil kaki berdengkot.
Dengan gentle, dia berkata...
"Im so sorry, i am really sorry Sir!"
Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari dia.
Dengan muka yang kelihatan runsing, letak tangan di dahi, fikirkan keadaan teksinya iaitu mata pencarian yang dah remuk akibat kemalangan.