Jul Profile picture
Jul
📍 OPPO Ambassador for Find X5 & Reno11 Pro 🇲🇾 Malaysia ✒️ Writer for Filem Freaks & Sembang Marvel 📸 Mobilegraphy

May 4, 2019, 73 tweets

As promise. Thread untuk filem Avengers: Endgame. Please be advised, ada SPOILER, easter eggs, references & explanation tentang ending juga apa seterusnya selepas movie ini. Jom. #AvengersEndgame

Marvel Cinematic Universe (MCU) diperkenalkan hampir 11 tahun dengan movie pertama Iron Man (2008). Avengers: Endgame merupakan movie ke-22 dalam MCU yang dimulai dgn Robert Downey Jr. sebagai Iron Man.

First sekali yang Avengers buat adalah cari Thanos yang dah menyepikan dirinya di satu planet. Lepas dah jumpa, Thanos terangkan yg dia dah musnahkan semua batu infiniti tu.

Thor yang mempunyai PTSD jadi berang dan dia gunakan Stormbreaker untuk tetak kepala Thanos sampai putus. Jadi Thanos dalam timeline sekarang dah mati. Dah arwah. Dah K.O.

Avengers: Endgame merupakan filem kedua terakhir dalam Phase 3. Filem ni ambil masa selepas kejadian Infinity War dimana Avengers telah dikalahkan. Thanos telah gunakan Infinity Gauntlet untuk melenyapkan setengah dari mahkluk alam ni.

Filem ini mengambil tempat 5 tahun selepas Avengers: Infinity War (2018) dimana Scott Lang (Paul Rudd) telah keluar dr Quantum Realm (tengok Ant-Man & the Wasp) dengan ‘bantuan’ seekor tikus.

Dia kemudian mencari Avengers dan terangkan bagaimana Quantum Realm berfungsi. Jadi mereka semua dapat idea macam mana nak hidupkan semula semua yang dah ‘hilang’ disebabkan Thanos. Jadi, mereka gunakan time-travel untuk selamatkan keadaan.

Disebabkan Thanos dah musnahkan semua infinity stones tu, ahli Avengers terpaksa gunakan time-travel untuk dapatkan semua batu infiniti pada masa lepas.

Cap, Iron Man, Hulk & Ant-Man pergi ke Battle of New York (The Avengers) untuk dapatkan Space Stone (tesseract) & Mind Stone (Loki’s Scepter).

Black Widow & Ronin pula pergi ke Vormir untuk dapatkan Soul Stone (plus they don’t know what’s coming). Thor & Rocket Raccoon pula ke Asgard (Thor: The Dark World) untuk dapatkan Aether, Reality Stone dari badan Jane Foster.

Nebula & War Machine pergi ke planet Morag (Guardians of the Galaxy) untuk dapatkan Power Stone. Masa ni Star-Lord pun tgh cari batu ni. Gamora & Nebula pada masa ni pun cari batu tu untuk Thanos.

And Hulk telah ditugaskan untuk cari Time Stone pada Battle of New York tu. Masa tu dia jumpa dengan Ancient One yg turut join melawan Chitauri. And after that semua dah dapatkan batu tu, dorang bawak balik ke masa skrg (2023) and letakkan pada Gauntlet yang Stark dah buat.

Gauntlet tu tak boleh digunakan oleh orang biasa sebab it will cost life orang yang guna gauntlet tu. So Hulk volunteer sbb dia kata gauntlet tu keluarkan radiasi gamma kalau guna & well, Hulk tercipta sebab terdedah ke radiasi yang sama & dia dpt tahan.

Lepas je Hulk petik jari dia, semua yang ‘hilang’ kembali semula but Thanos yg dlm timeline sebelum ni tahu rancangan Avengers and ikut datang ke timeline yang sekarang.

Then third act filem ni memperlihatkan pasukan Avengers and bala tentera dari Wakanda and Asgardian etc etc turun padang utk kalahkan Thanos & bala tentera chitauri dia bagai.

