Ikhwan Profile picture
In-House Legal Advisor

May 20, 2021, 216 tweets

Biden:

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir dan diplomat Mesir. AS berjanji membantu membina semula Gaza namun kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Palestin, bukan Hamas. Kami juga akan membantu Israel menguatkan Iron Dome (wtf).”

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Alhamdullilah Masjid Al Aqsa tenang sejak beberapa hari lepas walaupun kelmarin adalah perayaan orang Yahudi namun mereka tidak dapat masuk ke dalam.

30 minit sebelum jam 2 pagi.

20 minit sebelum jam 2 pagi.

Penduduk Gaza diminta keluar ke rumah dan jalanan, naik ke atap-atap dan menara-menara bagi meraikan genjatan senjata ini. Setelah solat Jumaat nanti, perarakan besar-besaran akan dilakukan.

Jurucakap Briged Al Quds, Abu Hamza:

“Kami berdiri teguh di belakang ketua kami. Kami komited kepada genjatan senjata yang telah diumumkan. Jika Zionis mencabuli persetujuan tersebut, jari kami sentiasa bersedia untuk menarik picu melepaskan tembakan. “

15 minit sebelum pengumuman genjatan senjata secara rasmi oleh Mesir dimana Palestin dan Israel perlu patuh.

Penduduk Gaza dan tempat lain di Palestin sudah mula keluar ke jalanan bagi meraikan pengakhiran 11 hari perang sejak 10 Mei.

10 minit lagi menuju jam 2 pagi.

5 minit lagi menuju jam 2 pagi waktu Gaza untuk secara rasminya genjatan senjata tanpa syarat bermula.

TAKBIR MULA BERKUMANDANG DI GAZA. ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR!

2 minit lagi. Hebron pun dah mulai sambut genjatan senjata.

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR GENJATAN SECARA RASMI TELAH BERMULA DI SELURUH PALESTIN.

Zionis telah menghentikan tembakan serta merta ke atas Gaza.

Masjid Masjid di Gaza mula bertakbir. Alhamdullilah Ya Allah

232 mati syahid bermula dari 10 Mei hingga 21 Mei, moga mereka tenang bersama Tuhan dan para malaikat. Allahuakbar. Genjatan senjata antara kedua belah pihak berkuatkuasa.

Takbir raya masih kedengaran di seluruh Gaza sekarang.😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

11 minit setelah genjatan senjata berkuatkuasa. Tiada laporan serangan oleh kedua belah pihak. Tak kira lah ada helah Zionis ke apa ke, Gazans deserve to celebrate now. 😭😭🇵🇸🇵🇸🇵🇸

Masih belum berhenti merekan meraikan. Betul-betul tiada serangan dari Israel.

"Dan kami namakan perang ini sebagai Perang Pedang Al Quds. Tinggalkan Al Aqsa."

Orang awam, doktor dan polis turun meraikan genjatan senjata di seluruh Palestin.

Wanita-wanita di Umm Al Fahm hadir ke rumah ibu Muhammad Kiwan, 17 yang maut semasa serangan Zionis.

Masih meraikan dengan bunga api.

Masih meraikan dengan bunga happy.

Please be happy for them. They know better what might happen but look at this. After 11 days of brutal killing and agony.😭

Ketua-ketua dan anggota kanan Hamas keluar meraikan bersama penduduk Palestin.

Manalah Abu Ubaidah dan Abu Hamza.

YANG PALING DINANTI.

Sambutan dari laman Masjid Al Aqsa.

Takbir raya dari laman masjid Al Aqsa depan Qubbat As Sakhra. 😭😭

Seorang wanita sedang memberi manisan istimewa Palestin untuk semua yang hadir ke Masjid Al Aqsa.

Makin ramai ke Masjid Al Aqsa untuk bertakbir sekaligus menantikan solat Subuh jemaah secara besar-besaran.

Masing-masing sujud syukur tatkala memasuki Masjid Al Aqsa.

Tentera Zionis yang berada di pintu masuk Al Haram Al Sharif hanya mampu melihat dan menepi saat ribuan umat Muslim masuk ke Al Aqsa untuk meraikan genjatan senjata dan solat. Sudah 5 jam sejak genjatan senjata diumumkan bermula jam 2 pagi (7 pagi Malaysia).

Keadaan di dataran Al Aqsa selepas solat Subuh beramai-ramai tadi.

Bacaan takbir raya di perkarangan Al Aqsa.

Jurucakap IDF, Hedai Zilberman:

"Pada 2 jam sebelum genjatan senjata, terdapat 40 serangan peluru berpandu ke atas Israel dari Gaza. Sejak jam 2 pagi hingga sekarang, tidak ada sebarang aktiviti serangan dari Gaza."

Ketika ini terdapat tentangan hebat datuk bandar-datuk bandar di Israel terutamanya dari Sderot yang mengutuk Netanyahu kerana dianggap telah lari dari perang dan memalukan negara. Kedudukan Netanyahu sebagai Perdana Menteri dikatakan sedang goyah.

Yossi Yehoshua:
"Suka atau tidak, Hamas berperang dengan lebih kuat. Mereka bukan saja membawa perang ini ke mata dunia, tapi mereka menggabungkan semua pasukan lain dalam rantau ini, diangkat sebagai penjaga Jerusalem dan membuat Israel lumpuh dalam beberapa sektor."

Pintu masuk sempadan Gaza-Israel di Kerem Shalom dibuka untuk tujuan komersial oleh Israel. Ini bermakna, urusan logistik untuk masuk ke Gaza menggunakan pintu Kerem Shalom adalah dibenarkan.

Israel baru saja membatalkan larangan dan sekatan ketenteraan ke atas Gaza. Semua aktiviti dibenarkan. Jalan-jalan di persimpangan Niram hingga Yad Mordechai dan Zikim telah dialihkan semua penghadang-penghadang batu. Jalan kedua-dua arah dibuka kembali untuk awam. Allahuakbar!

Keadaan tenang di kawasan Masjid Al Aqsa pagi ini dengan burung merpati bebas berterbangan.

