Zunita Ramli Profile picture
A Malaysian in Japan. Love to write, travel & skincare enthusiast.

Jul 14, 2021, 8 tweets

Mungkin ada yang tak pernah tahu Jepun pernah ada undang-undang kejam iaitu Eugenic Protection Law (EPL) atau Undang-undang Perlindungan Eugenik.

Tapi tahu tak Eugenik ni apa?

THREAD

.
#CatatanZunitaDiJepun

Diasaskan oleh Sir Francis Galton pada tahun 1883, eugenik ni sebenarnya satu idea atau filosofi yang secara umumnya fokus untuk hasilkan generasi manusia yang lebih baik, tanpa cacat-cela lah kononnya.

Ini bermakna, trait manusia yang kurang baik akan dihapuskan dan tak akan diwariskan ke generasi seterusnya, termasuk skizofrenia, epilepsi, dan juga OKU fizikal seperti pekak, albino bahkan sindrom down pun termasuk dalam kriteria eugenik ni.

Jadi apa yang mereka buat?

Mereka akan “sterile” atau buat pembedahan untuk pastikan individu atau pasangan yang ada trait kurang baik tu tidak boleh membiak, jadi trait ni tak akan diwariskan ke generasi seterusnya dan akan terhenti di situ.

Tapi benda ni sebenarnya adalah salah satu bentuk diskriminasi pada golongan tersebut sebab ada dikalangan mereka tak rela untuk dijalankan prosedur tersebut. Maksudnya, mereka dipaksa!

Ini yang berlaku di Jepun masa EPL ni berkuatkuasa iaitu pada tahun 1948 - 1996. Golongan ini seakan “diburu” dan menambah buruk lagi keadaan, terdapat beberapa kes yang melibatkan pembuangan terus rahim (hesterektomi) tanpa persetujuan, untuk elakkan mangsa dari melahirkan anak.

Tapi pada tahun 1996, EPL ni dah dimansuhkan lepas dapat pelbagai tekanan antarabangsa termasuk dari UN Conference pada tahun 1994 dan Beijing Conference pada tahun 1995.

Sedih kan kalau jadi mangsa?

Sebab tu saya sangat berharap siapa saja yang memperlakukan kekejaman terhadap adik Bella dan anak-anak lain di rumah tersebut, agar dapat balasan sewajarnya.

Nonetheless,
#JusticeForBella
#CatatanZunitaDiJepun

Share this Scrolly Tale with your friends.

A Scrolly Tale is a new way to read Twitter threads with a more visually immersive experience.
Discover more beautiful Scrolly Tales like this.

Keep scrolling