At the end, Avengers dapat kalahkan Thanos & tentera dia tapi dengan satu pengorbanan yang cukup besar: Iron Man gunakan kesemua batu infiniti dan petik jari dia. Thanos & askar-askar dia semua lenyap. Obviously Iron Man mati.

Dari segi jalan cerita, aku rasa Avengers: Endgame ni amat menarik. Nak nak third act dia yang aku rasa giving fans the hype and goosebumps.

Cinematography was good actually. The tone, camera work, perspective, screen transition semua blended well. The first act agak slow sbb yela dorang nak cari balik batu tu kan tapi every 15-20 mins korang akan terkejut. Sampai ada yang bersorak masa aku tengok tu.

Aku taknak ulas banyak-banyak sebab before this aku dah buat thread review without spoilers dah. Boleh baca dekat pinned tweet aku yg paling latest. Just again aku kasi 4.5 stars from 5. 🌟🌟🌟🌟

So malam ni aku masuk EXPLANATIONS & ENDING filem ni. Ramai yang garu kepala. Sabar ye. Start at 9pm. Aku akan explain time travel theory yg digunakan, cameo & easter eggs malam ni. Okay 👌🏽

Kita masuk ke EASTER EGGS & REFERENCE dulu. First scene is anak Clint Barton, Lila Barton. Actually tu anak Joe Russo, Ava Russo! Ada rumours kata yang Lila Barton sepatutnya dilakonkan oleh Katherine Langford, pelakon 13 Reasons Why tu but end up tak jadi.

Cameo dari pengarah sendiri, Joe Russo. Well, dalam movie Captain America: The Winter Soldier pun dia ada berlakon kalau korang perasan, yang tend to Nick Fury’s injury. Dlm movie ni dia ada masa yg Cap buat support group and bagi talk tu.

Now cameo dari PENCIPTA Thanos, Jim Starlin himself! Dia ada masa scene support group Cap tu jugak. Dia merupakan penulis original comic The Infinity Gauntlet.

Earth-616. Apa benda ni? Earth-616 merupakan salah satu versi planet or one of the multiverse yang Marvel gunakan sekarang. Semua movie MCU berlaku dalam versi Earth-616, dunia kita skrg ni laa. Actually Marvel banyak timeline so this is one of it.

Perasan tak store yang van Ant-Man (yang hon dia annoying tu) tersadai tu? Van tu disimpan dlm store berlabel “616”. This is a reference to Earth-616.

Cameo from Ken Jeong! Siapa je tak kenal mamat lawak ni. Dia ada buat cameo. Dia jadi security officer utk stor dimana van Ant-Man tu tersadai. But dalam ni dia senyap je. Tak banyak mulut. Dia ni berlakon dlm tv series Community arahan Russo so no wonder laa dia jadi cameo.

Anak perempuan Pepper & Tony. Akhirnya mimpi Tony dalam movie Avengers: Infinity War jadi kenyataan. Ingat tak scene Tony tanya Pepper sama ada dia mengandung ke tak sbb Tony mimpi dia ada anak lelaki nama Morgan. So at last dia dpt anak perempuan nama Morgan.

Actually dlm komik, Morgan Stark ni sepupu Tony. Dia jealous dgn Tony & dia jadi supervillain, Ultimo. Kejap ye.

Next is rescue armor milik Pepper Potts. Nmpk kan scene Morgan pakai helmet rescue armor ni. Tu sebenarnya Pepper yang punya. Dlm movie ni, Tony buatkan satu sut khas untuk Pepper sebagai hadiah tapi Pepper tak gemar sangat.

Later masa third act, baru Pepper pakai sebab nak tolong Tony Stark. Sebab dia tahu mission kali ni samgat-sangat bahaya. Dalam siri Iron Man Armored Adventures (animated series), Ada jugak sut ni dengan warna yang sama.

