Sic Profile picture
Sic
Sama ada jadi bodoh bila dah masuk politik, atau kena jadi bodoh kalau nak masuk politik
May 19, 2023 6 tweets 2 min read
Antara sebab kenapa orang miskin tegar kekal miskin tegar (atau kenapa student susah nak berjimat). Sebab orang miskin tegar tak ada peti ais untuk simpan makanan, tak ada dapur untuk memasak, dan tak ada duit untuk beli barang basah secara pukal. Kalau ada dapur tapi takde peti ais pun tak boleh beli secara pukal walaupun ada duit untuk beli. Tak ada tempat untuk simpan barang basah.

Beli sikit-sikit ni lagi mahal dari beli pukal. Lalu terjerumusy la mereka dalam lembah kemiskinan.
Mar 28, 2023 4 tweets 1 min read
Dia macam ni tau, kalau profesional lain hadap benda sama, patutnya profesional lain tu pun turut bersama menuntut hak dan keadilan bersama doktor kontrak. Bukannya bersama secara tak langsung dengan sistem menindas dan pihak yang menindas. Profesional lain kontrak bertahun, gaji rendah, keadaan tempat kerja toksik? Then solidariti la bersama doktor kontrak dan mereka yang hadap benda sama. Bukannya kalau aku tak dapat, yang lain pun tak boleh dapat lalu kau berpihak kepada HR dan rasa terpaling tough tahan ditindas
Mar 28, 2023 5 tweets 1 min read
Geng serban dengan kain kat bahu, geng penglipurlara jual hadis palsu, geng habaib berqasidah kurang diberi perhatian dari kerajaan. Mungkin sebab kuasa adalah di bawah kerajaan negeri. Mungkin juga hanya diperhalusi jika mereka berbuat sesuatu yang mencabar status quo kerajaan. Selama ni ada orang tu sembang pasal cerita pelik-pelik, dan dia dibiarkan. Tiba-tiba dia cerita pasal masjid jadi tokong di sebuah negeri bawah kausa parti persekutuan, maka dia pun diperhalusi ilmunya. Kenapa boleh masuk TV?
Jun 19, 2022 9 tweets 2 min read
1. Jangan apply kursus baiki kapal terbang.
2. Mahirkan diri dengan programming dan Excel. Kau pergi mana pun nanti guna dua benda ni.
3. Belajar macam mana nak berkomunikasi dengan luar circle kau. eg orang tua bukan member kau.
4. Jangan join MLM
5. Jangan makan rasuah. 6. Pada zaman semua pun nak cepat, kau kena belajar kesabaran. Mak pak kau masa muda pun tak sama cabaran kesabaran macam zaman kau.
7. Hanya sebab kau adalah digital native (membesar dengan dunia digital) tak bermakna kau adalah digital citizen (tahu hidup dalam dunia digital).
Jun 17, 2022 5 tweets 1 min read
Tak silap aku kesultanan Terengganu ada simpan alat kebesaran diraja yang asalnya dari kesultanan Johor (asli). Kalau korang rajin, tengok la apa alat istiadat diraja yang ada ketika pertabalan sultan negeri Terengganu, Malaysia dengan ketika pertabalan kerabat negara Johor, Johor Darul Merdeka Tak Pernah Dijajah.
Jun 1, 2022 6 tweets 2 min read
Kurang ajarnya kata mereka takde fungsi selain upacara istiadat?

Mereka payung kuning payung rakyat ni ada banyak fungsi mereka lakukan dan rakyat Malaysia ni langsung tak hargai jasa mereka apatah lagi nak hormat. Biadap!

Ini adalah bebenag fungsi mereka selain istiadat: 1. Merancakkan industri pembinaan dan hartanah Malaysia.

2. Memajukan dan membantu industri perkayuan Malaysia

3. Membantu rakyat memilih bagi pihak rakyat pemilihan jawatan-jawatan tertinggi kerajaan.

4. Memastikan tender dan kontrak kerajaan penuh terisi
Apr 7, 2021 5 tweets 1 min read
Nak buat bisnes tender gomen, kena status Bumiputera, kemudian kena compete dengan kerabat, kemudian kroni yang satu tu, kemudian kroni yang lain pulak, kemudian kartel, kemudian kau berhuhu je la sebab "takde networking". Pergi la cari kerja gaji RM1500. Ada kes company dikendalikan sepenuhnya oleh bukan Bumiputera tapi status Bumiputera sebab guna nama Bumiputera nak daftar dengan MOF. Yang Bumiputera tu goyang kaki.
Apr 5, 2021 5 tweets 1 min read
Dalam banyak-banyak sepersalinan yang Nabi guna, kenapa capal yang diangkat jadi simbol? Kenapa bukan tongkat, pakaian, penutup kepala dan lain-lain? Kenapa simbol capal? Lantaran kepercayaan ini mekar di bumi Nusantara, adakah ia ada kaitan dengan psyche feudalism Melayu terhadap raja-raja dengan konsep "ke bawah duli paduka baginda" yang juga bertemakan pengalas kaki (paduka)?
Jun 1, 2018 6 tweets 1 min read
Kalau kau vape sebab nak berhenti merokok, pastikan ada timetable bila nak potong nicotine intake. Say, kalau sebelum ni perokok tegar, mula dengan 12mg nicotine punya perasa. Pastu set limit dalam masa 6 bulan aku mesti tukar 6mg pulak. Pastu dah 6mg tu set pulak ok sebelum ni ambik masa 6 bulan kurang dari 12mg ke 6mg. So target la kali ni limit dalam masa 4 bulan mesti dah tukar 3mg nicotine pulak. n so on n so forth.
May 13, 2018 11 tweets 2 min read
UMNO ditubuhkan kerana membantah tindakan raja-raja Melayu yang menggadaikan kedaulatan tanah Melayu kepada penjajah Britush melalui gagasan Malayan Union. Gagasan Malayan Union ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan sukarela (mana yang kata SEMBILAN orang raja Melayu kena tipu dia tu kena tipu).