Wan Ahmad Fayhsal Profile picture
MP of Machang, Kelantan.
Jun 11, 2018 13 tweets 2 min read
BROTHER ANWAR

Tadi kami sempat hadiri majlis iftar tertutup anjuran Muslim Council of Britain dan East London Mosque bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI).

(Thread/Bersiri) Image Hadirin yang hadir adalah "crowd" yang mungkin sosok seperti YAB PM Tun Mahathir tak dapat tarik iaitu golongan aktivis Muslim yang lama mengenali DSAI dari zaman beliau sebagai pemimpin gerakan Islam manhaj Malizi dalam ABIM dan PKPIM.