A Malaysian in Japan. Love to write, travel & skincare enthusiast.
Aug 13, 2021 • 24 tweets • 7 min read
Sedar tak sedar, dah 10 tahun kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun satu ketika dulu yang meragut lebih 18,000 nyawa.
Tapi ramai masih confuse apa yang berlaku di Fukushima ni sebenarnya, gempa bumi? tsunami?nuklear?
THREAD
#CatatanZunitaDiJepun #SpecialEditionFukushima1. Yes, it was a triple disaster.
Gempa bumi, tsunami dan nuklear, ketiga-tiga insiden itu yang berlaku sekaligus di Fukushima. Dasyat kan?
Jul 30, 2021 • 8 tweets • 3 min read
Mungkin ada juga yang tak tahu Jepun menggunakan 100% hasil kitar semula untuk menghasilkan pingat Olimpik Tokyo 2020.
Rileks.
Bukan kitar semula sampah tu, tapi kitar semula telefon lama.
THREAD
. #CatatanZunitaDiJepun1. Jepun, adalah negara yang kurang sumber alam. Menjadi tuan rumah Olimpik bermakna, mereka memerlukan banyak sumber alam seperti emas, perak dan gangsa untuk buat pingat.
1 pingat emas Olimpik Tokyo 2020 mengandungi 6g emas dan 550g perak tulen misalnya.
Jul 14, 2021 • 8 tweets • 3 min read
Mungkin ada yang tak pernah tahu Jepun pernah ada undang-undang kejam iaitu Eugenic Protection Law (EPL) atau Undang-undang Perlindungan Eugenik.
Tapi tahu tak Eugenik ni apa?
THREAD
. #CatatanZunitaDiJepun
Diasaskan oleh Sir Francis Galton pada tahun 1883, eugenik ni sebenarnya satu idea atau filosofi yang secara umumnya fokus untuk hasilkan generasi manusia yang lebih baik, tanpa cacat-cela lah kononnya.
Dec 25, 2020 • 8 tweets • 3 min read
Bila saya tulis mengenai kebanyakan sekolah masih menggunakan papan hitam & kapur semalam, ada yang mengatakan bahaya kapur kerana boleh sebabkan penyakit dan sebagainya.
Benar.
THREAD
. #CatatanZunitaDiJepun
Benar.
Penggunaan kapur boleh hasilkan banyak habuk dan ini akan menyebabkan masalah penyakit seperti asma, sakit mata dan sebagainya.
Tapi, itu dulu.
Yang kita katakan itu, teknologi kapur yang berpuluh tahun dahulu.
Dec 24, 2020 • 9 tweets • 3 min read
Mungkin agak pelik, kenapa negara Jepun yang canggih dengan kemajuan gajet dan teknologi masih menggunakan papan hitam & kapur di kebanyakan banyak bilik darjah ?
THREAD
. #CatatanZunitaDiJepun
“Bansho” atau ‘board-writing’ adalah teknik pengajaran Jepun yang dah diuji dan dikaji keberkesanannya dalam pengajaran sejak bertahun-tahun lamanya.
Jadi Jepun dah kaji penggunaan papan hitam dalam pembelajaran & diorang even ada perkataan khas untuk teknik tu - bansho .