Dilaporkan selepas pengumuman gencatan senjata, ramai warga Palestin hadir ke rumah ayah kepada ketua Briged Al Qassam, Sheikh Mohammed Deif sebagai penghargaan buat anaknya yang telah memimpin Briged Al Qassam dalam Perang Saif Al Quds.

Gambar koleksi arkib.

Perdana Menteri Palestin, Ibrahim Shtayyeh mengatakan Palestin akan memulakan tindakan undang-undang ke atas Israel bagi kesalahan membunuh wanita dan kanak-kanak semasa Perang Al Quds, di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Palestin menandatangani Undang-Undang Rom pada 2015.

"Return to life again after the end of Israeli agression on Gaza."

Warga Palestin dilihat kembali menjalankan aktiviti seperti sebelum perang.

Gambar oleh jurugambar di Palestin, Attia Darwish.

Penduduk dari kawasan kejiranan Beit Hanoun kembali semula ke sisa runtuhan rumah mereka yang musnah dibedil bom tentera Zionis untuk melihat keadaan sekeliling dan mencari barang yang masih boleh diguna. Sudah hampir 10 jam sejak gencatan senjata bermula.

Kementerian Kesihatan Palestin mengemaskini angka korban akibat bedilan bom Zionis sepanjang perang ialah 243 orang dimana 66 orang adalah kanak-kanak, 39 orang wanita dan 17 orang tua manakala 1910 orang lain cedera. 9 orang baru dikeluarkan dari runtuhan hari ini.

Sementara itu, setelah pintu sempadan Kerem Shalom di Rafah-Israel di buka untuk tujuan komersil setelah pengumuman gencatan senjata, 3 trak membawa barang bantuan dari Kerajaan Maghribi dibawa masuk ke Gaza. Bantuan termasuk ubatan, makanan dan alat perkakas diri.

PBB mengatakan lebih daripada 91,000 orang telah kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah sepenuhnya akibat bom Zionis. Menurut pejabat PBB di Gaza, 66,000 orang kini tinggal di sekolah-sekolah milik UNRWA manakala 25,000 orang lagi tinggal dengan keluarga angkat.

Beratus-ratus warga Palestin masuk ke Masjid Al Aqsa ketika ini untuk menunaikan Solat Jumaat.

Perdana Menteri Israel:

"Kami dah buat banyak benda baru dan ambil langkah berani tanpa perlu terlibat dalam perkara remeh semasa perang. Jika ianya perlu untuk masuk Gaza, kami akan masuk. Tapi melihat keadaan sekarang, kami percaya target kami boleh dicapai dengan selamat."

Keadaan ketika solat Jumaat di Al Aqsa sebentar tadi. Ribuan jemaah dari seluruh pelusuk Jerusalem hadir bagi meraikan peperangan Pedang Al Quds yang telah ditamatkan setelah 11 hari pertempuran sengit antara Zionis dan Hamas/PIJ berlangsung. Alhamdullilah.

GEMPAR: Genap 12 jam sejak gencatan senjata, tentera Zionis baru saja merempuh masuk ke Masjid Al Aqsa dan menembak gas pemedih mata ke arah kumpulan pemuda Palestin!

Tentera Zionis dilihat telah berada di atas bumbung Masjid Al Qibli dan mengacu senapang ke arah orang ramai.

Al Jazeera melaporkan warga Palestin yang sedang meraikan gencatan senjata baru saja ditembak dengan gas pemedih mata di Bethlehem!

Keadaan sangat tegang di Masjid Al Aqsa apabila tentera Zionis tidak henti melepaskan bom pemedih mata ke arah ribuan pengunjung. Ramai dikatakan sesak nafas termasuk wanita dan kanak-kanak.

Tentera Zionis membuka tembakan peluru getah ke arah pengunjung Masjid Al Aqsa.

Allahuakbar baru 12 jam gencatan senjata.

Makin ramai tentera Zionis merempuh masuk Masjid Al Aqsa.

Zionis laknatullah menembak orang awam.

Pertempuran juga berlaku di Bethlehem ketika ini, gas pemedih mata dilepaskan oleh Zionis laknatullah.

MASJID AL AQSA TELAH DITAWAN ZIONIS LAKNATULLAH.

Sebuah keluarga ditembak di Umm Al Fahm. Allahuakbar!!! 😭😭😭

Pertempuran juga sedang berlaku di Hebron, tempat Nabi Ibrahim.

Orang ramai bertempiaran lari di Masjid Al Aqsa.

Seorang muda telah ditahan di Bab Al Asbat.

Lagi bukti Zionis telah memulakan serangan atas orang awam.

Bukti-bukti bergambar Zionis telah melanggar persetujuan untuk gencatan senjata. Mereka menyerang Al Aqsa sebaik saja selesai Solat Jumaat. Grenade tangan, bom gas pemedih mata dan senapang peluru getah dilepaskan oleh Zionism

Tentera Zionis laknatullah menolak pengunjung di Masjid Al Aqsa.

Saat pengunjung di Masjid Al Aqsa yang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua diserang Zionis laknatullah. Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan mereka telah menerima 20 orang yang cedera setakat ini.

Israel mula bermain naratif jahat. Menurut The Jerusalem Post (media Israel) melaporkan polis Israel telah diserang dengan batu dan bom koktel molotov oleh pengunjung Al Aqsa. Ketua polis Doron Turgeman kemudiannya mengarahkan polis dan tentera masuk campur dan halau pengunjung.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata tadi:

"Israel terus membuktikan sifat hipokritnya dan kedudukan mereka yang tak pernah jujur. Pencerobohan ke atas Al Aqsa tadi adalah satu bentuk penyekatan kebebasan untuk beragama, dan ianya mesti dihentikan!"

Video menunjukkan pasukan keselamatan Zionis menggunakan meriam air bagi membubarkan kumpulan warga Palestin yang sedang menyambut kejayaan gencatan senjata di Jabal Al Mukaber, Jerusalem.

Tentera Zionis baru saja menahan dengan kekerasan seorang pemuda Palestin bernama Majid Al Din Abu Adwan semasa pemuda tersebut berada dalam kereta untuk menyertai perarakan di Jerusalem.

Jurucakap Briged Al Quds, Abu Hamzah:
"Kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Iran yang memberi bantuan alatan senjata dan kepakaran dalam perang serta menjadi salah satu penguat kami.
Buat musuh, kami sentiasa berhati-hati dan memerhatikan. Kamu kembali, kami kembali."

Sedang berlangsung majlis pengebumian dan solat sunat jenazah buat 9 orang pejuang Palestin yang terkorban semasa serangan di Khan Yunis oleh Zionis laknatullah.

Tentera Zionis telah menahan 5 orang pemuda Palestin yang menurut mereka disyaki memiliki bom koktel molotov semasa pertempuran di kawasan kejiranan Ral Al Amud, Jerusalem.

Video yang merakamkan detik-detik tentera Zionis cuba menggari seorang pemuda Palestin yang dikatakan memiliki bom koktel molotov.

Tentera Zionis telah menceroboh masuk dan menggeledah ke rumah salah seorang pemuda Palestin, Muhammad Akram Al Basti yang ditangkap sebentar tadi.

Joe Biden dalam ucapannya:

"Komitmen kami adalah untuk keselamatan Israel, satu solusi berkenaan 'two-state' perlu dicapai. Wilayah ini perlu mengiktiraf hak Israel untuk wujud sebagai sebuah negara Yahudi yang berdaulat, tanpa itu, keamanan tidak akan tercapai."

Briged Al Qassam mengeluarkan video terbaru mereka yang sedang menyanyikan lagu rasmi pasukan di hadapan penduduk Palestin. Allahuakbar!

Lagu pasukan Briged Al Qassam berserta sarikata Bahasa Inggeris.

Walaupun tiada serangan peluru berpandu yang baru dari Zionis tapi Kementerian Kesihatan baru saja mengemaskini jumlah korban semasa adalah seramai 248 orang; 66 orang kanak-kanak, 39 orang wanita dan 17 orang tua manakala 1948 orang lain cedera yang pelbagai.

Bantuan kedua dari Kerajaan Mesir berupa peralatan diri, makanan, bekalan bayi, ubat-ubatan dan barang keperluan harian tiba di Gaza hari ini. Terima kasih Mesir!

Masuk hari kedua sejak gencatan senjata ke atas Gaza, seorang pengusaha kedai membina semula kedainya yang telah musnah akibat bedilan bom tentera Zionis di Khan Yunis.

TERKINI: Keadaan kembali tegang di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah apabila tentera Zionis dilihat telah meletak penghadang laluan besi bagi menyekat pergerakan penduduk Palestin di Sheikh Jarrah dan peserta demonstrasi aman yang berada di situ ketika ini.

Tentera Zionis telah menggerakkan jentera meriam air bagi membubarkan peserta protes aman di Sheikh Jarrah.

Tentera Zionis baru saja melemparkan bom gas pemedih mata bagi membubarkan peserta protes aman yang berada di Sheikh Jarrah bagi bersama-sama bersolidariti dengan rakyat Palestin di situ. Laknatullah Zionis!

Lensa media antarabangsa dan lokal berjaya merakam detik-detik tentera Zionis menggunakan bom pemedih mata ke atas orang awam yang berada di Sheikh Jarrah. #SheikhJarrah

Persatuan Bulan Sabit Merah yang berada di Sheikh Jarrah ketika ini melaporkan seorang wanita telah mengalami kecederaan akibat serangan oleh tentera Zionis.

Mengikut laporan media Israel, peserta demonstrasi membaling botol air kepada tentera Zionis kemudian dibalas dengan gas.

Orang Yahudi yang merampas rumah dan tanah di Sheikh Jarrah kelihatan bebas keluar masuk melepasi penghadang besi manakala warga asal Palestin dihalang.

Ketika ini, warga Palestin dilarang memasuki Sheikh Jarrah atau berdepan risiko diserang dan ditahan tentera Zionis manakala orang Yahudi bebas lenggang kangkung untuk keluar masuk.

Orang Yahudi masih bebas keluar masuk ke Sheikh Jarrah namun penduduk asal warga Palestin dihalang sama sekali.

Hanya berbekalkan kippah (topi kecil atas kepala), orang Yahudi bebas keluar masuk Sheikh Jarrah dan disapa mesra oleh tentera dan polis Zionis.

Bukan saja warga Palestin dilarang keluar masuk Sheikh Jarrah, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah juga dihalang dan disoal siasat.

Kini pihak wakil media juga dilarang dari memasuki Sheikh Jarrah untuk membuat liputan.

Video ringkas yang menceritakan isu di #SheikhJarrah buat mereka yang masih belum faham.

Perarakan tentera Briged Al Qassam hari ini di Gaza sempena tentera-tenteranya yang telah gugur di medan Perang Saif Al Quds.

Lsgi gambar semasa perarakan tentera Briged Al Qassam.

Penduduk Palestin dan peserta demonstrasi aman di Sheikh Jarrah masih diganggu oleh tentera Zionis hingga Magrib tadi.

Warga Palestin yang sedang berkumpul dikasari dan tempat mereka dirosakkan tentera Zionis.

TERKINI: Tentera Zionis telah mula meletakkan penghadang di kawasan sekitar Masjid Al Aqsa bagi menghalang warga Palestin masuk ke dalam kawasan masjid. Semalam beberapa media melaporkan warga Yahudi akan masuk ke Masjid Al Aqsa beramai-ramai pada jam 7 pagi. Doakan Al Aqsa!

Lebih ramai tentera Zionis telah datang ke Masjid Al Aqsa. Warga Palestin dilarang masuk. Ini dipercayai kerana kelmarin terdapat seruan kepada warga Yahudi untuk merempuh Al Aqsa beramai-ramai jam 7 pagi. Sekarang jam 5:27 pagi. Doakan Al Aqsa!

Pintu-pintu masuk ke Masjid Al Aqsa telah dikawal tentera dan polis Israel.

Makin ramai tentera dan polis Israel masuk ke perkarangan Al Aqsa.

Beberapa orang pemuda Palestin telah dikasari dan ditahan di Masjid Al Aqsa tadi.

Doakan Masjid Al Aqsa wahai pembela Nabi Muhammad!