Tønsberg. Asgard baru. Well, Tønsberg dah banyak kali diuar-uarkan dlm filem-filem Marvel sebelum ni kalau korang perasan. Selepas musnahnya Asgard, Tønsberg dijadikan tempat bagi kesemua Asgardian yang terselamat dari Thanos.

Nanti korang tengok balik movie Marvel okay. Mengikut sejarahnya, Tønsberg ni merupakan tmpt tercetusnya perang antara Odin & bala tenteranya menentang Frost Giants (Thor 2011) & tmpt dimana Red Skull menjumpai Tesseract (Space Stone).

Professor Hulk. Dlm filem ni Bruce dapat gabungkan kepandaian dia & kekuatan Hulk dalam satu tubuh. Dalam komik pun ada Professor Hulk cuma lain sikit je, ada personaliti lain. Tapi this one dia combine terus.

Ronin. Bukan Hawkeye. Masa scene pembukaan, keluarga Clint hilang disebabkan Thanos petik jari dia. Dia kemudian menggunakan persona Ronin disebabkan kejadian tu. dia lagi kejam. Lagi banyak senjata dia guna. Sama juga mcm dalam komik.

Rambut baru Captain Marvel. Dalam komik pun sama. Mula-mula rambut dia panjang. Lepas tu karakter dia dah re-design balik so rambut dia dah pendek. This is a nod to the new character design. Bukan saja-saja ya director nak potong rambut dia jadi pendek haha.

Hint tentang Namor & Atlantis. MAYBE. Ingat tak scene Natasha (Black Widow) bercakap dgn holographic War Machine & Okoye? Okoye ckp pasal earthquake dkt dasar laut. Okoye ckp jgn buat apa-apa. So maybe ada kaitan dgn Namor the Sub-Mariner? Namor ni lebih kurang mcm Aquaman.

HAIL HYDRA! Scene masa Cap travel back to the past, dia sebut ‘mantra’ ni dekat Agent Sitwell. Disebabkan Sitwell ingatkan Cap ni one of Hydra agent, dia bagi scepter Loki tu mcm tu je. Scene ni adalah callback to the previous movie, The Winter Soldier, yg scene dlm lif tu.

Cap sebut “Hail Hydra” sbb dia memang dah tahu dah Sitwell and the gang semuanya agent Hydra. So dia sebut mantra tu untuk mudahkan kerja dia dapatkan scepter Loki tu. Dlm komik, Cap ada jugak jadi Agent Hydra. Well basically jahat laa. Another reference here.

Cameo Stan Lee. Kali ni Late Stan Lee muncul masa Cap & Iron Man pergi ke tahun 1970 untuk dptkan tesseract & Pym Particles utk balik ke masa skrg. Stan Lee muncul naik kereta & sebut “make love, not war” & ada sticker dkt bumper tulis “nuff said!”.

ROSCOE. Masa Cap & Tony pergi ke masa silam utk ambil tesseract & Pym Particles, Cap pakai baju tentera yg ada nama “Roscoe”. Maybe korang tak perasan nama tu or apa kaitan dia tp dlm komik, Roscoe Simons adalah salah seorang yg jadi Captain America but mati disebabkan Red Skull.

Helmet vintage Ant-Man. Perasan tak scene Cap & Tony pergi ke masa silam utk ambil tesseract tu? Ada scene Hank Pym tengah buat pym particles tu. Kat atas meja tu ada helmet lama Ant-Man & helmet tu adalah helmet yang digunakan dalam komik!

Tony berjumpa ayah dia, Howard Stark. Still scene di kem Laneigh tahun 1970, masa Tony nk ambil tesseract, dia terserempan dgn ayh dia. Masa tu isteri Howard tgh sarat mengandungkan Tony. So dapat jugak Tony bersembang dgn ayah dia before dia...... Cuba callback to movie

Civil War. Tony ada tunjuk playback last conversation dia dgn ayah & mak dia kan. Dia tak sempat nak ckp yg dia syg parents dia sebab parents dia dah mati kena bunuh dgn Winter Soldier, Bucky Barnes yg dah kena brainwash. At least, kali ni dia sempat bersembang dgn ayah dia.

