Hari ini, seberapa banyak masjid dan surau-surau kita ada perpustakaan? Dulu masa Zaman Keemasan Islam, setiap masjid dan surau-surau yang dibina, mesti ada perpustakaan hebat. Bagi kami, tanda ilmu itu subur dalam jiwa kita ialah rumah-rumah ibadah kita penuh dengan buku-buku.
Yang paling besar dalam sejarah Islam ialah perpustakaan di Masjid Zaytuna di Tunisia yang dikatakan mengandungi lebih 100, 000 buah buku.
Manakala Perpustakaan Safiyya di Masjid Utama Umaiyyah di Aleppo merupakan perpustakaan masjid paling tua dalam sejarah. Sebuah masjid di Universiti Al-Azhar pada tahun 1050 Masihi dikatakan menyimpan lebih 120, 000 koleksi buku.
Para pembesar di dunia Islam, misalnya pada era Dinasti Hafsid, seringkali bersaing antara mereka memiliki perpustakaan atau mendanai pembinaan perpustakaan kerana prestij bangsawan adalah diukur pada jumlah perpustakaan atau semegah mana perpustakaan yang mereka bangunkan.
Pada waktu itu, sudah tradisi apabila seorang muslim itu mati, maka dia akan mendermakan buku-bukunya ke masjid dan perpustakaan awam yang wujud ketika itu.
Kemuncak Baghdad yang merupakan pusat ilmu ketika itu, ada lebih 36 buah perpustakaan, dengan beratus-ratus pengedar buku, yang sebahagiannya merupakan penerbit-penerbit buku berjaya.
Cakap pasal perpustakaan dlm sejarah Islam, tentunya kita tak akan lupa pada Al-Jahiz, seorang sarjana Islam yang menulis lebih 200 buah buku dan salah satu daripadanya ialah Books Of Animal, sebuah buku yang menceritakan mengenai fakta-fakta kehidupan haiwan yang diperhatikan.
Al-Jahiz memiliki sebuah perpustakaan peribadi. Dicatatkan bahawa Al-Jahiz meninggal dunia pada usia 92 tahun pada tahun 868 Masihi apabila ditimpa oleh runtuhan buku diperpustakannya. Alangkah indahnya menerima kematian sedemikian rupa.
Jadi sahabat-sahabat semua, ini ialah benchmark yang kita kena capai kalau nak ulangi semula zaman yang kita rindui dulu. Jom kita suburkan tradisi itu dengan membeli buku-buku kami sempena 6.6 sales di Shopee. 3 buku RM50 untuk buku 1 RM28.
shp.ee/zz4g8d8
Jom borong!
Share this Scrolly Tale with your friends.
A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.