Semalam saya ada beberapa program agihan bantuan di Kuala Lumpur. Program sebelum Maghrib adalah Majlis Berbuka Puasa bersama Mudir Maahad Tahfiz dan Pondok seluruh Wilayah Persekutuan bertempat di Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah, Setapak.
Jalan raya amat sesak. Alhamdulillah, Ustaz Rohisham daripada Masjid al-Khairiyah Taman Seri Gombak sudi tumpangkan saya untuk ke tempat program. Alhamdulillah, sampai tepat pada masanya. Terima kasih ustaz.
Tiba di sana, saya disambut oleh Pengarah @myJAWIKL , para Mudir dan anak-anak pelajar Maahad Tahfiz al-Madrasah al-Faridiyah. Seronok dapat berbuka puasa bersama dan berbincang secara santai berkenaan pemerkasaan Maahad Tahfiz masing-masing.
Dalam majlis berkenaan, saya turut merasmikan Program Semarak Lailatulqadar oleh JAWI sebagai usaha menghidupkan 10 malam terakhir di seluruh Wilayah Persekutuan. Bantuan JAWI Foodbank turut disampaikan kepada golongan yang memerlukan dalam kalangan warga Maahad Tahfiz.
Kerajaan amat prihatin kepada institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat yang beroperasi di seluruh negara. Melalui Belanjawan 2021, sejumlah RM100 juta diperuntukkan bagi kos penyelenggaraan.
Ini tidak termasuk dengan bantuan-bantuan lain kepada tenaga kerja dan para pelajar yang diberikan dari semasa ke semasa melalui Tabung Musaadah COVID-19 JAKIM- YWM.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dalam hadith ini, Rasulullah SAW memberikan gambaran tentang dua golongan manusia;
1. Golongan yang melakukan kemungkaran 2. Golongan yang menegur mereka yang melakukan kemungkaran
Ia memberikan pengajaran kepada kita bahawa masyarakat tidak akan ditimpa azab selama masih ada… twitter.com/i/web/status/1…
Pemilihan pemimpin yang mempunyai kecaknaan kepada soal moral, ekonomi dan sosial adalah sangat penting. Ketiga-tiga instrumen ini perlu diikat dengan agama kerana kepemimpinan politik dalam Islam harus didasarkan pada prinsip-prinsip keadilan, integriti, dan ketaqwaan kepada… twitter.com/i/web/status/1…
Pondok Moden Al-‘Abaqirah dan Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah adalah hasil cetusan hasrat saya semasa menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk melihat pengajian agama peringkat menengah dimartabatkan di Kuala Lumpur.
Banyak model sekolah termasuk pondok, pesantren, dan madrasah dikaji sebelum saya mengusulkan kertas kerja penubuhan kedua-dua institusi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini.
Saya mahu satu hari nanti Wilayah Persekutuan mampu melahirkan barisan ulama’ dan teknokrat Muslim, terdiri dalam kalangan anak-anak Wilayah Persekutuan yang benar-benar memahami rencam budaya yang wujud di di sini.
I commending @alimamaltayeb Grand Imam of Al-Azhar’s stand and profoundly regret the choice made by Afghanistan authorities to deny Afghan women access to university education. It clearly contradicts Islamic principles and the urge for both men and women to seek knowledge.
Both genders are honourable and serve as Allah's vicegerent on Earth. Education is both a right and an obligation for all men and women. “Seeking knowledge is an obligation on every Muslim." declared Prophet Muhammad.
The hadith above clearly states that acquiring knowledge is obligatory (fard) for all Muslims, men and women alike. Because the word "every (kullu)” is part of the general expression, it refers to all Muslims, both men and women.
Saya mula menulis tentang Fiqh Politik sempena Pilihanraya Umum ke-15 sejak 17 November 2022 sehinggalah ke hari ini (zulkiflialbakri.com/category/fiqh-…) Saya putuskan hari ini sebagai hari terakhir saya menulis bagi siri khas ini.
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana kemelut pasca PRU-15 telah selesai. Apa jua yang terjadi adalah kehendak Allah SWT. Saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan pertadbiran negara dengan jayanya.
Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Majlis Raja-Raja atas hikmah dan kebijaksanaan memutuskan isu yang agak rumit ini.
إن لله تعالى ما أعطى؛ ولله ما أخذ؛ وكل شيء عنده بأجلٍ مسمى؛ نصبر ونحتسب ولا نقول إلا ما يرضي ربنا: الحمد لله؛ إنا لله وإنا إليه راجعون.
إن مُصابنا في فقد شيخنا الجليل محمود الطحان الحلبي؛ ونظيره من علماءِنا الأجِلّاء رحمهم الله تعالى؛ مصاب جلل.
بالأصالة عن نفسي أعزي مشايخنا الفضلاء بوفاة فضيلة الشيخ -رحمه الله تعالى- ونعزّي أهل بيته وذويه؛ وطلبة فضيلة الشيخ رحمه الله تعالى ومحبيه الكرام بفقده؛ ونُعَزّي أنفسنا؛
USIM Tijarah Holdings menerima dua orang Felo Budi yang berkepakaran tinggi dalam bidang masing-masing, bagi memacu visi, misi dan objektif syarikat.
Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, dan juga Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Manakala Ustaz Haji Ahmad Shukri Yusoff adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.