Thanos musnahkan shield Captain America. Dlm movie ni, shield Cap dah musnah disebabkan Thanos. Almost separuh laa rosak shield tu. Ingat tak dlm movie Age of Ultron yg Wanda tunjukkan vision semua ahli Avengers mati dkt Tony? Ada shield Cap yang dah rosak jugak mcm dlm movie ni.

Dlm komik The Infinity Gautlet pun, shield Captain America musnah disebabkan Thanos.

Captain America is WORTH. Ramai tanya macam mana Cap boleh gunakan Mjolnir & Stormbreaker? Jawapan dia simple: BECAUSE HE IS WORTHY. Dlm movie Age of Ultron, Steve dpt gerakkan sikit je Mjolnir. But dlm movie kali ni, dia dapat guna terus.

Ada yg ckp Steve tipu masa movie Age of Ultron/Civil War laa & macam-macam teori. No no no. Joe & Anthony Russo dah bagi tahu dah Cap finally worthy. Selepas apa yg dia lalui, apa yang dia korbankan, of course he is worthy utk guna kedua-dua senjata tu. So jgn peningkan kepala.

Dalam komik pun dah banyak kali dah Captain America gunakan Mjolnir tu. So tak hairan laa kenapa dalam Endgame pengarah akhirnya jadikan Cap worthy untuk wield the weapons.

Captain America berlawan dengan Thanos seorang diri. Ada scene dimana Thor dah kena smash dgn Thanos and tak larat nak tolong Cap. So Cap lawan Thanos seorang diri & shield cap rosak teruk masa ni. Dlm komik Infinity Gauntlet pun ada scene ni.

Howard the Duck. Karakter ni pernah muncul dlm post-credit scene movie Guardians of the Galaxy dimana dia dikurung oleh Taneleer Tivan, The Collector. Howard the Duck ni ada komik dia sendiri & ada live action adaptation jugak tapi movie dia tu tak dpt sambutan.

Dlm Avengers: Endgame, karakter ni muncul bersama-sama dengan The Wasp dan lain-lain masa third act. Perasan tak?

Sidekick Iron-Man: Harley. Ingat lagi tak budak ni dlm Iron-Man 3. Yang banyak mulut tu. Yang comel tu. Kali ni dia ada masa funeral Tony. Dia dah besar. Dah lain dah. Of course dia ada sebab Tony tu baik dgn dia. Okay ni je dulu. Esok aku sambung. #IronMan #CaptainAmerica

Ops sorry guys. Let me be clear. Earth-616 adalah main universe untuk komik Marvel & semua cerita berlaku dalam Earth-616. Untuk MCU, universe dia dalam Earth-199999. Including semua tv series Marvel. MCU ambil reference dari Earth-616, universe komik Marvel. ✌🏽

Okay jom sambung. Next is “The Asgardians of the Galaxy. Ongat tak scene yg penghabisan yg lepas Thor serahkan New Asgard dkt Valkyrie? Dia ikut Guardians of the Galaxy. Actually, Asgardians of the Galaxy merupakan satu pasukan stand-alone superhero dlm comic.

Passing the torch. Scene terakhir memperlihatkan Steve yg dah tua bagi shield dekat Sam Wilson lepas dia time travel and stay there. Dlm komik pun sama cuma ada kelainan sikit.

Dlm komik, super soldier serum dikeluarkan dr badan Cap and dia kemudian beransur tua. Then dia bagi shield dia dekat Sam. Why Sam? Why tak bagi dekat Bucky? Haaa sabar. Nanti aku jelaskan lebih detail.

