Kalau kau MO kontrak dan tetiba mak/ayah/isteri/anak kau terlantar sakit dan kau terpaksa mintak cuti utk lebih 3 bulan tanpa gaji, kau tak layak. Kau akan disuruh berhenti kerja dan mohon dilantik semula selepas dah selesai.
Kalau kau permanent MO? No problem.
Macam mana pulak kalau kau sendiri yang sakit? Contohnya kau accident semasa drive kereta balik rumah sebab mengantuk lepas habis on call. Kau parah sampai terlantar atas katil utk 3-6 bulan. Kau akan diberhentikan dan kau kena mohon dilantik semula kalau masih nak kerja.