TERKINI: Menghampiri jam 730 pagi, warga Yahudi telah kelihatan masuk ke perkarangan Masjid Al Aqsa. Tentera dan polis Zionis mengawal ketat kesemua pintu masuk, tiada warga Palestin dibenarkan. Allahu lindungi Masjid Al Aqsa! 😭😭

Makin ramai warga Yahudi memasuki perkarangan Masjid Al Aqsa. Ketika ini masih belum jelas apa tujuan mereka. Polis dan tentera Zionis penuh di Masjid Al Aqsa.

Tadi wartawan yang berada di Masjid Al Aqsa melaporkan pengawal yang menjaga Masjid Al Aqsa telah dihalau oleh tentera Zionis.

Makin bertambah bilangan warga Yahudi memasuki Masjid Al Aqsa. Maafkan kami wahai para Nabi dan Rasul, kami tak mampu jaga Masjid Al Aqsa. 😭😭😭

Hasbunallah Wanikmal Wakil ya Allah. 😭😭😭

10 sebab kenapa Masjid Al Aqsa penting untuk orang Islam selepas Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. 70 kali Al Aqsa disebut secara langsung dan tak langsung dalam Quran. Para Anbiya menjadi saksi tempat ini.

Warga Yahudi kini dirakam sedang bersiar-siar di dalam Masjid Al Aqsa. 😭😭😭😭😭😭😭

Tak ada tempat lain ke nak bersiar-siar? Pantai Jerusalem lawa kot. Pergi lah pantai sana! 😭😭

Kumpulan kedua orang Yahudi pula telah memasuki Masjid Al Aqsa sambil diiringi polis dan tentera Zionis. Warga Palestin masih dihalang, mana yang dah ada di dalam Masjid Al Aqsa, dihalau keluar.

Video merakam kumpulan kedua yang masuk ke Masjid Al Aqsa. Mereka dilihat bersiar-siar di kawasan Masjid Al Aqsa. Tidak diketahui motif sebenar.

Dua kumpulan Yahudi yang sekarang kini telah melebihi 50 orang dilihat sedang bersiar-siar di Masjid Al Aqsa sambil diiringi polis dan tentera Zionis. Dijangkakan lebih ramai akan datang menjelang tengahari. Sekarang jam 8:44 pagi di sana.

Pemuda Palestin yang memang berada di Masjid Al Aqsa dihalau keluar dan beg mereka juga digeledah oleh tenteera Zionis.

Seorang pemuda Palestin ditahan di kawasan Masjid Al Aqsa dan dibawa keluar.

Seorang lagi pemuda Palestin di Masjid Al Aqsa dicederakan namun beliau bernasib baik apabila diselamatkan oleh seorang anggota Pasukan Bulan Sabit Merah. Allahuakbar!

Kumpulan baru orang Yahudi telah masuk ke Masjid Al Aqsa, kali ini lebih ramai dari yang sebelumnya. Laporan awal mengatakan mereka akan melakukan ritual keagamaan. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Video ini dirakam live tadi. Seorang lelaki warga Palestin bernama Ali dikasari dan ditolak dalam salah satu bangunan di kawasan Al Aqsa. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Pertempuran baru saja berlaku antara tentera Zionis dan wanita Palestin.

Allahuakbar mereka lebih berani melawan musuh. 😭😭😭 #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Seronoknya.........

Seorang lagi lelaki warga Palestin yang sedang duduk di hadapan Masjid Al Qibli tanpa semena-mena dikasari dan ditangkap oleh sekumpulan tentera Zionis. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Lagi bukti yang menunjukkan Mahmoud Al Shakhshir hanya duduk saja atas kerusi namun tiba-tiba dikerumuni tentera Zionis dan menangkap beliau. Sebarkan, biasa semua tahu Masjid Al Aqsa kita sedang dicabul kesuciannya. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Saat Mahmoud digari dan ditindih beberapa tentera Zionis. Kejadiaan ini berlaku depan mata emaknya sendiri yang cuba melawan tentera Zionis. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Kejadian menimpa Mahmoud tadi disaksikan sendiri oleh emaknya. Wanita yang memakai vest coklat yang cuba meluru ke arah tentera Zionis itu adalah emak Mahmoud. Allahuakbar 😭😭 #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

Emak Mahmoud dah pengsan lepas melihat anaknya ditangkap. Mereka berdua bekerja untuk Kementerian Awqaf Palestin.

Hajah Umm Al Walid:

"Keluarlah dari masjid ini. Kami tak takut pada kamu, kami hanya takut pada Allah! Keluar!!!!!!!!"

Seorang pakcik warga Palestin ditolak dan dihalau semasa beliau hendak ke Masjid Al Qibli di saat segerombolon orang Yahudi baru saja memasuki kawasan Al Aqsa. Laknat Allah atas kalian.

Video yang merakamkan saat Mahmoud cuba pergi untuk menyelamatkan emaknya yang dikasari oleh tentera Zionis tapi gagal kerana dipegang oleh Zionis laknatullah. #AlAqsaUnderAttack #AlAqsaMosque

"Hope rises like a phoenix from the ashes of shattered dreams."

Warga Gaza bergotong-royong hari ini untuk membersihkan bandar mereka yang teruk rosak akibat dibedil bom tentera Zionis laknatullah.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memberi amaran bahawa keadaan akan kembali seperti sebelum ini jika pencerobohan Masjid Al Aqsa dan Sheikh Jarrah diteruskan oleh Israel. Beliau juga mengatakan Israel telah mensabotaj usaha untuk mengekalkan gencatan senjata yang telah dicapai.

Warga Palestin yang kebanyakannya orang tua hanya boleh melakukan solat Zohor di perkarangan masjid kerana dihalang untuk masuk ke dalam ruangan solat. Setakat ini, warga Yahudi masih berada di Al Aqsa. Tidak diketahui sampai bila mereka akan berada di sana.

"Saya Lama dari Gaza. Perang telah berakhir, Israel tidak dapat melawan kami. 42 orang telah mati di sini ketika sedang tidur. Israel telah menghancurkan rumah ini. Kami akan binanya dan mencantikkannya kembali. Gaza telah menang."

