Solat maghrib dari Musolla Qibli, yg merupakan sebahagian dari Masjidil Aqsa.

• Musolla Qibli terletak di utara Masjidiil Aqsa dinamakan qibli (kiblat) kerana di sini tempat imam berada untuk solat jumaat. Jemaah berada dibelakang.

• Disini terdapat minbar masjid yg utama. ⬇️
• Pembinaan masjid ini mula dilakukan pada zaman Umar Al-Khattab pada tahun 15h.

• Tetapi pembinaan pada waktu tersebut hanyalah binaan kayu yang sederhana & dapat memuatkan 1000 orang.

• Pada zaman Muawiyah musolla ini dibesarkan sehingga memuatkan 3000 orang.
• Kemudian musolla ini dibina dengan binaan yang besar pada zaman Abdul Malik bin Marwan & disempurnakan oleh anak beliau Al-Walid antara tahun 86h-96h.

• Selepas berlaku gempa bumi masjid ini dibina sekali lagi oleh khalifah fatimi; Al-Zahir.
• Pada zaman penjajahan Tentera Salib masjid ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian.

• Bahagian pertama dijadikan pejabat. Bahagian kedua dijadikan tempat tinggal tentera berkuda. Bahagian ketiga dijadikan gereja.

• Ini berterusan sehingga pembukaan Salahudddin Ayyubi.
• Musolla ini juga terus mengalami renovasi pembinaan pada zaman Mamluki, Uthmaniyyah & penjajahan British.

• Selepas musolla ini jatuh ke tangan Penjajah Zionis, ia telah melalui pelbagai kerosakan dan penghancuran.

• Pada 21/8/1969 musolla ini dibakar oleh pelampau Yahudi.
• Beliau bernama Dr Denis Michael Rohan dan berasal dari Australia.

• Kebakaran ini telah memusnahkan 1/3 bahagian musolla dan memusnahkan minbar Sultan Nuruddin Zinki yang dibina ketika penjajahan Tentera Salib dan dibawa oleh Salahuddin Ayyubi ketika pembukaan Al-Quds.
• Selain kebakaran musolla ini juga diancam tapaknya dengan proses penggalian bawah tanah yang dilakukan oleh Zionis untuk mencari Solomon Temple yg didakwa wujud.

• Penggalian ini telah mengancam bahagian utara Masjidil Aqsa & keseluruhan tapak Musolla Qibli.

Wallahua'alam.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri | Buku Terbaru Februari 2025!

Fakhri | Buku Terbaru Februari 2025! Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

Apr 6
Allah SWT makbulkan doa bukan kerana panjang lafaznya.

Bukan juga kerana indah bahasanya.

Tapi kerana hati orang yang berdoa itu sudah tak bergantung kepada sesiapa.

Selain daripada Allah SWT.

Saatnya ketika segala usaha gagal.

Semua orang sudah tak mampu tolong. Image
Kita angkat tangan dalam keadaan lemah dan paling kosong.

Itulah yang disebutkan sebagai doa orang yang terdesak.

Dan Allah sendiri tanya:

“Siapa lagi yang memperkenankan doa orang yang terdesak menderita, apabila dia berdoa kepada-Nya?"(Surah al-Naml: 62)
Allah SWT tak terus beri jawapan.

Dia biar kita fikir.

Siapa lagi yang kita ada, tatkala segalanya hilang?

al-Imam al-Qurtubi ketika huraikan ayat ini, beliau kata, doa dalam keadaan terdesak akan melahirkan keikhlasan.
Read 8 tweets
Mar 19
“Kalau Allah sayang, kenapa Dia uji?”

Soalan ini bukan @muzzashark sahaja yang tanya.

Ramai yang fikir perkara yang sama.

Cuma tak semua berani luahkan.

Tapi sebelum kita bincang tentang ujian, kita kena tanya satu soalan yang penting:

Apa tujuan hidup kita sebenarnya?
Kalau tujuan hidup adalah untuk senang, kaya, bahagia, tanpa sebarang masalah, maka ujian memang tak masuk akal.

Sebab pastinya bagi kita, kasih sayang mestilah bermakna kesenangan.
Tapi kalau kita percaya hidup di dunia ini adalah ujian dan Akhirat itu kehidupan sebenar, maka ujian bukan tanda Allah benci.

Tapi bukti kecaknaan dan perhatian Allah kepada diri kita.

Itu adalah tanda yang sebenarnya Allah peduli tentang diri kita.
Read 15 tweets
Mar 1
Sejak semalam saya cuba nak faham.

Kenapa Hakim Mahkamah Persekutuan ketepikan hukuman mati terhadap 6 bekas pelajar UPNM ini dan kekalkan penjara 18 tahun?

Sampailah saya terbaca ulasan peguam Hanif Hasan di fb, baru saya faham.

Saya akan cuba terang dengan cara yang mudah.
Apa yang berlaku?

Zulfarhan dibuli dan didera dengan seterika.

Luka melecur sangat teruk dan ada 90 kesan lecur teruk tahap 1 hingga tiga, meliputi 80% badannya.

Perbuatan ini kejam? Ya kejam.

Cuma adakah perbuatan ini LAZIMNYA menyebabkan kematian?
Di sinilah Mahkamah Persekutuan buat pertimbangan berdasarkan saksi pakar, Dr Salmah Arshad.

Beliau ialah ahli patologi yang jalankan bedah siasat ke atas jenazah mangsa.

Pada mulanya, beliau setuju yang kecederaan itu lazimnya boleh menyebabkan kematian.
Read 15 tweets
Feb 3
Sepanjang tulis buku tentang doa para Anbiya', saya rasa doa Nabi Ayyub ialah antara doa yang paling mindblowing.

Sebab doa baginda bukan permintaan secara direct pun, namun Allah tetap makbulkan.

Inilah rahsia di sebalik doa Nabi Ayyub. 🧵
Baginda gambarkan keadaan dirinya dengan satu kalimah sahaja iaitu الضر yang bermaksud kemudaratan:

أَنِّی مَسَّنِیَ ٱلضُّرُّ

"Sesungguhnya aku ini ditimpa kemudaratan ..." (21: 83).

Menurut al-Raghib al-Asfahani, ada tiga aspek kemudaratan dalam kalimah al-Dhur ini.
Pertama, kemudaratan pada diri disebabkan kekurangan ilmu, kelebihan dan kemuliaan.

Kedua, kemudaratan pada badan seperti kehilangan anggota badan atau tidak lengkap anggota badan.

Ketiga, kemudaratan pada luar diri seperti kekurangan harta dan pangkat.
Read 11 tweets
Mar 26, 2024
Emosi kita akan sentiasa cuba untuk dimanipulasi untuk secebis interaksi di media sosial.

Ketika bani Israil lakukan provokasi terhadap Nabi Musa, baginda berdoa,

أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِینَ

"Aku berlindung daripada menjadi dalam kalangan orang jahil."
Antara maksud lain kalimah jahil menurut Imam Ibn Faris ialah ketidakmampuan mengawal emosi.

Nabi Musa berlindung daripada menjadi orang yang tidak mampu kawal emosi.

Bani Israil juga sedar yang Nabi Musa ada sifat garang dan tegas.

Mereka sengaja mencabar emosi baginda.
Namun baginda juga sedar yang jika baginda terbawa-bawa dengan provokasi kaumnya, baginda akan hilang kesabaran.

Maka baginda berlindung kepada Allah SWT yang hilang kawalan terhadap diri sendiri.
Read 5 tweets
Nov 7, 2023
Pagi tadi saya dengar ulasan Haji Zainal Rashid, bekas wartawan yang pernah masuk ke Gaza.

Saya setuju dengan pendapat beliau tentang larangan untuk mereka yang menunaikan umrah agar tidak menunjukkan apa-apa yang berkaitan Palestin.

Sekurangnya ada 2 point of view.
Point of view 1.

Mekah dan Madinah ialah dua tempat yang menjadi tumpuan Umat Islam dari seluruh dunia.

Jika ada sebahagian umat Islam mengangkat bendera Palestin, ini akan membuka ruang untuk umat Islam yang lain menonjolkan apa sahaja perjuangan mereka.
Mereka yang menyokong Hezbollah, akan menunjukkan bendera Hezbollah.

Orang Uyghur akan mengangkat bendera Turkistan Timur.

Orang Rohingya akan mengangkat bendera mereka.

Orang Hamas/Fatah akan mengangkat bendera organisasi mereka.

Tidak mustahil demonstrasi akan dilakukan.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(