Petang tadi saya mengadakan tinjauan kali kedua ke YADIMart di Seri Kembangan. Alhamdulillah, pelanggan bertali arus berkunjung dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Sukacita ingin saya umumkan, perkembangan jualan dari bulan ke bulan telah meningkat 200% sejak YADIMart mula dilancarkan dengan anggaran RM100,000 ke RM300,000 setiap bulan.
Bagi sebuah pasaraya yang baharu beroperasi dan memfokuskan produk Bumiputera, Muslim disamping produk tempatan, ini adalah perkembangan yang amat baik.
YADIMart yang berkeluasan 5,880 kaki persegi itu menawarkan lebih 5,000 produk daripada kategori segar dan keperluan isi rumah dengan sokongan agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan FELDA yang membekalkan produk mereka.
Saya ditemani Ketua Pegawai Eksekutif YADIM sempat meneliti beberapa produk Industi Kecil Sederhana (IKS) yang ditempatkan di sana.
Bagi bulan ini sahaja, bilangan produk IKS yang masuk ke YADIMart telah meningkat 30%. Saya alu-alukan pengusaha IKS untuk menempatkan produk mereka di YADIMart.
@YadimOfficial sebagai salah sebuah agensi di bawah tanggungjawab saya akan terus mengorak langkah yang lebih cemerlang dalam sektor peruncitan melalui YADIMart. Besar harapan saya untuk melihat lebih banyak cawangan YADIMart di buka di seluruh Malaysia.
Saya juga telah mengarahkan YADIM meneliti dan melaksanakan segera perkhidmatan pembelian dalam talian dan penghantaran. Saya mahu YADIMart menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda khususnya kelompok B40 menerusi penglibatan serius dalam #gigeconomy.
Bank makanan di YADIMart juga nampaknya sentiasa diisi. Ramai pelanggan suka membeli dan menyumbang barangan di rak Bank Makanan YADIM. Bagi saya, inilah antara keunikan YADIMart. Anda membeli bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.
Bagi yang kesempitan wang, ambillah barangan di rak Bank Makanan YADIM dengan percuma. Saya doakan moga mereka akan datang semula, menyumbang pula kepada yang lain.
Inilah falsafah Kemakmuran Bersama yang diterjemah oleh agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya. Terima kasih semua atas sokongan!
Esok dan ahad ada promosi!
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.