Semalam saya ada beberapa program agihan bantuan di Kuala Lumpur. Program sebelum Maghrib adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Mudir Maahad Tahfiz dan Pondok seluruh Wilayah Persekutuan bertempat di Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah, Setapak.
Jalan raya amat sesak. Alhamdulillah, Ustaz Rohisham daripada Masjid al-Khairiyah Taman Seri Gombak sudi tumpangkan saya untuk ke tempat program. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Terima kasih ustaz.
Tiba di sana, saya disambut oleh Pengarah @myJAWIKL , para Mudir dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah. Seronok dapat berbuka puasa bersama dan berbincang secara santai berkenaan pemerkasaan Maahad Tahfiz masing-masing.
Dalam majlis berkenaan, saya turut merasmikan Program Semarak Lailatulqadar oleh JAWI sebagai usaha menghidupkan 10 malam terakhir di seluruh Wilayah Persekutuan. Bantuan JAWI Foodbank turut disampaikan kepada golongan yang memerlukan dalam kalangan warga Maahad Tahfiz.
Kerajaan amat prihatin kepada institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat yang beroperasi di seluruh negara. Melalui Belanjawan 2021, sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi kos penyelenggaraan.
Ini tidak termasuk dengan bantuan-bantuan lain kepada tenaga kerja dan para pelajar yang diberikan dari semasa ke semasa melalui Tabung Musaadah COVID-19 JAKIM- YWM.
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.