Syahir Profile picture
May 2 4 tweets 1 min read
setiap kali semakan gaji penjawat awam, akan berlaku kenaikan perbelanjaan emolumen Kerajaan yang mendadak pada tahun ia dilaksanakan:

2007: RM32.6b
2008: RM41.0b (naik RM8.4b)

2011: RM50.1b
2012: RM60.0b (naik RM9.9b)

2023: RM95.6b
2024: ?

Source: BNM Monthly Stats Bulletin emolumen ni di bawah belanja mengurus (OE) yang hanya boleh dibiayai melalui hasil Kerajaan tak boleh dibiayai melalui hutang. so untuk tampung kenaikan emolumen ni ada 2 cara sahaja:

1. tambah hasil (eg: naikkan cukai)

2. potong perbelanjaan OE yang lain (eg: potong subsidi)
Oct 13, 2023 9 tweets 2 min read
Kritikan macam ni sepatutnya boleh dijawab dengan senang bukan merapu serang dia audit banjir la apa la. Banyak rookie mistake Syed Saddiq buat dalam PC ni. Ada 3 jam dalam dewan nampak dia tak teliti ucapan & dokumen bajet. Classic Syed Saddiq.

Thread: 1. Subsidi rakyat dikurangkan:

Ayam & telur tiada lagi harga siling dan akan diapungkan.

- Bekalan & harga ayam dah stabil. Harga rata2 dibawah harga siling RM9.40 sekarang.

- Orang tengah bising pasal beras bukan ayam & telur. Dah lama tak pegi pasar kot YB?
Feb 3, 2022 22 tweets 7 min read
Harga Ayam.

Kerajaan turunkan harga siling daripada RM9.10/kg kepada RM8.90.

Turun 20 sen, masih mahal. Kerajaan sekarang gagal. Zaman PH harga ayam RM6.

Thread. Malaysia hasilkan daging ayam yang hampir cukup untuk kegunaan domestik. Self sufficiency ratio (SSR) untuk ayam 98.2% bermakna hanya 1.8% keperluan daging ayam kita import selebihnya kita hasilkan/ternak sendiri. Berbeza dengan daging lembu, SSR hanya 20%, 80% import
Apr 20, 2020 25 tweets 5 min read
Harga minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) dalam pasaran hadapan (futures) jatuh 56 dollar daripada daripada US$20 setong sehingga serendah -US$37 setong. Betul negative 37 dollar. Apa maksud harga minyak jatuh sehingga lebih rendah daripada 0?

Maksudnya sesiapa yang nak beli minyak dibayar untuk membeli minyak tersebut.

Anda nak beli setong minyak mentah WTI? anda akan dibayar US$37 untuk membeli minyak tersebut.

Anda beli, anda dapat duit.
May 13, 2018 10 tweets 3 min read
Walaupun dah jadi kerajaan, kebanyakan penyokong mereka masih bermentaliti pembangkang. Hutang kerajaan yang “ditinggalkan” kerajaan sebelum ini dijadikan alasan untuk kerajaan baru lambat atau tidak menunaikan janji-janji pilihanraya.

Thread. Jumlah retweets juga menunjukkan ketidakfahaman orang ramai tentang kewangan kerajaan. Jumlah hutang kerajaan tak perlu gunakan Debt Clock yang angkanya tidak tepat. Agensi kerajaan seperti MOF dan BNM menyiarkan jumlah hutang kerajaan setiap suku tahun. Tak ada apa yang disorok.