Kanak-kanak dan orang muda Palestin yang terkorban dalam siri serangan 11 hari ke atas Gaza. Al Fatihah dan moga mereka berbahagia di syurga.

Mereka maut akibat kekejaman tak pernah henti rejim Zionis yang menyasarkan rumah-rumah dan bangunan awam semasa perang. Moga berbahagialah bersama Allau dan para malaikat.

Kumpulan baru warga Yahudi masih kelihatan memasuki Masjid Al Aqsa ketika ini. Sekarang jam 2:19 petang di Jerusalem.

Pintu Maghribi atau Moroccan Gate yang menjadi pintu masuk utama bukan Muslim untuk masuk ke Masjid Al Aqsa telah ditutup sebentar tadi. Laporan oleh media Palestin menyebut hampir 150 orang Yahudi masuk untuk bersiar-siar di dalam Al Aqsa dan pergi ke tempat larangan.

Menteri Luar Negeri Jordan Ayman Safadi mengutuk insiden keganasan di Masjid Al Aqsa oleh tentera Zionis.

Hidup mesti diteruskan.

Ahmed Musabeh, 28 dari Gaza. Seorang orang kurang upaya tapi mempunyai hobi suka bela kucing jalanan. Selepas rumahnya dibom oleh Zionis, Ahmed bawa bersama kucing terbiar yang dijaganya ke mana-mana beliau pergi. Suci betul. 😭

Media Palestin melaporkan tentera Zionis telah memulakan penahanan secara besar-besaran ke atas warga Palestin di Jerusalem dan kawasan sekitar sejak semalam. Mereka yang ditahan dikatakan adalah peserta demonstrasi yang menyokong kemenangan Palestin selepas perang 11 hari tamat.

Video cctv yang menunjukkan seorang lelaki Palestin ditolak sehingga jatuh oleh tentera Zionis ketika ingin merakamkan penahanan seorang lelaki Palestin lain di Umm Al Fahm semalam.

Media berita perdana Israel, Yedioth Ahronoth mengatakan polis dan tentera Zionis telah mengumumkan operasi penahanan besar-besaran warga Palestin setelah mendapat persetujuan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Amir Ohana dan Ketua Polis, Kobe Shabtai.

Menurut aktivitis Palestin Majd Kayal, penahanan bermula di Nazareth, Umm Al Fahm, Al Tira dan Al Raynah. Operasi ini kononnya adalah untuk memulihkan 'law and order' dan memastikan keselamatan warga Israel terjamin. Beliau menyifatkan tindakan ini sebagai perang yang baru.

Buat yang masih keliru mana kawasan Israel mana kawasan Palestin. Palestin di bawah Palestinian Authority cuma menguasai Gaza (Hamas) dan Tebing Barat (Fatah). Al Qassam jaga Gaza. Yang pink cair semua kawasan Israel. Yang pink pekat kawasan Palestin. Israel ada 6 daerah.

Pada 1967, kemenangan Israel dalam perang 6 hari telah membuatkan mereka merampas Timur Jerusalem. Perlahan-lahan mereka ambil Barat Jerusalem. Mereka buat undang-undang Jerusalem mengatakan Jerusalem adalah ibukota mereka. Masjid Al Aqsa di Old City, Timur Jerusalem. Moga jelas.

Walaupun Tebing Barat sepatutnya milik Palestin, tapi tak sampai 50% pun dikuasai oleh Fatah. Yang lain semuanya diduduki dan dikuasai oleh Israel. Satu-satunya kawasan yang Israel tak dapat masuk adalah Gaza. Di sinilah Hamas memerintah. Di sinilah Briged Al Qassam berada.

Sekumpulan warga Yahudi dilihat memasuki Masjid Al Aqsa sebentar tadi. Waktu di Jerusalem ialah 8:40 pagi ketika ini.

Jurucakap Hamas, Abdul Latif Al Qanou berkata:
"Tindakan provokatif oleh Israel ke atas warga Jerusalem perlu dilawan. Hamas sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perancangan jahat Israel bagi memecahbelahkan penduduk di Sheikh Jarrah dan mengacau kesucian Masjid Al Aqsa."

Ketua parti politik Yesh Atid, Yair Lapid dilaporkan tidak berjaya dalam usaha untuk menubuhkan satu pakatan parti politik bagi menggantikan Netanyahu. Menurut satu undian dalam talian, penduduk Israel memilih Yesh Atid namun mereka mahukan seorang yang boleh lawan Hamas.

Sekarang ini dilaporkan lebih daripada 50 orang orang Yahudi berada di Masjid Al Aqsa sejak Pintu Maghribi (Morrocan Gate) dibuka sejak jam 7 pagi waktu Jerusalem. Mereka dibawa oleh polis dan tentera Zionis untuk bersiar-siar.

Satu kempen mengajak seluruh warga Palestin bersatu hati melawan Israel telah dilancarkan. Kempen ini mengajak penyokong Fatah dan Hamas untuk bersama-sama menjayakan dan mengidealisasikan sebuah negara Palestin yang bebas.

Seorang lelaki Palestin ditembak mati di Sheikh Jarrah selepas menikam seorang tentera Zionis sebentar tadi.

Keadaan lelaki warga Israel yang ditikam sebentar tadi.

Konvoi lori yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza dari Universiti Al Azhar selamat tiba di pintu sempadan Mesir-Rafah hari ini. Rombongan itu diketuai oleh Dr Muhammad Siddiq. Alhamdullilah.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (Fatah) berkata pihaknya bersedia untuk sesi dialog bersama Hamas bagi menubuhkan satu kerajaan yang komited dan mempunyai satu tujuan iaitu mendapat pengesahan antarabangsa.

Ini susulan kempen bersatu demi Palestin yang dilancarkan hari ini.

Seorang kanak-kanak perempuan menangis apabila abangnya yang berusia 10 tahun ditahan oleh polis Israel di Beit Hanina.

Kegilaan apakah ini?

Media Palestin mengesahkan kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari Beit Hanina itu ditahan atas kesalahan membaling batu kepada polis Israel.

Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar muncul secara langsung untuk kali kedua di khalayak umum bagi menyambut majlis meperingati para syuhada Briged Al Qassam yang maut dalam Perang Saif Al Quds. Yahya adalah antara orang yang paling dikehendaki Israel (Israel's Most Wanted).

Penduduk Gaza berdiri semasa perarakan konvoi tentera Briged Al Qassam yang hadir untuk majlis memperingati para syuhada yang tewas dalam Perang Saif Al Quds.

Abu Ubaidah semasa majlis memperingati para syuhada:

"Kami beri amaran kepada musuh kami, jika kalian kembali, maka kami pun akan kembali. Jika kamu angkat senjata, kami pun akan angkat senjata, tangan kami sentiasa bersedia dan masih banyak yang kami tidak dedahkan."

Boleh dengar jelas di minit-minit ini, jurucakap Al Qassam mengalami sakit tekak. Moga cepat sembuh! 😭

Satu video baru dikongsikan oleh media Palestin yang menunjukkan seorang tentera Zionis menembak curi Jana Al Kiswani di rumahnya di Sheikh Jarrah. Ketika itu Jana sedang membuat teh untuk ayahnya. Peluru itu mengenai belakang Jana. Boleh dilihat dua das tembakan dilepaskan.

Ahmed Jamil Fahd dari kem Al Amari disahkan telah meninggal dunia oleh pengarah Hospital Palestin, Dr Ahmed Al Betawi. Menurut sumber, Ahmed Jamil ditembak jarak dekat oleh tentera Zionis, dirinya dibiarkan kesakitan dan berdarah sehingga maut di tempat kejadian.

The Palestine Times berkongsi video ibu kepada Ahmed Jamil yang ditembak oleh tentera Zionis sedang membacakan ayat suci Quran kepada anaknya. Menurut laporan, Ahmed Jamil ditembak semasa hendak ditahan oleh tentera Zionis dalam kempen mereka untuk penahanan besar-besaran.

The Palestines Times memetik laporan media Lubnan, Al Akhbar yang berkata Hamas memberi amaran melalui mediator Mesir kepada Israel:
"Kami menolak sebarang syarat berkenaan Gaza. Kesabaran kami semakin berkurang terutamanya selepas tindakan provokatif di Jerusalem dan Al Aqsa."

Setiausaha Amerika Syarikat, Anthony Blinken tiba di Israel hari ini dalam rangka melawat Timur Tengah dan bertemu pemimpin Israel dan Hamas bagi usaha memperkukuhkan rancangan gencatan senjata. Blinken dilaporkan akan berada di sana hingga Khamis ini.

Warga Palestin di Gaza bergembira dengan hasil tangkapan laut mereka. Hari ini merupakan hari pertama mereka dibenarkan ke laut sejauh 6 batu nautika dari garisan pantai setelah dilarang sejak perang meletus. Perairan Gaza adalah dikawal oleh Israel.

Wartawan ekstrimis Zionis, Arnon Segal memuat naik satu gambar di hadapan Qubbat As Sakhra pagi ini dengan kapsyen:

"Selamat Pagi, Temple Mount dalan tangan kita."

🤬🤬

Kanak-kanak Palestin di Gaza hari ini turun ke jalanan sambil ditemani penjaga mereka bagi meraikan kemenangan Gaza ke atas Israel yang mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak pada 21 Mei lalu. 75 orang kanak-kanak telah menjadi mangsa peperangan 11 hari tersebut.

Ratusan orang hadir ke majlis pengebumian Ahmed Jamil dari Kem Al Amari yang meninggal dunia selepas ditembak jarak dekat oleh tentera Zionis awal pagi tadi semasa tentera Zionis ingin menangkapnya. Al Fatihah.

Gambar oleh Bahaa Nasir.

Video diambil oleh dron Al Jazeera yang menunjukkan kemusnahan ke atas bandar Gaza dari pandangan atas. Menurut UNRWA, lebih 1800 buah rumah musnah dan ratusan bangunan lain menjadi target pengeboman Zionis. Jumlah kemusnahan dianggarkan mencecah USD 400 juta.

😭😭😭

Briged Al Qassam berkongsi gambar jurutera mereka yang bertanggungjawab mencipta dron Briged Al Qassam. Mahmoud Muhammad Faris dari Khan Yunis telah mati syahid semasa perang Saif Al Quds. Al Fatihah.

Mufti Jerusalem, Sheikh Muhammad Hussein dalam kenyataan media beliau hari ini memberi amaran kepada warga ekstrimis Yahudi yang merancang untuk merobohkan Masjid Al Aqsa dan menyerangnya. Sheikh berkata hingga hari ini orang Yahudi masih menceroboh Masjid Al Aqsa sesuka hati.

Esok, penduduk Palestin di Silwan pula yang akan diancam untuk diusir dari rumah mereka. Israel menyasarkan 800+ orang Palestin yang perlu dihalau dari Silwan untuk memberi kawasan tersebut kepada warganya.

Silwan terletak tidak jauh dari Sheikh Jarrah di selatan Al Aqsa.

Dengan menguasai Silwan, maka hasrat mereka untuk mengawal sepenuhnya Kota Lama di mana Al Aqsa berada akan menjadi semakir hampir pada nyata. Sejak 1999, pelbagai usaha jahat Israel dilakukan ke atas Silwan dan banyak kerja penggalian dilakukan untuk mencari City of David.

City of David adalah tempat dipercayai oleh mereka Nabi Daud (King of David) telah menetap setelah keluar dari Hebron. Setelah itu, anak Nabi Daud, Nabi Sulaiman membina 'Temple Mount' di sebelah City of David. Mereka sudah sejak sekian lama mencari harta ditinggalkan kedua Nabi.

Makcik Maryam Al Ghawi, warga Palestin yang telah lama menetap di Sheikh Jarrah. Beliau menunjukkan gambar anak perempuannya di dalam rumah yang kini telah dijadikan markas Zionis. Makcik Maryam percaya beliau akan dapatkan kembali rumahnya.

Doa kami mengiringi. #SheikhJarrah

Dalam misi penangkapan besar-besaran warga Palestin, baru tadi Wissam Sidr dari Bab Hatta, Kota Lama Jerusalem dipukul sebelum ditangkap oleh polis Zionis. Kejadiaan kejam yang dunia hanya mempu melihat dan undang-undang cuma omongan kosong.

