Soul Profile picture
Youtuber || Pembaca & Pengulas Buku || Aku ciap bebenda pasal buku dan pereka kandungan Jemput singgah ke saluran Youtube aku 👇🏼
Mar 30, 2022 16 tweets 3 min read
Bila ternampak isu Prof dengan pelajar B40 tu hangat.

Tiba-tiba aku teringat kisah beberapa tahun lepas aku terjumpa dengan budak yg dah berhenti sekolah.

Hari tu aku berjalan ke satu kedai pakaian ni sebab nak beli seluar. Masa aku masuk aku disapa oleh seorang perempuan muda yg bekerja dekat kedai tu.

Aku pun mintalah seluar sukan dan dia bawakan aku beberapa pasang seluar sukan dekat aku.

Aku ni jenis suka berborak orangnya, dengan orang asing pun aku boleh borak-borak dan aku...
Mar 30, 2022 18 tweets 3 min read
Di saat Nabi Yusuf a.s dibicarakan dengan perbicaraan yg berat sebelah.

Keadaan menunjukkan bahawa baginda bakal disumbat ke dalam penjara.

Namun tahu tak terdapat sebatang tubuh yg mampu menolong baginda tetapi dia memilih untuk tidak berbuat apa-apa.

Tahu siapa dia? Dialah yg digelar Al-Aziz (gelaran pemerintah Mesir pada ketika itu).

Al-Aziz ni sebenarnya tahu malah dia sendiri saksikan bagaimana baju Nabi Yusuf itu koyak di bahagian belakang.

Kalau betul laa Nabi Yusuf ni nak mer@g@l isterinya sudah pastilah baju tu akan terkoyak
Mar 16, 2022 17 tweets 4 min read
Aku dah baca buku ni dan aku rasa memang berbaloi!

Nah ini bebenang ringkas pasal buku ni.

Buku ni mengisahkan tentang perjalanan hidup figura politik bernama Vladimir Vladimirovich Putin di negara Rusia. Buku ni memaklumkan sekali peristiwa dari zaman sebelum Vladimir Putin ni lahir sehinggalah ke zaman sekarang.

Tak kurang juga diselitkan sekali segala warna warni politik yang berlaku pada akhir-akhir hayat Kesatuan Soviet (USSR).
Mar 13, 2022 6 tweets 2 min read
Ini kelemahan strategi sekatan ekonomi, sbb negara yg disekat akan pergi ke alternatif lain dan dia akan mengurangkan hegemoni pihak-pihak yg menyekat.

Lebih merisaukan bila negara-negara kecik pun akan menyusul demi seimbangkan dominasi kuasa luar. Oh lupa nak tambah, dari satu aspek agak baguslah untuk negara-negara kecik sebab kita boleh gunakan kesempatan ni untuk ugut kuasa-kuasa tertentu.

Contoh kalau Barat tak nak buat A kita cenderung ke Timur.

Biar geng-geng Timur jadi semakin kuat barulah Barat ni...
Nov 24, 2021 25 tweets 5 min read
Secara peribadi, aku anggap Tiktok ni bahaya. Bukan dari segi kandungan tetapi dari segi algoritma dan sifatnya itu sendiri.

Dia boleh musnahkan kekuatan mental kita lagi-lagi kalau kita tak tetapkan sekatan tertentu.

20 rt aku cerita. #Tiber😆 Okey draf dah siap 75%.
Tinggal lagi aku perkemaskan dan susun satu persatu sebagai untaian.

Malam ni akan siap untaian ni insya-Allah. Terima kasih menunggu.
Nov 22, 2021 10 tweets 3 min read
Suka soalan ni sebab sebelum ni pun aku tulis ke cakap campur-campur jugak.

Tapi sebelum jawab soalan tu rasa nak cerita pasal inspirasi kejap.

Sejak mula ada kerajinan membaca ni aku dapati Bahasa Melayu begitu tinggi perbendaharaan kosa katanya.

Agak sayang... kalau kita kurang nak mengamalkannya.

Jadi dari situ aku berazam untuk cuba seboleh mungkin dalam video-video aku ataupun tulisan di alam maya ni aku akan menggunakan bahasa Melayu dengan baik.

Bermula dari video ni 👇🏼
Nov 22, 2021 15 tweets 3 min read
Sebelum berniaga, belajarlah bahasa yang halus. Belajar juga cara-cara menjadi lebih persuasif dekat orang sekeliling.

Aku pernah ada pengalaman dengan seorang penjual yang buruk budi bahasanya.

Ya Allah geram juga bila teringat balik peristiwa tu😤.

Kisahnya macam ni... Image sekitar beberapa tahun lepas ada orang DM aku di Facebook.

Dia jual satu benda alah ni bunyinya macam sistem MLM autopasif apa benda tah.

Katanya sistem dia tu boleh menjamin aliran tunai masuk secara berterusan.