Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” Profile picture
Refleksi al-Quran • Uni of Jordan • Tweet adalah pandangan peribadi • Penulis 2 buku: “Dan Tuhan Akan Tetap Menjaga Kita” & "Sedikit Tapi Cukup"

May 29, 2021, 7 tweets

Solat maghrib dari Musolla Qibli, yg merupakan sebahagian dari Masjidil Aqsa.

• Musolla Qibli terletak di utara Masjidiil Aqsa dinamakan qibli (kiblat) kerana di sini tempat imam berada untuk solat jumaat. Jemaah berada dibelakang.

• Disini terdapat minbar masjid yg utama. ⬇️

• Pembinaan masjid ini mula dilakukan pada zaman Umar Al-Khattab pada tahun 15h.

• Tetapi pembinaan pada waktu tersebut hanyalah binaan kayu yang sederhana & dapat memuatkan 1000 orang.

• Pada zaman Muawiyah musolla ini dibesarkan sehingga memuatkan 3000 orang.

• Kemudian musolla ini dibina dengan binaan yang besar pada zaman Abdul Malik bin Marwan & disempurnakan oleh anak beliau Al-Walid antara tahun 86h-96h.

• Selepas berlaku gempa bumi masjid ini dibina sekali lagi oleh khalifah fatimi; Al-Zahir.

• Pada zaman penjajahan Tentera Salib masjid ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian.

• Bahagian pertama dijadikan pejabat. Bahagian kedua dijadikan tempat tinggal tentera berkuda. Bahagian ketiga dijadikan gereja.

• Ini berterusan sehingga pembukaan Salahudddin Ayyubi.

• Musolla ini juga terus mengalami renovasi pembinaan pada zaman Mamluki, Uthmaniyyah & penjajahan British.

• Selepas musolla ini jatuh ke tangan Penjajah Zionis, ia telah melalui pelbagai kerosakan dan penghancuran.

• Pada 21/8/1969 musolla ini dibakar oleh pelampau Yahudi.

• Beliau bernama Dr Denis Michael Rohan dan berasal dari Australia.

• Kebakaran ini telah memusnahkan 1/3 bahagian musolla dan memusnahkan minbar Sultan Nuruddin Zinki yang dibina ketika penjajahan Tentera Salib dan dibawa oleh Salahuddin Ayyubi ketika pembukaan Al-Quds.

• Selain kebakaran musolla ini juga diancam tapaknya dengan proses penggalian bawah tanah yang dilakukan oleh Zionis untuk mencari Solomon Temple yg didakwa wujud.

• Penggalian ini telah mengancam bahagian utara Masjidil Aqsa & keseluruhan tapak Musolla Qibli.

Wallahua'alam.

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling