Ini gambar sahabat saya, Dr Ahmad Zakimi Abdullah.
Berikut adalah reaksi spontan beliau saat mendengar pengumuman PM siang tadi.
Syukur.
Excited!
Mari baca kisah Dr ini ya.
#bebenang
#COVID19
Mendengar pengumuman khas PM kita sebentar tadi aku terus teringat peristiwa-peristiwa yg dilalui.
Tanggal 18hb Mac 2020 bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama akibat pandemik COVID-19 melanda negara kita.
Banyak memberi kesan kpd kita semua termasuk aku sendiri.
Sesuatu yang paling menakutkan ketika aku lakukan intubasi kepada pesakit SARI (severe acute respiratory infection) yang disyaki COVID-19. Perasaan yang paling tak dapat aku lupakan sepanjang tempoh itu sebagai frontliner.
Penat, tertekan, takut, risau, semua bercampur gaul. Tangisi itu pasti tak dapat ditahan setelah mendapat berita kes yang kami uruskan termasuk lakukan prosedur intubasi berkeputusan positif COVID-19.
“Alamak! Patient yang kita intubate 3 hari lepas kat SARI zone positif lah. Patient tu p*ssaway kat ICU. Baru dapat info ni.”
Aduss! Kami memandang satu sama lain. Kemudian kami terdiam. Mata berkaca.
Kenapa kami sedih? Kerana takut di kuarantin. Apa yang bermain dalam fikiran ketika itu ialah khuatir tak dapat berkhidmat sebagai frontliner melawan COVID-19 dalam tempoh kuarantin.
Khuatir jika ramai kakitangan kena kuarantin akibat terdedah dengan pesakit, Jabatan Kecemasan kami akan lumpuh. Setiap kali mendapat keputusan pesakit COVID-19 positif terus kami membilang kakitangan yang terlibat.
Risau jabatan kami ‘down’. Kami menangis.
“ED aku down bro,” ujar rakan dari hospital lain - Dia menangis.
“Sabar bro. Ada apa-apa boleh kami tolong?”
“Down bro. Down... maafkan aku bro.. kami dah tak boleh buat apa dah. Aku sendiri pun positif.“ semakin kuat esakan tangisan beliau.
Masih teringat2 luahan rakan seperjuangan. Aku sendiri mata berkaca ketika itu. Tak dpt menolong rakan2 hospital lain.
Alhamdulillah, hari ini kita mendengar pengumuman khas TSMY, PM kita tentang perintah kawalan pergerakan permulihan (PKPP), berkuatkuasa 10 Jun - 31 Ogos.
Rasa seperti negara kita baru saja merdeka. Terasa bebas.
Cuma pesanan aku teruskan dengan norma baharu seperti yang disarankan;
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P
4) Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia
- CPRC KKM
Tanggungjawab kita semua mengawal penularan COVID-19.
Kita jaga kita, guys. Kita pasti menang.
*********
Terima kasih Dr Zek serta seluruh frontliners yang bertungkus lumus melawan Covid19.
Kalian luar biasa!!
Tabik spring!
Post asal Dr Zek di sini :
m.facebook.com/story.php?stor…
Kredit gambar : NST, The Star, FMT, Google
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.