Kedai menjual falafel (sejenis bebola daging) terkemuka di Gaza, Falafel Al Sousi mulakan perniagaan malam ini walaupun kedainya musnah kelmarin selepas kawasan di Al Rimal teruk dibom tentera Zionis. Kedai baru tepi jalan ini dibuka dalam beberapa meter dari lokasi asal.

Esok 10 pagi waktu Jerusalem, Mahkamah Israel akan mendengar kes melibatkan 800 warga Palestin dari Silwan yang berhadapan dengan risiko dihalau keluar seperti di Sheikh Jarrah.

Pada 1970, Israel menggubal satu undang-undang membenarkan warga Yahudi menuntut tanah. #SaveSilwan

Menurut kertas kajian yang dibentangkan di University of Chicago ini, kerja-kerja carigali telah giat dilakukan semenjak Israel merampas Timur Jerusalem selepas perang Enam Hari pada tahun 1967. Kerja-kerja carigali adalah untuk membangunkan semula Silwan sebagai City of David.

Walaupun rumah mereka telah musnah akibat bedilan bom oleh tentera Zionis, seorang ayah tetap bersemangat menyambut ulangtahun kelahiran anaknya di atas runtuhan rumah mereka di Gaza. Selamat hari lahir!

Mesej dari seorang penduduk cilik Silwan di Jerusalem. Dalam masa lebih kurang 2 jam lagi, Mahkamah Israel akan bersidang untuk dengar kes pengambilan tanah mereka. Lebih 800 orang Palestin diancam pengusiran seperti di Sheikh Jarrah. #SaveSilwan

Persatuan Bulan Sabit Merah di Tubas, Tebing Barat mengatakan pejabat mereka diserang dengan gas pemedih mata oleh tentera Zionis yang mengakibatkan ramai pekerja sesak nafas. Tindakan ini adalah susulan bantuan yang diberikan oleh persatuan ini kepada warga Palestin.

Warga Palestin sudah mula berkumpul di sebuah mahkamah di Jalan Salah El-Din, Jerusalem bagi menanti pendengaran kes melibatkan 86 buah keluarga Palestin dari kampung Batn Al-Hawa yang diancam pengusiran oleh Israel. Mahkamah akan bersidang bila-bila saja. #SaveSilwan #Jerusalem

Peserta demonstrasi yang menyokong keluarga Palestin di hadapan mahkamah di Jalan Saleh El-Din diserang serta dikasari oleh tentera dan polis Zionis. Seorang peserta warga Palestin juga turut dipukul dan ditahan. Beliau juga turut diugut untuk disembur pemedih mata. #SaveSilwan

Ketika ini ramai tentera dan polis Zionis telah berada di mahkamah untuk menghalang para peserta demonstrasi warga Palestin. Lagi video menunjukkan mereka cuba mengasari warga Palestin.

Video yang menunjukkan tentera Zionis mula mengguna baton untuk mengasari warga Palestin di hadapan mahkamah. #SaveSilwan

Lagi ramai yang ditangkap kini di hadapan mahkamah. Masih belum ada maklumat tentang apa yang terjadi di dalam mahkamah. #SaveSilwan

Lagi video keganasan oleh tentera dan polis Israel ketina ini di Jerusalem.

Orang ramai cuba menghentikan kereta polis yang membawa seorang remaja Palestin,Sultan Sarhan yang ditangkap sebentar tadi.

Video menunjukkan seorang pemuda Palestin, Sultan Sarhan yang ditangkap setelah dicederakan tentera Zionis. #SaveSilwan

Keadaan Sultan Sarhan sebelum dibawa ke balai polis sebentar tadi. Ketika ini mahkamah masih lagi bersidang bagi mendengar rayuan 86 keluarga Palestin yang akan dihalau keluar dari Silwan. #SaveSilwan

Peguam, Yazid Kawar yang mewakili para penduduk di Batn Al-Hawa, Silwan memaklumkan mahkamah telah menunda tarikh untuk keputusan kes pengusiran 86 buah keluarga Palestin untuk pertimbangan dan penelitian lanjut. Kes ini mendapat liputan meluas media rantau itu dan juga dunia.

Ireland menjadi negara pertama dalam Kesatuan Eropah yang mengenalpasti pendudukan haram Israel di Palestin sebagai melanggar undang-undang antarabangsa. Parlimen Ireland atau dikenali sebagai Dàil seterusnya akan mengundi untuk menghalau duta Israel dan mengenakan sekatan. 🇵🇸🇮🇪

Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar dalam ucapannya:
"Salam hormat buat rakyat kami di Tebing Barat, Jerusalem dan di kawasan-kawasan lain yang berdiri teguh bersama Masjid Al Aqsa dan kawasan kejiranan Sheikh Jarrah."

"Salam hormat kepada saudara kami di wilayah ini yang memberi hadiah solidariti buat kami dan salam hormat buat kumpulan besar yang datang ke sempadan-sempadan negara untuk menunjukkan sokongan buat kami. Salam hormat kepada penduduk dunia yang melaungkan kebebasan Palestin!"

"Salam hormat kepada media-media bebas di seluruh dunia yang tidak takut mendedahkan jenayah dilakukan oleh Israel dan menyampaikan gambaran sebenar keadaan kami dan pejuang-pejuang kami di Palestin!"

🥺🥺

“Briged Al Qassam dan Briged Saraya Al Quds akan tetap di jalan perjuangan ini sehingga Palestin bebas! Seperti kata-kata Panglima Ibrahim Al Miqaddimah kepada Netanyahu; kami akan buat dia menyesal dan memaki hari dimana ibunya melahirkan dirinya ke dunia. Saat ini telah tiba.”

“Terima kasih kepada ketua kami, Panglima Muhammad Al Deif dan saudara-saudara lain di dalam Briged Al Qassam dan saudara-saudara kami di Briged Saraya Al Quds dan semua cabang-cabang tentera yang lain.

Seperti kata Haniyeh; berhenti bermain dengan api!”