Steve & Peggy. Well penutup cerita Steve rasanya serve the justice for him and Peggy laa kot. Since Captain America, The First Avengers lagi dia janji dgn Peggy nak menari sama-sama. At last, dapat juga menari bersama-sama. A happy ending I can say.

THE CREDIT. Movie ni memang tak ada post-credit scene TAPI, kalau korang tunggu sampai habis credit, korang akan dengar bunyi besi kena ketuk. Easter egg ni sebenarnya bunyi masa Tony dlm gua bina sut pertama dia dlm movie Iron-Man tu!

Okay kejap bagi aku take 5 kejap. Aku akan sambung dengan time-travel and which theory yang Avengers: Endgame follow sebab teori time travel banyak. Jap ye 👍🏽

Yep konsep time travel memang pening sikit sebab dia tak ada facts / equation yang betul. Ada beberaoa teori utk konsep time travel ni. But before that MCU mmg dah kasi hint yang mana time travel akan play the vital role. First dlm movie Dr. Strange yg mana dia perangkap Dormammu

Dalam time loop. Kita juga diperkenalkan dengan salah satu batu infiniti, time stone yang ada dlm The Eye of Agamotto. Dengan bantuan time stone ni, Dormammu kalah. Dia ‘mengalah’ actually haha.

Later MCU teased time travel dlm movie Ant-Man & the Wasp. Quantum Realm ada ‘time vortexes’. Dalam Endgame baru director apply this concept fully.

Banyak je movie yang dah gunakan konsep time travel ni macam yang Rhodes cakap contohnya Back to the Future, The Terminator, Looper etc etc but each movie tu gunakan konsep yg berlainan.

Before kita masuk ke time travel yg digunakan dlm Avengers: Endgame, kita tengok dlu konsep time travel yang ada. So ada 4 konsep time travel. Yang pertama, Linear Timeline (plus time loop). Semua yang terjadi, telah terjadi. Kalau balik ke masa silam pun, takkan ubah apa-apa

Sebab memang perkara tu dah terjadi. Contohnya movie The Terminator yang pertama & 12 Monkeys.

Yang kedua adalah Grandfather Paradox. Kenapa dipanggil macam ni? Sebab teori dia adalah kalau kita kembali ke masa silam & bunuh atum kita, jadi kita takkan wujud dkt dunia ni & bunuh dia. Contohnya filem Looper & Donnie Darko.

Teori time travel ketiga adalah Butterfly Effect. Even kita ubah benda kecil di masa silam, impak di masa hadapan akan jadi besar. Teori ni diambil dari filem The Butterfly Effect. Yang Ashton Kutcher berlakon tu.

Teori yang keempat adalah Fluid Timeline. Teori ni gabungan kesemua teori yang aku bagi tahu diatas & apa yang berubah, ditentukan oleh logik sesebuah cerita tu sendiri. Jangan pening kepala fikir sbb ni just briefly je. At least korang tahu konsep time travel tu.

Contoh movie is Back to the Future & Terminator 2: Judgement Day.

So faham kan. Tu dah senang dah tu aku explain. Ringkas je tu. Ada orang aku tengok explain kemain panjang sampai pening jugak laa nak baca. Kan kan kan. Haaa jap nak supper jap

Katherine Langford SEBENARNYA memainkan watak Morgan (anak Tony) yang sudah remaja! Tapi scene dia tak dimasukkan dlm theatrical cut. Anthony & Joe Russo baru je confirm karakter Morgan remaja ada semasa Tony petik jari dia and say the magic word “I am Iron-Man”.

Scene ni sama macam scene dimana Thanos petik jari dia & berjumpa Gamora semasa kanak-kanak lepas dia petik jari & wipe out half of the universe. So pengarah cuba nak recreate scene ni & buatkan proper send off untuk Tony tapi test’s audience tak rasa scene tu complement.

Nanti aku sambung lagi sebab banyak ni. Anyway selamat berbuka puasa bagi muslim seluruh dunia. #Ramadan

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling