Hari ini, seberapa banyak masjid dan surau-surau kita ada perpustakaan? Dulu masa Zaman Keemasan Islam, setiap masjid dan surau-surau yang dibina, mesti ada perpustakaan hebat. Bagi kami, tanda ilmu itu subur dalam jiwa kita ialah rumah-rumah ibadah kita penuh dengan buku-buku.
Yang paling besar dalam sejarah Islam ialah perpustakaan di Masjid Zaytuna di Tunisia yang dikatakan mengandungi lebih 100, 000 buah buku.
Manakala Perpustakaan Safiyya di Masjid Utama Umaiyyah di Aleppo merupakan perpustakaan masjid paling tua dalam sejarah. Sebuah masjid di Universiti Al-Azhar pada tahun 1050 Masihi dikatakan menyimpan lebih 120, 000 koleksi buku.
Para pembesar di dunia Islam, misalnya pada era Dinasti Hafsid, seringkali bersaing antara mereka memiliki perpustakaan atau mendanai pembinaan perpustakaan kerana prestij bangsawan adalah diukur pada jumlah perpustakaan atau semegah mana perpustakaan yang mereka bangunkan.
Pada waktu itu, sudah tradisi apabila seorang muslim itu mati, maka dia akan mendermakan buku-bukunya ke masjid dan perpustakaan awam yang wujud ketika itu.
Kemuncak Baghdad yang merupakan pusat ilmu ketika itu, ada lebih 36 buah perpustakaan, dengan beratus-ratus pengedar buku, yang sebahagiannya merupakan penerbit-penerbit buku berjaya.
Cakap pasal perpustakaan dlm sejarah Islam, tentunya kita tak akan lupa pada Al-Jahiz, seorang sarjana Islam yang menulis lebih 200 buah buku dan salah satu daripadanya ialah Books Of Animal, sebuah buku yang menceritakan mengenai fakta-fakta kehidupan haiwan yang diperhatikan.
Al-Jahiz memiliki sebuah perpustakaan peribadi. Dicatatkan bahawa Al-Jahiz meninggal dunia pada usia 92 tahun pada tahun 868 Masihi apabila ditimpa oleh runtuhan buku diperpustakannya. Alangkah indahnya menerima kematian sedemikian rupa.
Jadi sahabat-sahabat semua, ini ialah benchmark yang kita kena capai kalau nak ulangi semula zaman yang kita rindui dulu. Jom kita suburkan tradisi itu dengan membeli buku-buku kami sempena 6.6 sales di Shopee. 3 buku RM50 untuk buku 1 RM28.
"Lelaki Lithuania Tipu Facebook dan Google RM519 Juta Dengan Invois Palsu."
Antara 2013 hingga 2015, seorang lelaki dari Lithuania berjaya memperdaya dua syarikat teknologi terbesar di dunia.
Bayangkan jika kecerdikan luar biasa digunakan untuk membina, bukannya menipu. Buku Hidden Genius tulisan Polina Marinova Pompliano membongkar cara berfikir individu berprestasi tinggi, daripada usahawan sehingga pemimpin dunia, agar kita guna dgn betul. s.shopee.com.my/2LHKVEIE7f
Dengan hanya berbekalkan e-mel, kontrak palsu dan sedikit kepintaran, dia mengaut lebih 122 juta dolar Amerika.
“Ini Bukanlah Hadiah, Ini Ialah Beban: Mengenang Tun Hussein Onn”
Nama beliau tidak terlalu didendangkan dengan kerap, namun jasa beliau amat besar kepada negara Malaysia ini. Seorang yang bersifat rendah diri namun tegas dalam pendiriannya.
Seorang Perdana Menteri Malaysia ke-3 yang dijuluki sebagai Bapa Perpaduan. Beliau ialah Tun Hussein Onn.
Tun Hussein bin Onn dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada Februari 12, 1922. Ayahnya sangat terkenal dan penting dalam lipatan sejarah Malaysia, iaitu Dato’ Onn Jaafar yang merupakan pengasas UMNO dan tokoh penting dalam episod kemerdekaan Malaysia.
“Biar Betul?! Mossad Sekarang Target Pempengaruh Dan Budak Sekolah Untuk Rekrut?”
Rasanya dalam hidup anda, mesti sekali anda akan dengar nama ini. Agensi perisikan ini bukan sahaja berpusat di kawasan serantau dari pangkalan negara mereka, namun telah melancarkan operasinya di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Namun, baru-baru ini tular sebuah kenyataan bahawa Mossad kini sedang memburu pempengaruh, pelajar khususnya pelajar sekolah dan universiti, dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai mangsa untuk menjadi rekrut mereka.
Hal ini kerana golongan-golongan ini mudah menjadi umpan buat mereka untuk melancarkan sesuatu operasi dengan hanya butakan mata mereka dengan upah yang sangat lumayan. Yalah, alasannya kerana mereka ini tidak terlalu memikirkan kesan bila dah nampak duit selepuk depan mata kita.
"Nama Tempat Di Amerika Syarikat Yang Berasal Daripada Bahasa Pribumi"
PENGENALAN
Amerika Syarikat ialah sebuah negara yang terletak di benua Amerika Utara. Negara tersebut bersempadan dengan Mexico, dan Kanada. Negara seluas 9,866,289 km² tersebut mempunyai penduduk lebih 340 juta orang.
Untuk makluman semua, terdapat sebahagian nama tempat di republik persekutuan dengan dua dewan perundangan tersebut yang berasal daripada bahasa pribumi.
Persoalannya, apakah nama tempat di Amerika Syarikat yang berasal daripada bahasa pribumi?
Trivia ini barangkali mampu menjawab sedikit soalan.
NAMA TEMPAT
Antara nama tempat di Amerika Syarikat yang berasal daripada bahasa pribumi ialah Manhattan. Nama tersebut berasal daripada bahasa Munsee, "manaháhtaan". Nama tempat tersebut bermaksud "tempat di mana kami dapatkan busur".
Dalam perubatan Cina, ia digunakan sebagai salah satu herba yang bermanfaat. Namun, jika tersilap langkah, dan dimakan dengan banyak, ia boleh membawa padah kerana bijinya yang beracun!
Kecubung mempunyai bunga dengan bentuk unik dan warna yang cantik, namun bijinya boleh menjadi racun jika dimakan dalam jumlah berlebihan. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami. Dapatkan di sini: s.shopee.com.my/7zsyUNPT6m
Kecubung, atau dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai devil’s trumpet serta Datura stramonium atau Datura metel dalam nama saintifiknya. Ia adalah sejenis pohon renek herba yang berasal dari China.
Ahad, 13 Jun 2021, satu letupan besar berlaku di sebuah pasar di bandar Shiyan, wilayah Hubei, yang telah membunuh 26 orang dan mencederakan lebih 100 orang.
Buku SAME AS EVER ada bercerita tentang kisah-kisah yang tak terjangka yang dibuat oleh manusia dalam kehidupan mereka. Mahu baca lebih banyak tentang kisah begini? Boleh dapatkan SAME AS EVER edisi Bahasa Melayu di sini: s.shopee.com.my/8zkv3Lfkh9
Letupan berlaku sejurus selepas 6 pagi, ketika beberapa penduduk pergi ke pasar untuk sarapan pagi, serta membeli keperluan yang lain. Menurut beberapa saksi, letupan itu besar, dan serpihan yang terhasil mungkin menyebabkan lebih banyak kecederaan kepada penduduk sekitar.