“Kami menyerang Jerusalem terlebih dahulu supaya penceroboh sedar yang Masjid Al Aqsa ada pelindungnya dan kami sanggup mengorbankan jiwa dan raga demi maruah Masjid Al Aqsa, Al Quds dan Sheikh Jarrah!

Kami tidak memberi ugutan membuta tuli, apa kami cakap kami akan lakukan!”

“Kami ingin memberi mesej kepada Israel supaya berhenti bermain dengan api. Tapi malangnya Netanyahu dan Gantz tidak mahu dengar. Mereka inginkan perang yang berpanjangan sehingga mereka melihat apa yang mereka tidak sangkakan daripada kami dan kebangkitan seluruh Palestin!”

“Sekian lama Israel cuba menghalalkan pendudukan haram dan mereka fikir mereka boleh dapat apa saja. Mereka fikir mereka hanya cari pasal dengan sekumpulan kecil warga Palestin tapi mereka tak tahu; jantung setiap warga Palestin berdetak dengan cinta untuk Jerusalem dan Al Aqsa!”

“Kami beri amaran kepada Israel; kami ada lebih daripada 10 ribu orang pejuang yang bersedia setiap masa andaikata kalian menyakiti Jerusalem. Jika Masjid Al Aqsa kami diserang, kami akan bangkit dengan seluruh kekuatan dan kami akan serang kalian di Tebing Barat hingga hancur!”

“Bukan kami saja, malahan saudara-saudara kami di rantau ini akan turut serta dengan seluruh kuasa ketenteraan yang dimiliki. Sebenarnya kami tahu apa perancangan Israel dan kami tahu tipu helahnya. Semasa mereka kata ada serangan darat, kami tahu ianya penipuan!”

“Israel, ketahuilah kami ada terowong bawah tanah sejauh 500km di Gaza dan kalian cuma memusnahkan tak sampai 5% daripadanya. Semua kelengkapan tentera kami baik-baik saja, cuma sedikit yang rosak. Bengkel membuat peralatan tentera kami dan gudang tentera kami semua bersedia.”

“Kalian gagal untuk menyasarkan peluru berpandu ke arah kami, kalian cuma mampu menyerang orang awam, bangunan-bangunan awam dan infrastruktur yang lain. Apa yang datang selepas Mei 2021 tidak akan sama lagi. Dan pejuang kami di Jerusalem akan terus bersedia pertahankan Al Aqsa!”

“Tiada perjanjian pun antara kita, cuma sama-sama letak senjata. Ingat, tugas kami bukan untuk menggunakan tentera demi kepentingan politik tapi ini misi untuk memberitahu dunia bahawa inilah pencapaian politik rakyat kami sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi.”

“Kami telah mengarahkan pasukan tentera Al Qassam kami untuk bersedia di Jerusalem untuk melindungi Masjid Al Aqsa dan Sheikh Jarrah dan kami bagi jaminan kepada warga Palestin di sana, Gaza tak akan abaikan kalian dan kami tak akan kecewakan kalian!”

“Kami menyeru saudara kami di Tebing Barat (Fatah) untuk berdepan dengan kezaliman penceroboh. Kami yakin mereka juga akan melindungi Jerusalem dan Masjid Al Aqsa.

Kepada warga Palestin di Tebing Barat, mulai hari ini tiada lagi orang Yahudi akan ambil tanah dan rumah kalian.”

“Kepada Blinken dan semua yang bersekutu dengan Israel, jangan kalian masuk campur perjuangan kami. Tahun ini takkan berlalu begitu saja. Masalah sekatan sempadan yang melanda Gaza akan berhenti. Kami akan bakar segalanya sehingga rakyat kami dapat keluar dari tekanan Israel!”

“Kami akan buka jalan buat warga Palestin di Gaza untuk menghidupkan balik ekonomi kamu dan kami tidak akan meminta satu sen pun wang kalian untuk Hamas atau Briged Al Qassam. Hamas dan Briged Al Qassam ada sumber kewangan kami tersendiri dan kami akan belanjakan untuk kalian!”

“Ada tawaran dibuat kepada kami untuk saling bertukar banduan tapi ianya terbantut apabila Israel enggan meneruskannya lagi atas sebab-sebab yang mereka sendiri tahu. Keadaan politik Israel goyah sejak 2 tahun kebelakangan dan ini sebenarnya yang menganggu pertukaran banduan.”

“Kami sangat yakin barisan pejuang lain akan turut masuk campur jika perang menjadi semakin besar. Kami bersedia untuk perang yang besar jika musuh terus menjadi bodoh di Jerusalem dan tapak-tapak suci yang lain. Kemampuan peluru berpandu kami ketika ini sangat cemerlang.”

“Seperti apa yang diberitahu oleh Abu Ubaidah sebelum ini, mudahlah sebenarnya untuk kami menyerang kalian, lebih mudah daripada meminum air. Tempat kami membuat peluru berpandu tak pernah tutup walaupun ketika perang sedang berlangsung.”

“Wahai pemimpin-pemimpin dunia, ini peluang untuk kalian. Jika kalian inginkan kestabilan di rantau ini, suruhlah Israel hormat kepada hak-hak setiap orang Palestin.”

Sedikit rakaman ucapan Yahya Sinwar secara langsung tadi.

Segala terjemahan adalah mengikut pemahaman saya, kalau ada tersilap kat mana-mana, maafkan. Saya cuba yang terbaik dah.

Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar dilihat berjalan kaki untuk pulang ke rumah selepas memberi ucapan di TV nasional Palestin. Menurutnya, ini sindiran kepada Israel yang terlalu ingin membunuh beliau. Kami pula yang risau. Troll level 💯😂😂

Lagi gambar Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar berjalan kaki pulang ke rumah setelah berucap di TV nasional dan memberi amaran kepada Israel. Yahya adalah antara orang paling 'most wanted' Israel selain Ismail Haniyeh.

Troll level 💯

"Mana Yahya sepupu kamu?"

"Dia ada di syurga."

Malik, antara kanak-kanak yang telah kehilangan tempat tinggal di Gaza setelah rumahnya musnah dibedil bom Zionis semasa perang Saif Al Quds.

💔😭

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling